Saturday, December 31, 2011

Welcoming 2012?

Selepas solat maghrib di Masjid UIA, entah kenapa hati mahu sahaja terus berada disitu..mencapai Al-Quraan dan mula membelek helaiannya.  kedegaran dari corong pembesar suara, seseorang sedang bercakap bahasa arab.. Tazkirah agaknya..meneruskan niat di hati mahu membaca Al-Quraan sementara menanti isya'. Namun, entah kenapa hati benar-benar tertarik mahu mendengar tazkirah itu.. cuba memahami setiap perkataan yang dilantunkan. walau tidak faham sepenuhnya, saya dapat menangkap sedikit sebanyak ia berkisar tentang "bersyukur"..

Ya, bersyukur kerana Allah menjadikan kita manusia, bersyukur kerana Allah memilih kita menjadi muslimin yang sujud padanya..bukan menjadi mereka-mereka yang sujud pada berhala, binatang-binatang, atau nafsu..syukur kerana kita dipilih untuk beriman kepadaNya..Ya, Allah..terkesan sekali pada hati..

Ya Allah betapa lemahnya manusia..saat Allah menguji dengan mengambil salah satu nikmat yang pernah Dia berikan kepada HambaNya sebagai tanda cintaNya ..Namun, sebenarnya, masih terlalu banyak lagi nikmat yang masih diberi,.. tetapi, kehilangan yang satu itulah yang ditangisi.. Ya Allah betapa lemahnya manusia menilai cinta dan kebesaranMu..ampunkan hamba-hambaMu kerana kefakiran dan kedangkalan kami..

2012 yang di nanti-nanti adalah saat, masa dan kesempatan yang diberiNya..tiada siapa tahu 2012 adalah tahun terakhir dalam hidupnya..atau mungkin antara lembaran-lembaran amal yang akan dipersembahkan nanti..semoga insan-insan yang memahami mampu memanfaatkan setiap kesempatan ini untuk bercucuk tanam dengan amal yang bisa di tuai di akhirat nanti..

Semoga mendatangnya esok hari..ia menjadi hari-hari yang lebih baik dari kehidupan kita yang semalam..yang bisa  menjadikan kita antara hamba-hambaNya bersyukur..



"Sebenarnya tidak perlu percikan bunga api, konsert , kiraan detik menjelang 12 malam hanya sekadar membazirkan masa dan wang ringgit. adalah lebih molek dan elok sekiranya kita muhasabah diri sepanjang tahun 2011 yang lalu apakah yang telah kita lakukan...adakah kita telah adil membahagikan peruntukan masa yang dipinjam oleh Allah swt selama 365 hari itu dipenuhi dengan amalan yang menjamin kita di akhirat kelak. Cuba renung-renungkan....Semoga 2012 mampu menjadikan kita hamba Allah yang mensyukuri nikmat yang dianugerahkan...." (Cikgu Munasir, 2012)

Friday, December 23, 2011

Nukilan anak jalanan

Kembara impian anak jalanan

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Lampu neon di gedung indah
Hanya memikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana
Berdendang dengan jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
mentari tempat ku belajar erti hidup
ku tinggalkan kampung halaman
ku tinggalkan semua yang ku sayang
demi masa depan yang cemerlang
semoga aku diberi pedoman

Dedangan: M. Nasir


Tuesday, December 20, 2011

Dengan rahmatNYa..

Ya, dengan rahmatNya yang tidak pernah kering...ku masih bisa lagi merasainya hingga kini..terasa benar kekerdilan diri yang tidak punyai apa-apa..yang miskin segala-gala..tanpaNya siapalah aku…kerana dengannamaNya aku masih lagi hidup hingga kini..

“ dan apa-apa nikmat yang ada pada dirimu adalah semuanya dari Allah..”

Dia hanya pinjamkan nikmat itu kepada hamba-hambaNya..agar…”…liyab lu wakum ahsanu ‘amala.. supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” (67:2)

Satu demi satu Dia titipkan tarbiah buat diriku..dalam wajah duka..dalam wajah kesakitan dan kecewa ..juga dalam wajah gembira..namun, di setiap babak kehidupan itu sungguh ku merasakan kasih dan cintaNya menyelubungi setiap denyut nadi dan setiap hembusan nafasku..

Biarlah keadaan ku kini menjadi peringatan terbaik buat diriku..betapa siapalah diriku tanpaNya dan tanpa tarbiah Islam..

Ya Allah.. biarlah relung hati ini dipenuhi dengan cintaMu agar ku tidak lagi menagih cinta yang fana…yang membutakan segala..yang melalaikan segala..kerana dengan hanya cinta padaMu sahaja bisa menyelamatkan segala..di sini dan juga di sana

Saturday, December 17, 2011

BOIKOT BARANGAN ISRAEL: perlu ke?

Fatwa Oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
VERSI BAHASA MELAYU

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002

SOALAN : Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu "jentera peperangan" Yahudi?

JAWAPAN oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an, 49:10). Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: "Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya." [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).

Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan "Israel" adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka, "TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92).

'Ali ra. pernah berkata: "Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu". Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan "Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di "Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.

Allah berfirman: "Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: "Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu." Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara "Israel." Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: "Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu." [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

"Katakan 'bekerjalah,' sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan."

"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat Islam." Wallahu'alam.

(Sumber : Haluan Palestin)
http://boikotdemipalestin.blogspot.com/2010/06/fatwa-oleh-sheikh-yusuf-al-qaradawi.html

Friday, December 2, 2011

Di sebalik peristiwa HIJRAH

Alhamdulillah..masih lagi dipelihara dan dipanjangkan umur oleh Allah untuk hidup hingga saat ini. Ya, menginjak tahun 1433H. SALAM MA’AL HIJRAH.



Pastinya, tidak ramai yang menyedari akan tahun baru islam sekiranya tiada curi am diberikan..( ye ke?) Kerana, kehidupan kita banyak berorientasikan calendar barat. Tahun Matahari. Apa pun, tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan buat kita sekiranya kita seorang muslim yang peka dengan hal ehwal agamanya. Kerana, awal muharam sangat berkait rapat dengan peristiwa hijrah. Tentunya peristiwa hijrah adalah peristiwa yang sangat bermakna bagi umat islam..sewaktu kecil dahulu..selalu didengangkan dengan lagu ini..( betapa berkesannya pendidikan masa kecil..samapai sekarang saya masih ingat lagi…liriknya macam ni…)

Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindah nabi dan umat islam
Dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorban
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua……..
…. Alamak lupa pula liriknya..(sape ingat, tolong sambung..(^^,))

Tapi sebenarnya, bait lirik ini sangat member kesan pada saya. Dulu, mungkin saya tidak tahu apa itu peristiwa hijrah. Tetapi, dengan berlalunya masa, saya fahami bahawa setiap umat islam harus tahu dan faham ibrah disebalik peristiwa hijrah. Ia bukan sekadar perindahan rasul dan sahabat dari kota mekah ke kota madinah..tetapi, ia adalah permulaan bermulanya berkembangnya ISLAM tercinta. Jika bukan kerana bertahannya para sahabat dan Rasulullah terhadap siksaan para kafir quriasy dalam menegakkan kebenaran..mungkin pada hari ini tidak mungkin kita mengenali islam. jika bukan kerana makna ukhuwah yang di ajarkan oleh Rasulullah adalah berteraskan iman dan akidah bukan pertalian darah dan keturunan. Tidak mungkin pula ia di manisfestasikan oleh kaum muhajirin dan ansar yang suatu ketika dahulu tidak pernah bersua apatah lagi mengenali. Mana mungkin saad bin rabi’ menawarkan salah satu isterinya dan juga kebunnya kepada abdul rahman bin auf jika bukan kerana tingginya iman di dada. Mana mungkin setiap kaum ansar berlumba-berlumba mahu menerima tetamu sehingga perlu di undi jika bukan kerana tarbiah yang di ajar oleh Rasulullah. Juga kerana berjayanya mus’ab bin umair menyebarkan islam ke seluruh pelusuk madinah. Begitu juga penurunan wahyu..significantnya peristiwa hijrah ini di mana ayat-ayat Al-Quraan terbahagi kepada ayat makkiyah dan ayat madaniyah dan ayat makkiyah di nisbatkan kepada ayat yang turun sebelum hijrah manakala ayat madaniah diturunkan selepas hijrah..

