Thursday, January 13, 2011

Jangan Merasa tidak mampu

Buat diri dan sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah..

cuba sama-sama kita hayati hadisth Rasulullah ini:

" Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah, dan pada masing-masing Mukmin ada kebaikan. Bersemangatlah pada apa sahaja yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan merasa tidak mampu. Jika ada sesuatu yang menimpamu jangan katakan " Kalau saja aku melakukan itu dan ini, pastilah begini dan begitu" . akan tetapi katakanlah  " Allah SWT telah menakdirkan, dan apa yang dikehendakinya akan dijalankan." Sebab jikalau-jikalau itu membuka kerja syaitan. " (HR Muslim)

Sebagai Mukmin, kita harus menjadi Mukmin yang kuat, sebab hal ini lebih baik dan lebih dicintai Allah..kekuatan bukan hanya sekadar kekuatan fizik, tetapi kekuantan yang terpenting adalah kekuatan maknawiyah (mentaliti) iaitu akidah atau kejiwaan termasuk kekuatan skill, tsaqafah, fikriah dan lain-lain.

Justeru, kalau nak jadi kuat..kita kena sentiasa bersemangat terhadap apa sahaja yang bermanfaat, baik dunia ataupun akhirat...jangan sesekali merasa tidak mampu.. (negetive thinking).. Akan tetapi, mintalah pertolongan Allah..

hidup ini adalah sesuatu yang sudah ditakdirkan Allah..berkerjalah, berusahalah...bersemangatlah (Walau kekadadng orang disekiling kita tak bersemangat)..kerana  Allah telah mentakdirkan setiap orang sesuai dengan kehendakNya. "sesungguhnya setiap orang menjalankan takdirnya masing-masing"..

jangan pernah lemah, jangan pernah merasa tidak mampu..bukankah Allah sentiasa ada untuk mendengar segala rintihan dan pengaduan kita?

"Mencari redha Allah.."