Saturday, October 24, 2009

Jaga solat di dunia, Raih syurga di akhirat..

Hudzaifah bin Yaman berkata: “perkara yang pertama kali akan hilang dari agama adalah khusyu’, dan arayang terkahir yang akan hilang adalah solat. Boleh jadi, ada orang yang solat tiada kebajikan pada dirinya. Boleh jadi anda mendapatkan sbeuah jemaah solat dalam masjid, namun tidak seorang pun diantara mereka khusyu’

Manakala Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
“Tali pengikat (ajaran) Islam satu per satu akan pudar (diabaikan), yang pertama adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah salat” (HR Ibnu Hibban)

Seandainya hadis ini diketahui dan difahami dari dahulu oleh orang banyak orang, sudah tentu setiap darinya akan menyedari bahawa solat adalah harta dan tanggungjawab terpenting yang mesti dijaga dan diperbaharui setiap masa. Kerana, syaitan tidak akan berdiam diri selagi anak adam tidak lalai dari mengingati Allah. Sehingga dalam solat pun, syaitan akan berusaha semampu mungkin untuk melalaikan anak cucu adam.

Syaitan tidak perlu bersusah payah untuk duduk dan melalaikan orang-orang yang berada di tempat-tempat maksiat, kerana mereka ini sudahpun mengikut telunjuk nafsu syaitan.Sebaliknya, syaitan akan bekerja keras untuk mengoda manusia yang mengerjakan amal kebaikan. Oleh kerana solat memiliki kedudukan yang sungguh mulia, syaitan akan berhempas pulas untuk merosakkan solat manusia.

Lalu, kita mula berfikir dan menghisab diri…selama ini, solat kita bagaimana? Berapa banyakkah solat kita yang benar-benar khuyu’ dan bebas dari berfikir akan urusan dunia? Selama kita solat, berapa kali hati kita merasai kehadiran Allah dalam solat kita?

“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya” (al-Mau’n:4-5)

“ Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dna memperturutkan hawa nafsunya,maka mereka kelak akan menemui kesesatan” (maryam: 59)

Astaghfirullahal’azim…. Sudah banyak kelalaian yang telah dilakukan… Moga Allah masih lagi memberi peluang untuk memperbaikinya.

Ibnul Qayyim menjelaskan tingkatan manusia dalam mendirikan solat:

1. Orang yang lalai dan zalim terhadap dirinya,iaitu yang tidak mengerjakannya dengan benar, baik dalam wudhu, waktu, batas-batas mahupun rukun solat. Kelompok pertama ini akan mendapat hukuman dari Allah


2. Orang yang menjaga waktu solat, batas-batas, rukun-rukunnya. Namun, ia lalai dalam bermujahadah melawan bisikan dan pikiran yang menggangu jiwanya. Kelompok kedua ini akan dihisab oleh Allah.

3. Orang solat sekali gus berjihad.mereka bukan sahaja menjaga rukun-rukun dan batas-batas solat malah berusaha sekuat tenaga mengusir bisikan dan fikiran yang menggoda dirinya. Kelompok manusia ini adalah dalam tingkatan akan dihapuskan dosanya.

4. Orang yang memenuhi kewajipan solat, rukun-rukun,dan batas-batasnya ketika mendirikan solat dan hak-haknya agar tiada satu pun terbuang secara percuma. Hatinya tenggelam dalam salat dan ibadah kepada Allah. Mereka mendapat pahala dari Allah.

5. Orang yang mendirikan solat dengan menghadirkan hatinya dihadapan Allah. Seakan-akan ia melihat Allah dengan mata hatinya, ia merasa diawasi oleh Allah dan hatinya dipenuhi rasa cinta kepadaNya dan mengangungkanNya. tIngkatan manusia ini akan didekatkan dengan Allah.

“ Ya Allah, ku berlindung dariMu yang memiliki segala kekuatan dari segala tipu daya Syaitan..”

Bagaimana mahu mendirikan solat dengan penuh rasa khusyu’??
1. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan khusyu’ dalam solat.
2. Berlindunglah dengan Allah dari syaitan dengan berta’awuz dan membaca tiga Qul ( surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas) agar segala bentuk bisikan syaitan dihindarkan.
3. Kosongkan segala fikiran sebelum mendirikan solat.
4. Berusaha menlengkapkan diri dengan ilmu, seperti banyak membaca tafsir dan surah-surah yang sering dibaca dalam solat. Agar ketika solat, fikiran akan tertumpu kepada apa yang dibaca.
5. Menjaga rukun-rukun , batas-batas dan hak-hak solat.
6. Sedar bahawa, diri sedang mengadap Sang Raja dan Pencipta yang Agung..

Moga Allah menolong orang-orang yang sentiasa mencari redhaNya…

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencarikeredhaan) Kami, benar-benar akan Kmai tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang –orang yang berbuat baik” (Al-Angkabut: 69)


Tuesday, October 20, 2009

Munajat hatinya, menyentuh nubariku..

"Wahai tuhanku,
Cukuplah kemuliaan bagiku dengan menjadi hambamu
Dan cukuplah kehormatan bagiku bahawa engkau sebagai tuhanku
Engkau adalah seperti yang aku cintai
Maka jadikanlah kiranya aku seperti yang engkau cintai "


( Ali bin Abi Talib)

Saturday, October 17, 2009

Betapa sayangnya Allah pada kita..

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." -Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.' Imam Al-Ghazali

1,2,3...action!!