Sebenarnya masih banyak lagi ibrah yang perlu digali hasil dari peristiwa hijrah ini. Kerana manfaatnya kepada kita umat islam hari ini adalah amat besar.jika bukan pengajaran dari Rasul dan para sahabat salafusalleh yang kita mahu jadikan teladan kepada siapa lagi? Takkan nak jadikan teladan dari ben 10? Ke doremon atau nobita?- tidak sekali bukan? Jadi berhentilah mengagungkan tokoh-tokoh barat, apatah lagi artis yang tidak bermoral.. yang tidak tahu hala tuju kehidupan itu..mari kita buka kembali kamus baru kehidupan kita dengan kembali mengenali agama yang kita inuti ini..that is ISLAM. (^^,)

SELAMAT TAHUN BARU
SALAM MAA’L HIJRAH 1433H

sama-sama kita berhijrah (bukan dari kota mekah ke kota madinah),tetapi, hijrah yang sebenarnya..dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lupa dan lalai kepada yang sentiasa ingat, dari banyaknya kelemahan kepada pembaikan, dari sedikitnya amal dan pemahaman kepada islam kepada banyaknya amal dan memahami islam secara menyeluruh..dan lain-lain hijrah. Dalam erti kata lain, sama-samalah kita berazam dengan azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..semoga Allah permudahkan dan kuatkan semangat kita..insyaAllah!

“May Allah bless us for today and hereafter..(^^,)”

Friday, November 25, 2011

Indahnyer...

Sungguh, dunia ini terlalu indah,mengasyikkan dan melenakan. Bisakan tidak, betapa ramai hati-hati yang telah lumpuh dan lemah untuk memikirkan akhirat. Hidup hanya sebatas untuk hari ini semata. Tiada lagi memandang amalan yang bisa dituai di sana. Malah hati-hati yang suatu ketika dahulu begitu sedar dan terjaga bisakan sahaja lupa segala, malah terus menerus tertarik kepada keindahan dunia ini…


Andai jika bukan kerana kasih dan cintaNya bisa sahaja setiap hati dilalaikan.. Ya Allah moga saudara-saudaraku dan diriku tergolong dalam golongan yang mendapat perlindungan itu...

Sunday, November 13, 2011

Go the distance

I have often dreamed, of a far off place
Where a heros welcome
Would be waiting for me
Where the crowds will cheer
When they see my face
And the voice keep saying
This is where I’m meant to be
I’ ll be there someday
I can go the distance
I will find my way
If I can be strong
I know every mile,
Will be worth my while
When I go the distance
I’ll be right where I belong
Down an unknown road
To embrace my fate
Though that road may wander
It will lead me to you
And the thousand years
Would be worth the wait
It might take a lifetime
But somehow I’ll see it through
And I won’t look back
I can go the distance
And I ‘ll stay on track
No, I won’t accept defeat
Its an uphill slope
But I won’t lose hope
Till I go the distance
And my journey is complete
But to look beyond the glory is the hardest part
For a heros strength is measured by his heart
Like a shooting star
I will go the distance
I will search the world
I will face its harms
I don’t care how far
I can go the distance
Till I find my heros welcome
Waiting in your arms


(micheal Bolton)

Friday, November 4, 2011

Kisah sebuah pengorbanan dan cinta

Sebenarnya bukan saat ingin tiba musim haji sahaja kisah pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail yang perlu kita hayati..tetapi hendaknya setiap masa. Kerana, apa pun yang dikatakan dengan “Cinta” pastilah perlu pembuktian. Pembuktian itu sangat berharga dan mahal harganya apabila harus dibayar dengan pengorbanan.

Cinta pada harta, harus membuktikan dengan bekorban masa dan tenaga untuk harta.
Cinta pada manusia juga perlu pembuktian
Cinta pada dunia perlu usaha untuk merialisasikannya
Cinta pada akhirat tentulah lagi banyak pengorbanan yang harus dilakukan
Apatah lagi cinta pada Dia nan Satu…berlipat gandalah usaha dan pengorbanan yang harus di bayar.

Bercakap tentang pengorbanan, apalah sangat pengorbanan yang kita lakukan jika dibandingkan dengan “mereka” dan nabi-nabi Allah /Rasul-rasul utusanNya.

Kembali kepada kisah nabi Allah Ibrahim..bertahun-tahun menanti cahaya mata. Kesabaran nabi Allah Ibrahim dibayar dengan dianugerahkan nabi Allah Ismail. Namun, Allah hadirkan nikmat itu dengan ujian kepada nabi Allah Ibrahim. Diwahyukan kepadanya untuk meninggalkan isteri tercinta Siti Hajar dan anak kesanyangannya Ismail ditengah gurun padang pasir yang tandus. Ditinggalkan kekasih hatinya tanpa apa-apa bekalan air atau makanan sebagai bekal. Si isteri yang tidak mengerti dengan perbuatan si suami tertanya-tanya..berat nabi Allah ismail ingin memalingkan kembali wajahnya kearah isteri dan anak tercinta.. “adakah ini perintah Allah taala?” Tanya is teri tercinta.. Nabi Allah Ibrahim mengiyakan. Dengan yakin siti Hajar mengatakan “jika ini dari Allah, tinggalkan lah kami..Allah pasti tidak akan mensia-siakannya”..lalu melangkah lah nabi Allah Ibrahim meninggalkan belahan jiwanya di tengah kepanasan. Sehinggalah secara mencatatkan terwujudkan telaga iar zam-zam atas berkat kesabaran Hajar dan nabi Allah Ismail..wujudnya juga peristiwa safa dan marwah..

Keikhlasan dan kesaksian cinta nabi Allah Ibrahim di uji sekali lagi..diperintahkan Allah untuk menyembelih nabi Allah Ismail yang sedang menginjak usia dewasa, padahal nabi Allah Ismail adalah belahan jiwanya. Alangkah beratnya perintah ujian ini.. Andaikan sahaja kita..mampukah kita menjadi manusia yang beriman dan taat seperti nabi Allah Ibrahim? Itulah..sebab itulah dikatakan ujian kita tidaklah sebesar mana pun..banyaknya ujian untuk kita melawan nafsu dalam diri. Itu pun banyak kali kita tewas dan tersungkur..

Apabila nabi Allah ibarahim nyatakan mimpinya kepada anaknya tercinta nabi Allah Ismail “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka apa pendapatmu?” (Ash-shaffat: 102)..agaknya, apa jawapan nabi Allah Ismail? Ya, seperti yang tertulis dalam Al-Quraan “ Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (Ash-shaffat: 102)..
Keduanya telah sampai ditempat yang jauh dan tiba0tiba terhenti. Dunia tampak sunyi senyap. Nabi Allah Ibrahim memandang anaknya dengan pandangan perpisahan. Sedangkan di dalam hatinya meledak perasaan cinta dan kasih sayang yang luar biasa, kerana sangat kasihan kepada anaknya, sementara dia harus melaksanakan perintah Tuhannya. Ismail lalu berkata kepada ayahnya untuk menghilangkan semua perasaan ini, dan menenangkannya, serta tidak memperlambatkan perlaksaaan perintah Allah. “wahai ayahku, jika engkau ingin menyembelihku, maka kuatkanlah ikatanku dan tidak aka nada sesuatu yang menimpamu dariku sehingga mengurangi pahalaku. Sesungguhnya kematian itu menyakitkan. Mata pertajamlah pisaumu hingga ketika engkau meggorok leherky aku merasa tenang. Lepaskanlah bajuku untuk dijadikan kain kafanku” alangkah baik dorongan Ismail untuk melaksanakan perintah Allah” Ibrahim kemudian mengikat ismail,melepaskan baju, menghilangkan perasaanya, mmbalikkan wajahnya hingga dia tidak melihat anaknya dan agar tidak timbul perasaan belas kasihan yang mengahlanginya menjalankan perintaj tuhan. Dia membaringkan ismail untuk disembelih. Ibrahim lalu bertakbir dan menyebut nama Allah. Inilah detik- detik di mana perkataan tidak dapat keluar lagi, dan nafas pun harus diatahan di dana. Sedangkan air mata mengalir membasahi pipi. Ibrahim meletakkan pisau di leher anaknya untuk menyembelih. Namun, ketika digerakkan, pisau tajam itu menjadi lenyap, sebagaimana panasnya api lenyap dan tidak membakar Ibrahim.. Pisau itu seolah-olah berkata “ tuhanku , jangan engkau jadikan aku makhluk yang paling celaka dengan menyembeli Ismail dan memotong leher buah hati kekasihMu Ibrahim” semuanya menjadi tidak berfungsi. Padahal pisau yang tajam biasanya memotong. Namun, kali ini, pisau yang tajam itu sama sekali tidak dapat memotong. Datanglah malaikat membawa khabar gembira berupa wahyu, “ Hai Ibrahim sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikinalah kami member balasan kepada orang-orang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata “ ( Ash-shaffat: 106) ketika Ibrahim menoleh, ternyata di sampingnya sudah ada seekor kibas berwarna putih bertanduk yang dipelihara di surge oleh Allah di utus oleh Allah sebagai hadiah dan tebusan Ismail. Allah berfirman “ dan kami tebus anak itu dengan seekor Sembilan yang besar” (Ash-shaffat: 107)”

(Sumber:  Kisah-kisah dalam Quraan tulisan Syaikh Ahmad at-Thahir Al-Basyuni)

Begitulah kisah agung sebuah pengorbanan dan ketulusan cinta yang berlandaskan Iman.. Pokoknya, iman adalah dasar dan asas bagi sebuah pengorbanan dan pembuktian cinta.

