Monday, July 7, 2014

Madrasah Ramadhan 1435H

Allah
sekali lagi DIA beri ku peluang menjejak kaki ke dalam bulan mulia ini
entah rasa hati
masuki bulan ini sungguh tanpa persediaan yang sewajarnya
walau sebenarnya..sangat menanti kedatangannya
tapi
selalu lupa dan lalai

masih lagi berbaki beberapa hari
hari ni dah 9 Ramadhan

memasuki Ramadhan dengan perasaan yang berbeza dengan sebelum ini
dengan segala keterbatasan
dengan segala kesulitan
tapi
ku yakin sebaliknya 
ada orang lebih terbatas
ada yang lebih sulit dariku
cuma kadang
kerana kurang muhasabah
kurangnya rasa syukur
buat rasa diri sudah mencuba sehabis rasa
itulah jiwa
selalu bersangka

******
Allah selalu hadirkan buatku
berbagai peringatan cintaNya

ya
sentiasa

sewaktu cukup ku rasa ketidak berdayaan
sungguh rasa lemah
sungguh tak mampu
Dia datangkan dihadapanku makhluknya
yang membuatku terfikir

ya
saat ku selesai solat maghrib di masjid Asy syikirin
satu kelibat insan melintas dihadapanku
dengan segala keterbatasan
kesukaran dia untuk berjalan
dia terus melangkah
membetulkan posisi diri
untuk bersujud padaNya
dengan keterbatasan itu
dia solat duduk
dia sujud
dia rukuk

Allah
besarnya keagunganMu
sungguh
amat ku terasa
betapa kurangnya syukurku padaMu

ampunkan ku
..

***
Semoga Ramadhan ini..
lebih baik dari Ramadhan ku sebelum ini..
andai ini Ramadhan terakhirku..

....