Mungkin Isu Ini masih panas ketika ini..saat sebahagian umat Islam dalam suasana menunaikan ibadah haji dan Aiduladha negera "Islam" Malaysia dikejutkan dengan satu kempen "Seksualiti Merdeka" di anjurkan oleh golongan-golongan yang tenggelam dalam kegelapan. Program yang dikatakan memperjuangkan hak asasi manusia ini bermulapada 1 Nov 2011-13 Nov 2011 yang bertema "Queer without fear" yang
Antara aktiviti yang bakal berlangsung di estival tersebut adalah pameran poster, pengakuan kaberet, mini concert rainbow massacre, pelancaran buku dan banyak lagi..Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi. Di fahamkan juga bahawa gay icon Elthon John akan mengadakan konsert di negara ini...
Agaknya apa respon kalian ya akan isu ini? Marah?benci? geram? menyampah? sedih? bla-bla...etc. Begitulah, apabila manusia lari dari fitrah manusia yang utama iaitu menolak agama Islam. Maka natijahnya amat besar. Tidak tahu lagi yang mana yang baik dan mana yang buruk..kerana hati telah tertutup rapat dari tujuan hidup yang sebenar. Maka yang tinggal hanyalah mencari kebahagiaan diluar tabii' yang tiada pengakhirannya.
menyedihkan adalah remaja-remaja melayu islam yang masih lagi "mencari" dan tidak faham islam yang sebenarnya. mereka mungkin terpengaruh dan terus hilang dari Islam "wanu'zubillah". Maka sewajarnya di sini dikatakan..kembalilah kepada fitrah. fitrah beragama dan fitrah berpasangan (lelaki dan perempuan)..kerana hanya agama Islam yang mampu menjamin kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat...percayalaaah! kerana Islam adalah agama yang benar lah "mereka" tidak henti-henti untuk melancarkan serangan secara "fizikal" atau "psychological" untuk menghapuskan Islam..tetapi, apa yang kalian lihat kini? adakah islam hilang dari bumi ini? TIDAK bukan..malah islam semakin hari semakin memancarkan cahayanya..kerana apa? Kerana ISLAM adalah agama Allah, milik Allah...maka pemiliknya lah yang akan menjaga agamaNya..
Jadi, Untuk selamat dan bahagia dunia dan akhirat maka sekali lagi diseru buat mereka..kembalilah kepada Islam..because once you know ISLAM yang sebenarnya..You would never leave it..ISLAM IS THE WAY OF LIFE.... <3
No comments:
Post a Comment