Salam AIDUL ADHA...
Ingin sekali untuk menjadi salah satu tetamuNya..
Semoga kan tertunai suatu masa nanti...amen3x wa insyaAllah..

Miles away, oceans apart
Never in my sight but always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears roll down my eyes
I’m thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine
Standing in ihram making my tawaf
Drinking blessing from your well
The challenge of safa
And marwah rekindles my iman
Oo Allah! I’m waiting for the call
Praying for the day when can I be near the kaabah wall
I feel alive and I feel strong
I can feel islam running through my veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greating one another, exalting one True Name
I truly hope one day everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour of being called into Your Noble House

(Ifran Makki: waiting for the call)

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka 2011: Lapisan Kejahilan moden?

 Mungkin Isu Ini masih panas ketika ini..saat sebahagian umat Islam dalam suasana menunaikan ibadah haji dan Aiduladha negera "Islam" Malaysia dikejutkan dengan satu kempen "Seksualiti Merdeka" di anjurkan oleh golongan-golongan yang tenggelam dalam kegelapan. Program yang dikatakan memperjuangkan hak asasi manusia ini bermulapada 1 Nov 2011-13 Nov 2011 yang bertema "Queer without fear" yang
mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Pelancaran program ini dijadualkan di rasmikan oleh tokoh yang tidak asing lagi dalam memperjuangkan hak asasi manusia..siapa lagi kalau bukan Datuk Ambiga Sreveenasan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di estival tersebut adalah pameran poster, pengakuan kaberet, mini concert rainbow massacre, pelancaran buku dan banyak lagi..Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi. Di fahamkan juga bahawa gay icon Elthon John akan mengadakan konsert di negara ini...

Agaknya apa respon kalian ya akan isu ini? Marah?benci? geram? menyampah? sedih? bla-bla...etc. Begitulah, apabila manusia lari dari fitrah manusia yang utama iaitu menolak agama Islam. Maka natijahnya amat besar. Tidak tahu lagi yang mana yang baik dan mana yang buruk..kerana hati telah tertutup rapat dari tujuan hidup yang sebenar. Maka yang tinggal hanyalah mencari kebahagiaan diluar tabii' yang tiada pengakhirannya.

menyedihkan adalah remaja-remaja melayu islam yang masih lagi "mencari" dan tidak faham islam yang sebenarnya. mereka mungkin terpengaruh dan terus hilang dari Islam "wanu'zubillah". Maka sewajarnya di sini dikatakan..kembalilah kepada fitrah. fitrah beragama dan fitrah berpasangan (lelaki dan perempuan)..kerana hanya  agama  Islam yang mampu menjamin kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat...percayalaaah! kerana Islam adalah agama yang benar lah "mereka" tidak henti-henti untuk melancarkan serangan secara "fizikal" atau  "psychological" untuk menghapuskan Islam..tetapi, apa yang kalian lihat kini? adakah islam hilang dari bumi ini? TIDAK bukan..malah islam semakin hari semakin memancarkan cahayanya..kerana apa? Kerana ISLAM adalah agama Allah, milik Allah...maka pemiliknya lah yang akan  menjaga agamaNya..

Jadi, Untuk selamat dan bahagia dunia dan akhirat maka sekali lagi diseru buat mereka..kembalilah kepada Islam..because once you know ISLAM yang sebenarnya..You would never leave it..ISLAM IS THE WAY OF LIFE.... <3

Tuesday, November 1, 2011

KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milikMu
mencintaMu sejati
ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan mu
lihat dilangit kesempurnaan cintaMu
kau cinta pertama dalam hidup
Allah hu akbar Maha Besar
Memuja Mu begitu indah
Selalu kau berikan semua
kebesaranMu tuhan
Allahu akba Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
kebesaranMu Tuhan

(ST 12: KebesaranMu)

Friday, October 21, 2011

Meniscus Tear

In sports and orthopedics, a tear of a meniscus is a rupturing of one or more of the fibrocartilage strips in the knee called menisci. When doctors and patients refer to "torn cartilage" in the knee, they actually may be referring to an injury to a meniscus at the top of one of the tibiae. Menisci can be torn during innocuous activities such as walking or squatting. They can also be torn by traumatic force encountered in sports or other forms of physical exertion. The traumatic action is most often a twisting movement at the knee while the leg is bent. In older adults, the meniscus can be damaged following prolonged 'wear and tear' called a degenerative tear.

Tears can lead to pain and/or swelling of the knee joint. Especially acute injuries (typically in younger, more active patients) can lead to displaced tears which can cause mechanical symptoms such as clicking, catching, or locking during motion of the knee joint.[1] The joint will be in pain when in use, but when there is no load, the pain goes away.

A tear of the medial meniscus can occur as part of the unhappy triad, together with a tear of the anterior cruciate ligament and medial collateral ligament.

ANATOMY

The menisci are C-shaped wedges of fibrocartilage located between the tibial plateau and femoral condyles. The menisci contain 70% type I collagen.[2] The larger semilunar medial meniscus is attached more firmly than the loosely fixed, more circular lateral meniscus. The anterior and posterior horns of both menisci are secured to the tibial plateaus. Anteriorly, the transverse ligament connects the 2 menisci; posteriorly, the meniscofemoral ligament helps stabilize the posterior horn of the lateral meniscus to the femoral condyle. The coronary ligaments connect the peripheral meniscal rim loosely to the tibia. Although the lateral collateral ligament (LCL) passes in close proximity, the lateral meniscus has no attachment to this structure.[2]

The joint capsule attaches to the entire periphery of each meniscus but adheres more firmly to the medial meniscus. An interruption in the attachment of the joint capsule to the lateral meniscus, forming the popliteal hiatus, allows the popliteus tendon to pass through to its femoral attachment site. Contraction by the popliteus during knee flexion pulls the lateral meniscus posteriorly, avoiding entrapment within the joint space. The medial meniscus does not have a direct muscular connection. The medial meniscus may shift a few millimeters, while the less stable lateral meniscus may move at least 1 cm.

In 1978, Shrive et al. reported that the collagen fibers of the menisci are oriented in a circumferential pattern.[2] When a compressive force is applied in the knee joint, a tensile force is transmitted to the menisci. The femur attempts to spread the menisci anteroposteriorly in extension and mediolaterally in flexion. Shrive et al. further studied the effects of a radial cut in the peripheral rim of the menisci during loading. In joints with intact menisci, the force was applied through the menisci and articular cartilage; however, a lesion in the peripheral rim disrupted the normal mechanics of the menisci and allowed it to spread when a load was applied. The load now was distributed directly to the articular cartilage. In light of these findings, it is essential to preserve the peripheral rim during partial meniscectomy to avoid irreversible disruption of the structure's hoop tension capability.

SIGN AND SYMPTOMS

The patient's chief complaints are usually knee pain and swelling. These are worse when the knee bears more weight (for example, when running). Another typical complaint is joint locking, when the patient is unable to fully straighten the leg. This can be accompanied by a clicking feeling. Sometimes, a meniscal tear also causes a sensation that the knee gives way.

The patient can sometimes remember a specific activity during which the injury was sustained. A tear of the meniscus commonly follows a trauma which involves rotation of the knee while it was slightly bent. These maneuvers also excite the pain after the injury; for example, getting out of a car is often reported as painful.

After noting symptoms, a physician can perform clinical tests to determine if the pain is caused by compression and impingement of a torn meniscus. The knee is examined for swelling. In meniscal tears, pressing on the joint line on the affected side typically produces tenderness. The McMurray test involves pressing on the joint line while stressing the meniscus (using flexion-extension movements and varus or valgus stress). Similar tests are the Steinmann test (with the patient sitting) and the Appley test (a grinding maneuver while the patient lies prone and the knee is bent 90°). Bending the knee (into hyperflexion if tolerable), and especially squatting, is typically a painful maneuver if the meniscus is torn. The range of motion of the joint is often restricted.

The Cooper's sign is present in over 92% of tears. It is a subjective symptom of pain in the affected knee when turning over in bed at night. Osteoarthritic pain is present with weightbearing, but the meniscal tear causes pain with a twisting motion of the knee as the meniscal fragment gets pinched, and the capsular attachment gets stretched causing the complaint of pain.

Also see: bounce home test, Thessally's test, Wilson test (internal/external rotation), and Bohler's test.