1,2,3…Action!!
Sekujur tubuh terbaring kaku di atas lantai..banyak mata yang melihat..lalu..
“Sir..sir.. are you ok?...no respon!! You..call 999 and get for help!!”
(huhu..jantung bekerja dengan pantas sekali…)
Membuka plastic lalu adegen mouth to mouth…check pulse. No pulse!!
Compression!!!
1,2,3……..!!!
***
Alhamdulillah..
Lulus juga..sehari suntuk mengikuti training CPR. Lenguh-lenguh habis segala sendi dan otot…kerana bersungguh-sungguh membuat “compression” kat pakcik patung..
“Rasa macam dah jadi seorang nurse..sebab tahu satu teknik menolong orang” celah seorang teman semasa proses training dengan asst lecturer.
Masing-masing berdebar semasa menanti keputusan CPR..takut kena repeat balik… “korang tahu, 2nd year hari tu, separuh fail!” cerita yang menambah kerisauan di hati..
Si A: “eiii..takut la..”
Si B: “Tangan aku dah sejuk sangat!!”
Si c: “Aku tak leh recall apa yang blaja tadi..berdebar..”
(macam –macam lagi luahan perasaan…hehe)
***
“Kali ini kita ada seorang pelajar cemerlang..cemerlang melakukan CPR..dan kami ada hadiah sumbangan dari jabatan aneast..Ianya jatuh kepada…****..” Tepukan gemuruh mengiringi Dayah mengambil sijil dan hadiah..semua orang gembira..dayah terharu sehingga nangis!!Alhamdulillah dayah..
“bagi nama yang saya tak panggil ni..you have to repeat..”
Satu persatu nama di panggil dan sehinggalah ke akhirnya.. ..
Lalu..ada mata yang menangis kerana namanya tidak disebut..ada juga yang gembira..kerana lulus ujian..
***
Alangkah ngerinya..menanti keputusan amalan yang akan diberikan oleh Malaikat..Ketikaitu, tiada siapa mempedulikan orang lain.Masing-masing dengan urusan sendiri…Sehingga beruntunglah orang yang menerima buku amalan dengan tangan kanan, dan celakalah yang menerima buku amalan dengan tangan kiri. Tiada guna lagi sebuah penyesalan..tiada lagi sekelumit peluang untuk memperbaiki kesalahan..Hanya kemaafan dan rahmat Allah sebagai penyelamat..hanya syafaat Rasulullah sebagai pengubat….
Betapa masih kecil ujian hari ini..sekadar menguji iman didada yang setipis kulit bawang.. Pun begitu, masih ramai yang lupa dan alpa akan Hari yang dijanjikan oleh Allah…
***
Wahai diri..
Sepanjang engkau hidup, sebanyak mana air matamu tumpah kerana takut akan azab Allah…sebanyak mana engkau menyesali dosa-dosamu..sebanyak mana engkau derita dan bersusah payah mengamalkan syariatNya..???
Wahai diri…
Hari yang dijanjikan itupasti akan datang…takutlah engkau dari sekarang…sebelum, nyawamu berada dikerongkong…sehingga tiada guna lagi sebuah penyesalan…seperti Sang Firaun, yang akhirnya tunduk pada Allah tatkala ajal ditengkok..namun, Allah sedikit pun tidak memandangnya..
Wahai diri…
Bertaubatlah, selagi punyai masa dan peluang….

Friday, October 2, 2009

Next coming posting??


Life ongoing as usual..


Macam biasa tugas sebagai students…

On coming Friday, CPR workshop special for 3rd year nursing. New experience and lessons are waiting..Macam tak sabar pula.

Dalam masa yang sama…menghitung jari…
Waiting that have several days for clinical posting..New challenges are waiting.

Next clinical posting in HOSHAS and HTAA:

12/10/09-16/10/09= Gyneacological ward kat HOSHAS
19/10/09-23/10/09= Neurological ward kat HTAA
26/10/09-30/10/09= Peadiatric ward kat HOSHAS
Then, the most waiting is FINAL EXAM on 1 November 2009…

Hoho..Moga ALLAH mempermudahkan segalanya
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Rasa macam sibuk semacam jer..tapi sebenarnya masih banyak waktu terluang.

Teringat kata Imam Hassan Al Banna: “alwajibu aksaru minal aukot” (Kewajibapan yang ada lebih banyak dari masa yang ada)..betul tu! Memang banyak sangat tanggungjawab yang masih perlu dilaksanakan..tetapi begitulah tabiat manusia..suka sangat berlengah-lengah..suka tangguh-tangguh..Lepas tu, mengeluh… Benarlah kata Rasulullah, antara nikmat yang paling mudah dilupakan adalah nikmat masa luang.

Ya, masa luang yang ada di habiskan dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Tak penting. Yang membuatkan tanggungjawab yang utama diabaikan. Contohnya, tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah, dilalaikan dengan tanngungjawab sebagai students.. Menyiapakan “kerja-kerja sekolah” sehingga lupa nak solat, lupa nak mengaji, dalam erti kata lain, lupa nak menjaga hak-hak Allah..emm..Kekadang, kita kena belajar untuk prioritize urusan dalam kehidupan kita..barulah hidup tu well organized..barulah Berjaya dunia akhirat..hehe..

Tetiba seseorang yang dari tadi khusyu’ membaca blog ini bertanya: “belajar dari apa?"

Jawapan: Dari pengalaman hidup… bukankah Allah bagi akal untuk kita fikir. Betul tak?
(dia pun angguk2 kepala tanda faham..)

‘ala kulli hal…

Allah berfirman: “ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami adalah tuli, bisu dan berada dalam gelap gulita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (dalam kesesatan), niscaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi petunjuk) ,niscaya Dia menjadikannya berada diatas jalan yang lurus” (Al-‘Araf: 39)

p/s: otak ni kan, bila banyak fikir sangat ada possibility tak nak jadi traffic congestion macam kat jalan raya?