Tuesday, August 9, 2011

Saat-saat manis

Terasa istimewa sekali Ramadhan kali ini..


Teruatamanya berkesempatan menymbut ramadhan di masjid UIA gombak...Indah sekali mendengar alunan-alunan ayat suci yang di baca imam..sayu menyentuh hingga ke dalam hati. Walau tidak faham sepenuhnya ayat yang di baca, tetapi, tetap ia memberi kesan di hati..itulah mukjizat Al-Quraan..

Suasana Ramadhannya benar-benar hidup..
9 Ramadhan berlalu..terasa kehilangan detik-detik yang berharga. Mungkinkah ini ramdhan yang terakhir buat diri.. Seusai solat terawih (buat 8 Rakaat je..). Saya parking di belakang, melihat gelagat-gelagat foreigner yang membawa bersama anak-anak kecil mereka. Hingga yang sedang menyusu pun di bawa bersama. Sungguh, tiada alasan langsung bagi mereka untuk mengatakan tidak untuk berterawih.

Bagi saya suasana ini cukup meriah.. gayanya seperti hari raya. Seakan semuanya bergembira dengan hadirnya Ramadhan ini. Ramai sangat orang (mungkin yang pernah mengalaminya di masjid UIA, mampu gambarkan)~tahun ini ramai, tahun lepas lagi ramai kerana tahun lepas Ramadhan disambut sewaktu kampus masih on. Terasa sungguh masjid bukanlah tempat yang asing bagi kanak-kanak. Malah mereka sungguh gembira datang bersama ibu-ibu mereka untuk berterwih. Mereka ada kawan baru..malah boleh berlari kesana ke mari..sperti mereka berada di padang yang luas. Si ibu pula, ada yang mendukung anak sewaktu solat..ada yang anaknya duduk diribaan dan sebagainya.. Saya dapat rasa begitu indahnya islam itu..merasai tiada perbezaan..kami saling bersama walau tidak pernah mengenal..rasa selamat sekali.

Semuanya kerana agamaNYA..Kerana Kami mengadap kiblat yang sama, menyembah tuhan yang satu, mengimani akidah yang satu.. dan dengan hanya kerana itu, kami adalah bersaudara.Tanpa mengira warna kulit, asal negara mana, jauh sekali dari keterunan mana...hanya kerana La ilaha illallah..muhammadun Rasulullah..

Seorang warga Indonesia yang datang pada saya sewaktu dalam masjid.
“adik mahu makan macaroni?”
“eh taka pa lah..”
“ambillah..saya masak lebih tadi..” sambil menghulurkan macaroni didalam tapaware. Saya segan sebenarnya. Bukan taknak..
tak pa2 bagi orang lain yang lebih memerlukan ya..” Jawab saya. Dia seakan sedih bila saya menolak lalu dia menghalakan tawarannya kepada saudara senegaranya yang juga bersebelhan dengan saya.. Timbul pula rasa menyesal kerana mengecewakannya..hmmm…

Itulah keindahan agamaNya..
~selamat beribadah~

No comments:

Post a Comment