CAUSES
There are two menisci in your knee. They sit between the thigh bone femur and shin bone tibia. While the ends of the thigh bone and shin bone have a thin covering of soft hyaline cartilage, the menisci are made of fibrocartilage tough cartilage and conform to the surfaces of the bones upon which they rest. One meniscus rests on the medial tibial plateau; this is the medial meniscus. The other meniscus rests on the lateral tibial plateau; this is the lateral meniscus.[4]

These menisci act to distribute body weight across the knee joint. Without the menisci, the weight of the body would be unevenly applied to the bones in the legs (the femur and tibia). This uneven weight distribution would cause the development of abnormal excessive forces leading to early damage of the knee joint. The menisci also contribute to the stability of the joint.

The menisci are nourished by small blood vessels, but the menisci also have a large area in the center of that has no direct blood supply (avascular). This presents a problem when there is an injury to the meniscus as the avascular areas tend not to heal. Without the essential nutrients supplied by blood vessels, healing cannot take place.[4]

The two most common causes of a meniscus tear are traumatic injury (often seen in athletes) and degenerative processes (seen in elderly patients who have more brittle cartilage).[4] Meniscus tears can occur in all age groups. Traumatic tears are most common in active people from age 10-45.[4] Traumatic meniscal tears are usually radial or vertical in the meniscus and are more likely to produce a moveable fragment that can catch in the knee and therefore require surgical treatment.

The most common mechanism of a traumatic meniscus tear occurs when the knee joint is bent and the knee is then twisted. It is not uncommon for the meniscus tear to occur along with injuries to the anterior cruciate ligament ACL and the medial collateral ligament MCL — these three problems occurring together are known as the "unhappy triad," which is seen in sports such as football when the player is hit on the outside of the knee. Individuals who experience a meniscus tear usually experience pain and swelling as their primary symptoms. Another common complaint is joint locking, or the inability to completely straighten the joint. This is due to a piece of the torn cartilage preventing the normal functioning of the knee joint.

Degenerative tears are most common in people from age 40 upward. Degenerative meniscal tears are thought to occur as part of the aging process when the collagen fibers within the meniscus start to break down and lend less support to the structure of the menicus. Degenerative tears are usually horizontal in the meniscus, producing both an upper and lower segment of meniscus. These segments usually don't move out of place and therefore are less likely to produce mechanical symptoms of catching or locking.[4]

Degenerative meniscal tears are also more common in smokers.

A torn meniscus can prevent normal pain-free motion of the knee and therefore can interfere with the patient's ability to climb stairs or get in and out of chairs and cars.

PATHOPHYSIOLOGY
The medial and lateral menisci are shock absorbers and force distributors located between the femur and the tibia. Consequently, menisci can tear due to traumatic injury or degenerative wear (e.g., in knee joint arthritis), and can compromise force distribution across the knee joint, increasing force concentration on the cartilage and other joint structures.

Damage to the meniscus is due to rotational forces directed to a flexed knee (as may occur with twisting sports) is the usual underlying mechanism of injury. A valgus force applied to a flexed knee with the foot planted and the femur rotated externally can result in a lateral meniscus tear. A varus force applied to the flexed knee when the foot is planted and the femur rotated internally can result in a tear of the medial meniscus.

Tears produce rough surfaces inside the knee, which cause catching, locking, buckling, pain, or a combination of these symptoms. Abnormal loading patterns and rough surfaces inside the knee, especially when coupled with return to sports, significantly increase the risk of developing arthritis if not already present.

DIAGNOSIS
X-RAY images (normally during weightbearing) can be obtained to rule out other conditions or to see if the patient also has osteoarthritis. The menisci themselves cannot be visualised with plain radiographs. If the diagnosis is not clear from the history and examination, the menisci can be imaged with magnetic resonance imaging (an MRI scan). This technique has replaced previous arthrography, which involved injecting contrast medium into the joint space. In straightforward cases, knee arthroscopy allows quick diagnosis and simultaneous treatment. Recent clinical data shows that MRI and clinical testing are comparable in sensitivity and specificity when looking for a meniscal tear.

Sumber: Wikipedia

Sunday, October 16, 2011

Sejenak..

Terasa ingin menyatakan sesuatu..juga ingin menasihati diri sendiri..tetapi melihat kepada poster-poster kecil yang cantik dan cute..hati tercuit. (^^).
Betapa ia terkesan dihati.
Untuk perkongsian sahabat semua.
(saya kutip gambar comel2 ni dari seorg kawan..jika ada yang tidak suka saya paparkan disini kerana mungkin copy right reserved habaq ya..nanti saya remove)..jzkk
(mengingatkan bahawa Rasa keabdian (kehambaan) dalam diri merupakan anugerah pemahaman terbesar sebagai seorang muslim. kerana tanpa merasa diri kerdil dan hina, tidak mungkin hati kan tunduk dan patuh padaNya,apatahlagi berusaha mencari cintaNya)

(Remind me about them..may Allah bless them always <3)

( Bahawa Hadith Rasul; ingat 5 perkara sebelum 5 perkara mengandungi hikmah yang sangat besar..kerana setiap manusia kan melalui saat itu..dan bersiap-siaplah untukmenghadapi saat-saat yang dimana hanya iman yang mampu berbicara)

(Ujian itu satu keniscayaan...satu sunnatullah. Yang datang sama ada dalam bentuk susah mahupun senang..Ketika ini juga, hanya iman sebagai peneman setia. Hati yang hidup dengan cintaNya, sukar dilalaikan dengan ujian. Pun begitu bukankah ujian juga kan mendekatkan hati itu kepadaNya..)

(Sebagai motivasi saat diberi ujian ALLAH.. Cukuplah Allah sebagai pelindung "Hasbunallahu wani'kmal wakiiill")
Dan kekuatan itu hanya milik Allah, Rasul-rasul dan orang-orang mukmin..


Semoga ujian dan nikmat setiap saat yang Allah berikan mampu mengekalkan rasa kehambaan dalam diri.









Wednesday, October 12, 2011

Copy paste: meraih kekuatan dan ketaatan

"Kesalahan paling fatal adalah bila engkau berusaha mengatur dan menata kehidupan sekitarmu, tapi engkau membiarkan kekacauan di hatimu.” (Mustafa Shadiq ar Rifa’i dalam Wahyul Qalam)

Ibnu Qayyim al Jauziah, dalam bukunya Madaarij as Saalikiin berkata, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya terdapat juga yang tidak mampu diobati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh karena mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun karena Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak dapat dipadamkan kecuali oleh keridhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan Nya.”

Bersyukurlah, karena Allah telah anugerahkan pada kita sebuah ‘alat’ motivasi terbaik dunia. Percayalah, hati yang dekat pada Allah adalah sumber motivasi dan semangat pergerakan kita. Maka raihlah kekuatan dengan mengokohkan ketaatan. Dan hindarilah kelemahan dengan menjauhi kemaksiatan.

Multiplier Effect dari Kebaikan dan Keburukan

“Akibat ternikmat dalam kebaikan adalah menghadirkan kebaikan pula,” kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Begitu pula kemaksiatan akan mengundang kemaksiatan-kemaksiatan yang lain. Nothing personal, karena semua tindakan kita akan berakibat pada tindakan-tindakan kita yang lain. Bahkan pengaruhnya bisa sangat besar. Fudhail ibnu Iyadh berkata, “Aku bermaksiat kepada Allah, kemudian aku lihat dampaknya pada istriku bahkan hewan-hewan peliharaanku”.

Akhirnya, hal mendasar yang paling perlu kita perbaiki ketika kelemahan hadir adalah ketaatan kita kepada Allah SWT. Dan Semoga Allah kokohkan kita dalam ketaatan kepadaNya. Aamiin.

Sumber: Dakwatuna.com

Thursday, October 6, 2011

Nak jadi yang jenis mana?

Hidup ini adalah pilihan..keputusan di atas sesuatu pilihan akan mempengaruhi perjalanan kehidupan..so,kita semua sebenarnya selalu berdepan dengan pelbagai pilihan..salah satu pilihan yang ingin saya nyatakan disini adalah pilihan yang mungkin dihadapi sebahagian orang..

Situasi satu:
“malas la nak jaga patient Dr tu..tak suka dia..”
“kenapa tak suka Dr tu?”
“ Dia kan ada title..nurse Call dia, dia tak angkat. Dia tak suka nurse call dia..Hanya Dr sahaja yang boleh call dia..”

Situasi dua:
“ Suka la Dr tu..tak menyusahkan..senang saja dengan dia..”
“kenapa?”
“Ketika buat round sangat independent..tak bergantung dengan nurse..Dr lain, nak touch light pun nurse kena ambik....lepas tu.susah tengok dia marag-marah..”

Situasi tiga:
“Saya tak nak ketika saya buat round nursing students disini..” bentak seorang specialist.
“I don’t like crowded..”

