Saturday, December 13, 2014

Cerita baru

Selalu ada cerita baru..
macam fasa baru.

Baby dah menjenguh muka ke alam dunia ni
Memulakan hidup baru
bersama "mama" dan "abi".

Mama Abi kena balajar semua benda
Abi kata..mama kena kuat..musti kuat.
Cabaran mendepan memang banyak
nanti mama bekerja..mama nak belajar lagi.. mama banyak program lagi..

baby pun kena kuat..sebab kena sentiasa ikut mama pegi program
Abi pun kena kuat..sebab kena jadi mandiri kadang2 tanpa mama dan baby..

Semoga Allah berkati..
biarlah "Allah" selalu dihati
agar tenang melalui
fasa hidup dunia ini..

(^_^)

Wednesday, September 17, 2014

Soalan comel yang malu

Memang malu. Apabila anak-anak mula perasan keadaan diri. 
Masing-masing mula bercerita. 
Berbisik sesama sambil melihat gurunya yang mula berjalan aneh.
Aish.. cikgu mula ada sangka. "cakap pasal kita ke?"


Masuk 1 Itqaan. Belum apa-apa lagi..Amjad dah tanya; " Tecer mengandung ke?" 
Gulp..Tak jadi nak marah tecernya.
"Haah..dalam ni ada baby.." Jawab Tecer malu. 'cover' muka.

Mula dari saat itu. Macam-macam yang tecer dengar.
"Tecer, baby boy ke baby girl?"
"Tecer..tecer ada baby ke?" kelip-kelip mata mereka tunggu tecer jawab.
"Tecer, tecer nak baby girl ke baby girl?"
"Tecer..dalam peyut tecer tu ada baby ke?"
"Tecer ni macam mak ana la..mak ana pun macam ni juga masa  adik ana nak keluar.."

"Tecer penat ke?"
"Berat ke tecer?"

"Bila baby nak keluar..ana kesian tengok tecer naik tangga"
....
Berpeluh tecer..seka peluh dingin kat dahi.
Senyum tecer..

.......
Rasa malu pun ada.
Rasa hepi pun ada.
Rasa diambil berat pun ada
Rasa tak sabar nak jumpa "baby" pun ada.
Rasa takut pun ada.
Macam-macam rasa tecer rasa.

.....
Jazakallah kalian. Doakan tecer ya.
Semoga Allah mudahkan segala.
Ameen.



Tuesday, August 26, 2014

Skills..

Sungguh orang kata. Kadang, nak bersosial dengan orang ini..bukan satu perkara yang mudah. Lain orang lain cara lain ragam. Mungkin betul kata pepatatah, rambut sama hitam hati lain-lain. Masing-masing kita tidak boleh jangka dengan gaya dan cara orang lain...Paling penting kita sendiri yang kena bijak mengurus dan mengatur apabila berhadapan dengan orang yang berbabgai. Kadang tercabar juga prinsip dan cara hidup kita.
Paling best, rasa tak boleh terima dengan cara orang lain. Alasan, sebab rasa kita betul dan kita paling bagus. Itulah yang menjadi halangan untuk kita muhasabah dan baiki diri kita. Ya ...tidak dinafikan kadang ada benarnya memang kita yang betul..Tetapi, tidak salah jika kita menerima dan memandang teguran tersebut ...paling tidak sebagai cabaran untuk kita melangkah dan meloncat ke lebih depan.. Mengahadapi kerenah orang sebegitu sebenarnya mengajar kita untuk lebih sabar, professional, dan matang dalam menilai sesuatu.. Huhu walau hakikatnya memnag menyampah dan salah dia..huh.. Just bagitahu diri kita..its part of challenges to face next successful..




Huhu..biarlah dia dengan dunia dia yang asyik tu.. semoga dia sedar dan kita menjadi insan yang lebih pemurah untuk lebih bersyukur..Insha Allah..

Thursday, August 14, 2014

Pelik





Memang pelik dengan mereka ini
mereka memang ajaib
kadang buat kita senyum
buat kita sayu
buat kita gumbira
buat kita sakit hati sangat
buat kita tersenyum sorang-sorang
buat kita rasa disayangi
buat kita rasa dihargai
buat kita rasa syukur sangat
buat kita rasa..terharu..ssobs..sobs..

pelik kan..
sebab..
ada masanya
kadang hilang juga sabarnya kita
(kena banyak pohon kesabaran lagi ni..)
kadang tercubit juga
(walau xleh cubit bebudak sekarang)
terjentik juga
termarah juga
tertinggi suara juga

tapi..
yang peliknya
setiap kali jumpa mereka

masa tu juga
"tecer.." "tecer.." "tecer.."
sambil tangan melambai dan senyum comel
"tecer..terima kasih.."

rasa runtun hati
terseentuh kan

rasa macam mereka
Allah
ciptaan yang cukup bersih

tiada dendam
tiada amarah
tiada benci


mereka memang istimewa..
Subhanallah..