Situasi empat:
“awak junior staff nurse ke? Si junior stafnurse angguk sambil mengiyakan.
“bagi phone ni pada senior..saya nak cakap dengan senior”

Situasi lima:
“ Dr tu..kalau dengan patient bukan main lagi manis nyer.. tapi kalo dengan nurse, nak mesra pun susah..”
“ok la tu kira baik dengan patient..ada Dr yang dengan patient pun tak baik..tu lagi teruk! Kalau dengan nurse ni..biasanya most Dr susah nak pandang atau buat baik dengan nurse..kalau apa-apa jadi mesti nak salahkan nurse..dia lambat tahu pasal patient pun, dia salahkan nurse..pendek kata jarang la Dr memandang nurse ni sebagai “ seseorang..” hanya “angel Dr” je yang hargai nurse…”

Situasi enam:
“semasa saya buat Round, saya tak mahu students tak Tanya..saya nak awak semua Tanya-tanya…kalau awak tak Tanya saya tak tahu nak ajar apa. OK! Kita semua mesti proactive..!!” pesan cardiologist kepada nursing students.



Setiap dari kita punyai pilihan ingin dikenali sebagai apa..kerana kehidupan kita di dunia ini hanya lah sementara. Rasa lebih baik, rasa lebih superior dari yang lain hanya virus yang akan membunuh rasa kehambaan dalam diri..Title, pangkat, gelaran hanyalah “mainan” di dunia yang tidak kekal. Pun begitu yang pastinya kita semua adalah manusia..yang tidak akan terlepas dari segala kelemahan dan kesilapan. Maka, terimalah kelemahan dan kesilapan orang disekeliling kita dengan penuh lapang dada… kerana kita menyedari bahawa kita juga akan membuat kesilapan dan kesalahan keranaa kita juga adalah manusia biasa. Cuma yang bezanya adalah mereka yang mahu membaiki kesilapan mereka atau masih tetap sama mengulanginya kerana tidak merasakan mereka membuat kesilapan…

Moral of the story… dari sudut lain, for all nurses, juga bakal-bakal nurse especially, work professionally, sometimes they behave like that because nurses does not perform their task competently..so, prove you can do the best!

Tuesday, September 20, 2011

Saya nak enjoy dulu..

Kata orang hidup ini hanya sekali..ya mati pun sekali juga. Pastinya, yang hidup akan merasai mati " kullu nafsin zaa iqatul maut..". Jadi, merasakan hidup ini adalah anugerah yang Allah berikan, harusnya kita berbuat sesuatu agar hidup ini bermakna walau hanya seketika.

saya pernah dengar seorang rakan sekerja berkata..
" waa..rajin betul buat overtime..kumpul duit nak kahwin ke?"
"hee..tak la..saya nak enjoy dulu..saya kan muda lagi.."


Hmm..enjoy dulu. could you please explain what is the meaning of " enjoy"?
Shopping? travelling? clubbing? buying all gadgets u want? ....bla-bla..blaa....etc

until then? then, so what next? work and work..jadilah kita hamba kebendaan.. nauzubillahimin zalik!!
********************************************************

Hakikatnya, terpilih menjadi manusia sebagai makhluk adalah anugerah. Terpilih menjadi muslim juga anugerah. Tetapi, hari ni mari kita bertanya pada diri..benarkan kita seorang muslim. Muslim yang sebenar-benarnya.. bukan hanya muslim pada nama, pada solat, pada tudung, pada puasa, pada nikah kahwin..tapi, muslim as true muslim and islam as the way of life..

kerana kita memahami bahawa hidup yang sesingkat ini..hanya akan bermkana apabila kita hidup untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.. berbuat dan percaya bahawa kita ada sebuah kehidupan lain di akhirat nanti.. justeru, setiap perbuatan kita, setiap amalan kita pasti akan di balas dan diberi ganjaran nanti.. tak akan ada lagi hidup ini hanya sesingkat mungkin..

jadi memahamilah..kalau ingin enjoy macammana sekalipun biarlah ia dalam rangka dan bingkai ketaatan..agar kita tidak menjadi manusia yang merasa rugi (yang tiada gunanya lagi) di akhirat nanti.. Biarlah kita di clasified as manusia kuno/ manusia batu kerana ketinggalan dari segi fesyen, gaya hidup terkini (Apa-apalah yang diaorang claimed)..asal hati dan jiwa kita merdeka dari hal-hal dunia yang melalaikan ini.. Biarlah kita menjadi manusia yang benar-benar merdeka..merdeka dari menyembah kebendaan atau manusia yang menyangka dia yang berkuasa kepada menyembah hanya kepada Allah semata..

Teringat misi Rubi' bin Amir berjumpa dengan Pembesar Rom dengan bangga dan beraninya dia berkata" aku datang untuk membebaskan manusia dari menyembah selain Allah kepada menyembah Allah semata.." Proudly dia datang membawa misi suci itu, tanpa rasa takut atau rendah diri..

Itulah yang seharusnya kita contohi..bangga membawa islam di mana-mana..dan mengambil islam secara keseluruhan bukan separuh separuh mengikut selera kita..

semoga kita tetap bangga dan yakin mengamalkan agama ini  dengan sepenuh hati..

Tuesday, September 6, 2011

Apa specialnya jadi nurse ni?

Entahla, tetiba saya terpanggil untuk membebel kat sini tentang “nurse”. Terutamanya tentang “nurse degree”..

Ramai orang yang saya jumpe asyik tanya saya..”best ke jadi nurse?””memang minat nurse ya?”..kadang-kadang macam malas nak jawab soalan skeptical macam tu..sebabnya, dalam fikiran diaorang (Sesetangahnya) dah ada stigma tentang nurse macam yang saya pernah citer dulu, ada juga yang rasa pelik kenapa ada orang minat nurse.. apepun, tak kisah la apa tanggapan diaorang tentang nurse..walaupun malas nak jawab, saya tetap jawab juga soalan diaorang tu..

Apa nasib nurse degree kat Malaysia ni?

Sebelum saya jawab soalan tu..meh kita telurusi sedikit sebanyak tentang nurse di Malaysia. Sehingga Dis 2010, bilangan nurse mencecah 83 802 yang terdiri dari pelbagai kategori jururawat. Nisbah jururrawat terlatih dengan populasi Malaysia adalah 1: 340. Akta hospital swasta 2006- peraturab 125 (2a) menyatakan nisbah jururawat berdaftar kepada pesakit adalah 1:2 (45%SRN+55% pemabantu).
Perbezaan antara nurse dahulu dan sekarang..

Secara keseluruhannya populasi hospital di Malaysia semakin meningkat baik swasta dan kerajaan. Peluang untuk berinteraksi dengan pesakit menjadi lebih luas, selama 24 jam. Selain itu, dalam bidang kejururawatn juga berlaku peningkatan kerjaya..dari sijil kepada diploma, dari diploma kepada degree, malah ada juga nurse yang sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan PHD. Seiring dengan perkemabangan semasa, pelbagai kursus, workshop, seminar, postbasic etc di tawarkan kepada nurse-nurse bagi meningkatkan pengetahuan dan skills dalam bidang ini.

Dari sudut jantina pula, kalau dulu nurse memang sinonim dengan “female” tetapi sekarang, “male nurse” bukanlah sesuatu yang asing lagi. Malah bilangannya juga sudah semakin bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan tuntutan dan keperluan keberadaan mereka dalam medical field (memang tidak dinafikan lagi..”

Sebagaimana berlakunya peningkatan kerjaya dalam bidang profesionalisme lain seperti guru, engineer, doctor etc..kerjaya jururawat juga perlu diubah kepada kerjaya “golongan profesionalisme” dan bukan lagi kerjaya“golongan kumpulan sokongan”.perubahan ini menuntut kelayakan nurse sekurang-kurangnya memiliki ijazah kepujian pertama . perubahan ini telahpun berlaku di kebanyakan Negara-negara maju seperi UK, Singapore, filipine, autralia etc.. dimana taraf nurse seiring dengan profesionalisme lain. Dalam medical field sendiri, tidak wujud lagi golongan grandious yang merasa dia paling penting dan paling prominent dari orang lain. Sebaliknya, wujud suasana yang saling melengkapi antara satu sama lain, saling menghargai, dan bekerja sama antara satu sama lain. Disesetengah negera, wujudnya advanced practioner nurse..dimana nurse ni dapat prescribed ubat dan fully decision maker dan tak dependent kepada medical doctor. Di oversea, mereka lah yang fully conduct community clinic berbeza di Malaysia, medical officer yang bertanngjawab..jadi, situasi di Malaysia masih lagi tidak meletakkan nurse sepenuhnya sebagai golongan profesionalisme sebaliknya masih sebagai kumpulan sokongan..

Ura-ura untuk melakukan perubahan ini, sudah dicetuskan suatu masa dahulu..namun, usaha untuk perubahan ini bukanlah mudah seperti yang disangka..Ramai pihak tidak bersetuju dengan perubahan ini yang mungkin merasakan status quo mereka terjejas.

Usaha mewujudkan “nurse degree” dalam bidang ini tidak di sokong sepenuhnya oleh pelbagai pihak. Terutamanya “fresh nurse degree”..dengan beranggapan “fresh nurse degree” tidak sehebat skillnya dengan diploma students. Mungkin fresh nurse degree hebat dari segi theorynya..tetapi skillnya masih tetap sama atau mungkin lack sedikit.. so, wujudlah keadaan “fresh nurse degree”yang tidak diingini di Malaysia..

Currentlly, di Malaysia, hanya IPTA yang menawarkan fresh degree nurse. Antara IPTA yang menawarkan kos ini adalah IIUM (UIA), UKM, UNIMAS, UITM, USM..sehingga hari ini sudah beberapa generasi fresh dengree nurse telah graduate..seperti yang dijangka, mereka ini tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya mereka dapat.

Situasinya:
1) Degree nurse tidak digolongkan dalam kos kritikal, hasilnya mereka tidak mendapat scholarship dari JPA sebagaimana kos2 lain seperti medic, dentist, pharmacy.. (walaupun dekat UIA, yuran pengajian nurse same mahal dengan medic, pharmacy etc.. nursing mostnya tak dapat scholar...kalau dapatpun lebih sedikit dari kos-kos kritikal)
2) Jika ingin kerja di government (GH), mereka perlu apply seperti kos-kos lain..sedihnya post mereka as U41 nurse amat terhad. Hanya segelinitir sahaja dapat bekerja di GH
3) Yang tidak bekerja di GH terpaksa compete dengan diploma nurse apply di private hospital. Di private hospital gaji mereka di bayar sama dengan gaji diploma dengan alas an mereka unexperience.
4) Lebih menyedihkan ada yang private sector tidak mahu pun ambil nurse dengree dengan alas an profits.. kenapa perlu bayar lebih sedangkan ada golongan (Diploma nurse) yang boleh buat kerja yang sama dan di bayar dengan harga yang lebih murah.
5) Jadi, wujudlah golongan unemployed “fresh nurse dengree” yang bilangangannya sedang disurvey sekarang ini..

Jadi, siapa yang bertanggungjawab akan hal ini? Kalau dulu, keluar fatwa nurse sangat diperlukan di malaysia..lalu, wujudlah kolej-kolej swasta yang menawarkan kos ini dengan yuran yang sangat tinggi sehingga mencecah 60K-80k. Dengan alas an mereka yang hanya 3 credits sahaja sudah layak memasuki nursing dan menjamin peluang pekerjaan mereka. Tempoh pembelajaran adalah masa 3 tahun. Tak salah kalau saya katakana, mereka yang pilih nurse ni pun sebab mahu jaminan kerja..kan?
Sedangkan nurse degree..mengambil masa bertahun-tahun..almost 6 years untuk gred sebagai degree nurse (sitauasi dekat UIA)..tetapi, last-last mereka tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya. Siapa yang seharusnya menjawab persoalan ini?

Seorang senior bercerita.. sewaktu temuduga SPA untuk post nurse U41..
Penemuduga: kenapa la korang susah-susah ambik degree? Tengok saya ni, sijil je still dapat jadi orang besar juga..

Mungkin kerana wujudnya golongan ortodok inilah, kerjaya ini masih tidak mampu diletakkan di tempat yang sewajarnya. So, what should we do? Waiting and waiting till they gone?

Only us can create the answer..

Sunday, August 28, 2011

Hari terakhir..

Hari terakhir di bulan Ramadhan 1432H..Bersahur di dalam Ward.. Rasa ngilu sekali akan ditinggalkan Ramadhan..yang di dalamnya penuh dengan barakah dan maghfirah. Semoga Allah menerima segalanya..
 Semoga Tarbiah Ramadhan kali ini mampu menjadi bekal untuk bulan-bulan yang seterusnya.. keluar dari kepopong Ramadhan dengan menjadi rama-rama yang cantik bagi meneruskan perjalanan sebuah kehidupan..

Syawal kan datang menggantikan Ramadhan. semoga suasana berhari raya tidak melalaikan hati dari menjadi hamba-hamba yang terdidik dalam bulan Ramadhan.

Wednesday, August 24, 2011

Saat- saat ditinggalkan..

Hanya beberapa masa lagi Ramadhan 1423 H kan pergi..Rasa risau, takut, sedih bermain di hati.  Apatah lagi jelous melihat sahabat-sahabat yang masih tidak bekerja..dapat memanfaatkan sepenuhnya masa di bulan Ramadhan. Berpeluang fully i'tikaf di masjid..sedangkan diriku tidak memiliki kesempatan sebagaimana mereka..terutamanya di 10 malam terakhir ini (rasa terkilan sekali)..berbuka dalam suasana ukhuwah, bertahajjud bersama, ber hirosah bersama, saling berlumba berbuat kebaikan malah banyak lagi.. tetapi tak mengapa lah Allah lebih mengetahui (memujuk diri).

Disaat-saat akhir bergini, Allah beri saya kesempatan untuk mencari lailatul Qadar di ward. 4 mlm berturut-turut night shift. Terima dengan hati terbuka walau ada sedikit kecewa disitu. Mungkin ada kebaikan yang terselit yang Allah titipkan untuk saya yang saya tidak ketahui.

Benarlah hadith Rasulullah..saat saya melalui keadaan ini hadith Rasulullah yang berbunyi "Ingat  5 perkara sebelum datang 5 perkara; sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati.." Semuanya membicarakan tentang kesempatan. dan saya merasakan telah banyak saya siakan kesempatan yang ada..Ya, kesempatan yang mungkin hanya datang sekali dalam hidup.. Kesempatan sewaktu bergelar pelajar sebelum bergelar orang yang bekerja, kesempatan sewaktu bujang sebelum menjadi isteri/suami, kesempatan waktu lapang sebelum fitnah masa kesempitan...semuanya adalah kesempatan.. namun bak kata pepatah melayu, "Menyesal dahulu pendapatan tiada gunanya..".

Masa yang lepas biarkan ia berlalu..yang kita miliki ada masa sekarang kerana masa hadapan juga belum tentu menjadi milik kita..Kesempatan yang ada pada masa sekarang manfaatkan sebaiknya, agar buah penyesalan tidak akan dituai nanti..

So, buat sahabat-sahabat yang masih lagi belum mendapat kerja. semoga Allah permudahkan urusan kalian. Ada hikmahnya Allah merancang begitu.. (husnu Zhon dengan Allah)

Buat adik-adik yang masih dikampus..please never let your chance as a student..terlalu banyak kesempatan kebaikan di disitu..Jika diberi peluang mahu sahaja kembali menjadi student seperti dahulu kerana merasakan masih banyak harapan dan impian yang belum ditunaikan.. Apa pun, hidup sekarang seharusnya lebih baik dari semalam..dan kehidupan lepas seharusnya menjadi sempadan buat kita..

Semoga di ambang akhir Ramadhan ini, kita tidak dilalaikan dengan budaya "bersuka ria" mahu menyambut kedatangan Eidul fitri sedangkan kita melupakan Ramadhan yang saat demi saat meninggalkan kita. (Saya tak berapa suka dengar lagu raya seakan kita bergembira dengan perginya Ramadhan...)

May Allah Bless US Fi dunya Wal Akhiroh.. (^^)

Tuesday, August 9, 2011

Saat-saat manis

Terasa istimewa sekali Ramadhan kali ini..


Teruatamanya berkesempatan menymbut ramadhan di masjid UIA gombak...Indah sekali mendengar alunan-alunan ayat suci yang di baca imam..sayu menyentuh hingga ke dalam hati. Walau tidak faham sepenuhnya ayat yang di baca, tetapi, tetap ia memberi kesan di hati..itulah mukjizat Al-Quraan..

Suasana Ramadhannya benar-benar hidup..
9 Ramadhan berlalu..terasa kehilangan detik-detik yang berharga. Mungkinkah ini ramdhan yang terakhir buat diri.. Seusai solat terawih (buat 8 Rakaat je..). Saya parking di belakang, melihat gelagat-gelagat foreigner yang membawa bersama anak-anak kecil mereka. Hingga yang sedang menyusu pun di bawa bersama. Sungguh, tiada alasan langsung bagi mereka untuk mengatakan tidak untuk berterawih.