Semoga Allah terus memilihku..untuk terus istiqamah di sini..


Wednesday, August 13, 2014

Farewell buat dia

130814

Hari ni hari terakhir dia di sini
rasa seperti pantas sekali masa berlalu
macam semalam jumpa dia

masa hari ni cepat sangat berlalu
macam pantas
tengok jam sudah jam 4pm

wajah dia sedih
sedih nak tinggalkan daerah lama


semoga dia tabah menghadapi dunia baru
hidup memang begitu
kadang tidak semua jadi apa yang kita mahu
sebab Allah lebih tahu..

16:19
#baru#

Monday, July 7, 2014

Madrasah Ramadhan 1435H

Allah
sekali lagi DIA beri ku peluang menjejak kaki ke dalam bulan mulia ini
entah rasa hati
masuki bulan ini sungguh tanpa persediaan yang sewajarnya
walau sebenarnya..sangat menanti kedatangannya
tapi
selalu lupa dan lalai

masih lagi berbaki beberapa hari
hari ni dah 9 Ramadhan

memasuki Ramadhan dengan perasaan yang berbeza dengan sebelum ini
dengan segala keterbatasan
dengan segala kesulitan
tapi
ku yakin sebaliknya 
ada orang lebih terbatas
ada yang lebih sulit dariku
cuma kadang
kerana kurang muhasabah
kurangnya rasa syukur
buat rasa diri sudah mencuba sehabis rasa
itulah jiwa
selalu bersangka

******
Allah selalu hadirkan buatku
berbagai peringatan cintaNya

ya
sentiasa

sewaktu cukup ku rasa ketidak berdayaan
sungguh rasa lemah
sungguh tak mampu
Dia datangkan dihadapanku makhluknya
yang membuatku terfikir

ya
saat ku selesai solat maghrib di masjid Asy syikirin
satu kelibat insan melintas dihadapanku
dengan segala keterbatasan
kesukaran dia untuk berjalan
dia terus melangkah
membetulkan posisi diri
untuk bersujud padaNya
dengan keterbatasan itu
dia solat duduk
dia sujud
dia rukuk

Allah
besarnya keagunganMu
sungguh
amat ku terasa
betapa kurangnya syukurku padaMu

ampunkan ku
..

***
Semoga Ramadhan ini..
lebih baik dari Ramadhan ku sebelum ini..
andai ini Ramadhan terakhirku..

....



Saturday, June 21, 2014

Berubah..

Memang cepat masa berlalu..kadang..sungguh tak terasa masa berlalu..Yet, saya akuinya..Almost 6 bulan saya tak update blog. Entah apa yang saya sibukkan..hmmm...
undeniable..

changging of the roles..
become a housewife
being a tecer
being a students
and the most challenging is when u are diagnosed to be a mother..

of course u will be..
 orang yang paling penat..
betul..

tapi, pejam celik.. pejam celik..i have been through almost one semester of my study..Allah.. praise to HIM..for always be there for me..
and En Suami yang mampu bertahan dan bersabar saat-saat kesulitan saya..selalu menjadi bahu untuk saya menangis..jazakallah..Semoga ALLAH rahmati n redhai sentiasa.

n true..
masa terus berlalu..
semoga setiap saat kan memberi barakah..


dan saya...
mahu terus menulis..
menulis dan terus menulis..

kerana menulis adalah sebahagian dari diri saya..

Allah..


Wednesday, March 19, 2014

Dah lama sudah..

Sungguh..rasanya dah lama sudah..
tak meluang masa
untuk meluah rasa
kat sini..

bukan tidak ada rasa
selalu ada rasa..
nak menganungkap makna..
tapi..
seringkali..terkalahkan masa
tak tahu nak letah mana
yang mana dulu
yang mana pasni..

skrg lagi mencabar..
banyak perananan sekarang
dolu lain sekarang lain

tapi..sebagai hamba tetap sama

So..

jangan berhenti
terus mencuba
jadi lebih baik
dalam segala


klik..Semoga berjaya!
Senyum harap.