Bagi saya suasana ini cukup meriah.. gayanya seperti hari raya. Seakan semuanya bergembira dengan hadirnya Ramadhan ini. Ramai sangat orang (mungkin yang pernah mengalaminya di masjid UIA, mampu gambarkan)~tahun ini ramai, tahun lepas lagi ramai kerana tahun lepas Ramadhan disambut sewaktu kampus masih on. Terasa sungguh masjid bukanlah tempat yang asing bagi kanak-kanak. Malah mereka sungguh gembira datang bersama ibu-ibu mereka untuk berterwih. Mereka ada kawan baru..malah boleh berlari kesana ke mari..sperti mereka berada di padang yang luas. Si ibu pula, ada yang mendukung anak sewaktu solat..ada yang anaknya duduk diribaan dan sebagainya.. Saya dapat rasa begitu indahnya islam itu..merasai tiada perbezaan..kami saling bersama walau tidak pernah mengenal..rasa selamat sekali.

Semuanya kerana agamaNYA..Kerana Kami mengadap kiblat yang sama, menyembah tuhan yang satu, mengimani akidah yang satu.. dan dengan hanya kerana itu, kami adalah bersaudara.Tanpa mengira warna kulit, asal negara mana, jauh sekali dari keterunan mana...hanya kerana La ilaha illallah..muhammadun Rasulullah..

Seorang warga Indonesia yang datang pada saya sewaktu dalam masjid.
“adik mahu makan macaroni?”
“eh taka pa lah..”
“ambillah..saya masak lebih tadi..” sambil menghulurkan macaroni didalam tapaware. Saya segan sebenarnya. Bukan taknak..
tak pa2 bagi orang lain yang lebih memerlukan ya..” Jawab saya. Dia seakan sedih bila saya menolak lalu dia menghalakan tawarannya kepada saudara senegaranya yang juga bersebelhan dengan saya.. Timbul pula rasa menyesal kerana mengecewakannya..hmmm…

Itulah keindahan agamaNya..
~selamat beribadah~

Sunday, August 7, 2011

Am I going to be a nurse?

Am I going to be a staffnurse? (Question long ago during nearly to finish my study)

Today, it answerable..Alhamdulillah,Sudah seminggu bergelar staffnurse. Bermula pada 1 ramadhan 1432 H bersamaan satu ogos 2011. Bermula dengan hadiri temuduga kemudian di panggil bertugas. 3hari induction dengan pengenalan kepada hospital dan pelbagai polisi juga . So when people ask me why I choose to be a nurse? (am I ready to answer it?)

Yes, the answer is because Allah want me to be it..yes, to be a nurse (^^)
Feeling like everything has been planned by Him until to the place that I chosen to be worked. Ya, pernah bermimpi ingin bekerja di hospital seperti itu..sehingga jika keadaan seperti itu tidak pernah ada, kami pernah bercita-cita mahu mewujudkannya.. Alhamdulillah, one by one Allah realize my dreams.
***
Tempat kerja yang sangat Islamik. Budayanya adalah salam dan senyum. Juga menitik beratkan kebajikan staff, sehinggalah ke hal-hal ibadah khusus seperti solat . Dibln Ramadhan ini tilawah menjadi budaya di situ. Staff tiada moody-moody, marah-marah jika tersalah buat, malah memilih untuk mengajar dengan berhemah. Menariknya, semua staff wajib menyertai usrah yang terdiri dari pelbagai lapisan termasuk kerani, staffnurse, doctor, pharmacy, technician, housekeeping and welcomer . Macam family..Alhamduilllah.
Cumanya kalau disudut klinikal, tidak banyak kes-kes menarik seperti di hospital government. Walau apapun masih banyak peluang untuk belajar..the most important is never give up to learn. (“,)
***
Mulanya, rasa macam tak best mula bekerja di bulan Ramadhan, takut kepenatan untuk solat terawih.Juga masa untuk tilawah berkurang dan untuk ibadah-ibadah lain. Kerana peluang berada di bulan ini adalah peluang yang tidak boleh di lepaskan. Keberkatannya tidak sama seperti bulan lain.Tp, sebenarnya apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik.. InsyaAllah, bekerja juga adalah tuntutan dan ia juga adalah ibadah dan yang penting berusaha di setiap kesempatan yang ada...(",)

~Selamat beribadah..Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat diri kita..~


"Mencari Redha Allah"

Sunday, July 24, 2011

Menanti Sang Kekasih

Menghitung detik menantikan tetamu agung.. Ramadhan Kareem.. Marhaban ya Ramadhan..
dengan harapan kan ku manfaatkan sepenuhnya detik bersama Ramadhan kali ini.. semoga Allah temukan dengan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi..
"Ya Allah, temukanlah ku dengan Ramadhan.."

Demikianlah kita mengingat dan menantikan datangnya sang kekasih.
Akan selalu ku ingat engkau, wahai ramadhan. Ku ingat engkau dengan puasa, tahajud, tarawih, dan I’tikaf kepadaMu.
Ku ingat engkau dengan tilawah Al-Quraan, zikir, doa yang ada padamu.
Ku ingat engkau dengan anugerah, barakah, dan kebaikan yang berlimpah darimu.
Ku ingat engkau dengan rahmat,maghfirah, dan pengampunan dari Allah.
Ya , kami sentiasa mengingatimu!
Mengingatimu dengan segala kelemahan,kekurangan dan banyak kebaikan ynag telah kami biarkan beralu begitu sahaja. Berapa banyak kebaikan dalam puasa hilang bersama ghibah(mengumpat), namimah (mengadu domba) , dan pandangan yang penuh (kha’inah).
Berapa banyak kebaikan solat malam hilang bersama nyeyaknya tidur, film, pertujukan drama, sinetron, dan perbuatan tidak senonoh. Berapa banyak kebaikan dalam al-quraan telah hilang bersama kemalasan untuk duduk dalam halaqah zikir dan kebaikan-kebaikan lain yang hilang begitu sahaja. Semua itu kami ingat bersama titis air mata saat kami berpisah denganmu pada ramadhan yang lalu.
Saat kami berjanji dan bersumpah kepada Allah swt bahawa di ramadhan mendatang kami akan berbuat lebih baik lagi dan menggantikan kebaikan-kebaikan yang meninggalkan kami begitu sahaja. Hari berganti hari,bulan berganti bulan, sementara kami pun terus melantun doa :
Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Kini ramadhan berada di pangkuan kami..
Duhai, jika aku datang padanya apakah ia akan menerimaku? Bagaimana pendapatmu, apakah ia
mengizinkanku untuk memasukinya atau menolakku?
-Dr Akram Ridha

"May Allah bless all of us.."

Saturday, June 25, 2011

Ukurlah dengan iman

Bagaimana seseorang mengharungi hidup jika tanpa iman? Kesibukan, bagi yang tidak memiliki iman, adalah menapaki keinginan yang tidak pernah selesai.

Menjalani waktu, sejak pagi, siang , petang, malam hingga bertemu pagi kembali, bagi orang yang tidak memiliki iman, adalah ibarat mengharungi belantara hutan yang tidak pernah ada jungnya, atau menyeberangi lautan luas yang tidak pernah bertepi. Mereka terus bergelut dengan ambisi, memenuhi keinginan nafsu, sementara itu semua tidak pernah membuat lapr dan dahaganya berkurang. Wajar, jika tidak sedikit orang yang merasa lelah menjalani hidup. Ya, mereka lelah kerana ternyata seluruh keringat, pikiran dan usahanya tidak pernha membuatnya merasa cukup. Semakin banyak usaha yang diperoleh, semakin tinggi tuntutan untuk memperoleh yang lebih banyak. Peluh yang menets ternayata hanya member kepuasan yang makin membakar nafsu untuk mendapatkan yang lebih besar. Lalu setelah itu, jatuh bangun lagi, bertarung demi ambisi lagi, mengejar dan memenuhi nafsu lagi, untuk keinginan yang tidak ada habisnya.


Saudaraku, semoga kita semakin memahami, bahawa ada banyak keinginan yang ternayta tidka baik untuk kita sendiri. Perhatikanlah bagaimana ungkapan seorang sahabat mulia, ibnu mas’ud “sesungguhnya ada seorang hamba yang sangat terobsesi mencapai sesuatu, baik masalah bisnis maupun kekuasaan. Dan sebenarnya ia dimudahkan untuk mencapai keinginannya itu. Tapi, Allah melihanya lalau berkata kepada malaikaNya “ hindarilah dia dari apa yang diinginkannya itu. Kerana sesungguhnya jika Aku mudahkahkan dia memperolehi keinginannya, maka dia akan masuk neraka” Maka orang itu pun dihindari oleh Allah dari apa yang diinginkannya. Selanjutnya, orang tersebut menduga-duga dengan mengatakan “kenapa fulan lebih berhasil dariku, kenapa fulan lebih unggul dariku. Padahal apa yang terjadi itu tidak lain hanya kurnia Allah swt belaka”

Imanlah yang menyelamatkan kita dari dinamika hidup yang melelahkan itu. Imanlah yang selalu memberikan kesegaran baru. Iman yang member epncerahan batin yang membuat kita selalu prima mengahdapi badai apapun dalam hidup. Andai seorang hamba selalu mengembalikan segala masalah pada hakikat keimanan, niscaya ia yakin bahawa Allah tidak pernah menetapkan sesuatu kecuali kebaikan. Meskipun kebaikan itu tidak disadari.

Saudaraku, Pikirann kiat seringkali tidak mampu membaca langsung kebaikan-kebaikan Allah. Mungkin kerana hati kita yang kerap tidak bersinar. Pergulatan hidup, snetuhan urusan dunia menyebabkan hati seseorang terselubung oleh suasana pekat. Itulah yang pernah digambarkan oleh Rasulullah pada kita. “ Tidaklah hati seseorang itu kecuali ia mengalami kondisi seperti awan dan bulan. Jika hati terdominasi oelh awan, maka hati akan menjadi gelap. Tetapi, apabila awan menyingkir maka hati akan menjadi terang” (HR Thabrani)

Begitulah hati yang terkadang tertutp oleh awan, akan terhijab cahayanya lalu menjadi suram. Jika kita berupaya menambah keimanan dalam hati dnegan memperbanyak amal salih dan meminta pertolongan Allah untuk menyingkap awan itu, maka hati kita akan bercahaya lagi.

Kerana nya saudaraku,
Sedarlah apabila saat-saat awan kelabu itu muali menyelimuti hati. Waspaidailah ketika hati mulai terasa redup dan tidak tersinari cahaya. Seperti yang disebutkan dalam perkataan salahfussalih “termasuk kecerdasan seorang hamba adalah jika ia menyedari kondisi imanya dan apa yang kurang darinya”

Ada pula para salafussalih yang mengatakan bahawa termasuk kecerdasan seorang hamba adalah “jika ia mengetahi dari mana datangnya bisikan-bisikan syaitan pada hatinya”

Kembalilah pada iman,, maka semua keinginan kita akan terwujud. Keinginan yang tidak sibatasi oelh target, angka atau hasil yang bisa diraba. Kerana keinginan tidak pernah selesai oleh target, angka dna hasil-hasil itu. Tapi, keinginan akan member semua harapan, melalui ketenangan, ketenteraman hati dan kepuasan. Itulah yang kita cari. Imam Ibnul Jauzi mengatakan, “ wahai orang yang ditolak dari pintu. Wahai orang yang terhalangi menemui kekasihna. Jika engkau ingin mengethaui kedudukanmu disisi raja. Lihatlah sarana apa yang bisa membantumu untuk mengetahui posisimu disisi sang raja. Lihatlah perkerjaan apa yang menyibukkanmu, betapa banyak orang yang berdiri di depan pintu istana raja. Tapi, tiada satu pun yang dapat masuk dan berhadapan dnegan raja kecuali orang-orang yang memang telah dipilih oleh sang raja. Tidak seluruh hati bisa mendekat. Tidak semua jiwa menyimpan rasa cinta”
Seorang ulama menjelaskan makna perkataan Ibnul Jauzi ini. Ia mengatakan bahawa jika seseorang ingin tahu dimana posisinya di hadapan Alla, bercerminlah pada amal-amal yang menyebukkanya. “ jika ia sibuk dengan dakwah dna berbagai masalahnya, jika ia sibuk menyelamatkan umat manusia dari nereka, jika ia sibuk melakukan pekerjaan untuk memperoleh kemenangan disyurga, menolong yang lemah dan orang yang memerlukan, maka bergembiralah kerena semoga ia mempunyai kedudukan yang dekat dnegan Allah.

Beritakanlah kabar gembira bahawa Allah tidak akan memerikan kebaikan kecuali pada orang yang Ia cintai. Tapi jika ia berpaling dari dakwah, berpaling dari pada juruj dakwah, berpaling dari melakukan kebaikanm sibuk dnegan dunia dan mengumpulkan harta benda, sibuk dnegan banyak bertanya tapi sedikit beramal, sibuk dnegan mengikuti hawa nafsu, ketahuilah bahawa ia jauh dari Allah”. Saudaraku lihatlah apa sarana yang mampu mendekatkan kita pada Allah? Dan apa pekerjaan yang menyibukkan kita? Allah memilih orang-orang yang mampu menempuh sarana yang mendekatkan diri kita padaNya dan menyibukkan diri untuk menjalani perintahNya. Mari mengukur segala keadaan iman.

Mari kembalikan semua keinginan pada keimanan. Mari melihat peristiwa hidup apa saja dengan kaca mata iman, Ibnu Taimiyah mengatakan “ apa yang dilakukan musuh-musuhku terhadapku? Surgaku ada dalam jiwaku, jika mereka emenjarankanku maka itu adalah masa penyepianku dengan tuhanku. Jika mereka mengasingkanku ke suatu tempat yang jauh maka itu adalah masa pengembaraan bagiku. Jika mereka membunuhku, itu adalah kematian yang semoga menjadikan akau sebagai syahid”
Saudaraku, Adakah kekecewaan , kekhuatiran , kegelisahan dan ketakutan di sana?

dipetik dari: mencari mutiara di dasar hati

Tuesday, May 24, 2011

Ustazah Yoyoh Yusrah

Biarpun, tidak pernah bertemu dengannya..jauh sekali berbicara dengannya. Namun,berita pemergiannya menusuk di hati. Terasa ngilu sekali kehilangan insan sepertinya yang banyak memberi dalam jatuh dan bangunnya Islam terutamanya di Indonesia.


Ustazah Yoyoh Yusroh

Ustazah, kami menangisi kehilanganmu, tetapi kami yakin kau kan berbahagia di sampingNya. Dia lebih merinduimu..

Semoga dirimu tergolong bersama para shuhada’ dan kekasihNya..Amen..
AL-Fatihah..


Generasi Awal PKS, Yoyoh Yusroh Meninggal Kecelakaan


Sabtu, 21/05/2011 06:37 WIB | email | print


Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Berita dini hari melaui twiter dan facebook, mengabarkan Yoyoh Yusroh, meninggal dunia dalam kecelakaan saat akan kembali ke Jakarta. Menurut kabar kecelakaan terjadi di Tol Brebes-Tegal, pukul 3.30 dini hari, yang mengakibatkan kenderaan yang ditumpangi mengalami kerusakan dan menewaskannya.


Sekarang jenazahnya sedang dalam perjalanan menuju Jakarta, dan akan disemayamkan di rumah duka di Komplek DPR Kalibata, Jakarta Selatan.


Yoyoh Yusroh bersama suaminya Budi Darmawan serta keluarganya menghadiri wisuda anak pertamanya Umar, yang kuliah di UGM Yogyakarta. Umar berhasil menyelesaikan kuliahnya di UGM mengambil jurusan ekonomi/menejemen/UGM, Yogyakarta. Yoyoh Yusroh bersama keluarganya menghadiri wisuda putra pertamanya Umar dengan penuh kebahagiaan.


Kecelakaan yang serius itu mengakibatkan meninggalnya Yoyoh Yusroh, yang menjadi anggota DPR RI dari PKS, selama dua periode (2004-2009 dan 2009-2014). Selain itu, suaminya Budi Darmawan dan keluarga lainnya, masih di rawat di Rumah Sakit Mitra Plumbon-Cirebonl. Musibah ini terjadi di Tegal, saat akan kembali ke Jakarta, usai menghadiri wisuda putranya Umar.


Yoyoh Yusroh, sedikit orang (muslimah) yang terekrut, dan menjadi generasi awal (assyabiqunal awwalun) dalam generasi dakwah, yang membangun di awal gerakan dakwah di Indonesia. Yoyoh merupakan sedikit kader dakwah yang sangat gigih membangun gerakan dakwah di Indonesia dengan segala pengorbanannya. Dia juga berhasil menciptakan sebuah lapisan generasi baru Muslimah, yang memiliki komitment dakwah dikalangan jamaah dakwah.


Yoyoh telah berinteraksi dengan berbagai kalangan, dan mengunjungi berbagai negara, termasuk Timur Tengah, termasuk telah mengunjungi Gaza, melihat langsung kondisi rakyat Palestina yang menjadi korban kekejaman Israel.


Yoyoh Yusroh, meninggal dalam sebuah kecelakaan yang tragis di Brebes/Tegal. Yoyoh meninggalkan 12 orang anak, dan baru dua orang yang sudah menikah. Semoga segala amal kebaikannya menjadi penentu hidupnya diakhirat nanti, saat berada dihadapan Allah Azza wa Jalla. Inna lillahi wa inna Ilaihi roji'un. (mh)