Kata orang hidup ini hanya sekali..ya mati pun sekali juga. Pastinya, yang hidup akan merasai mati " kullu nafsin zaa iqatul maut..". Jadi, merasakan hidup ini adalah anugerah yang Allah berikan, harusnya kita berbuat sesuatu agar hidup ini bermakna walau hanya seketika.
saya pernah dengar seorang rakan sekerja berkata..
" waa..rajin betul buat overtime..kumpul duit nak kahwin ke?"
"hee..tak la..saya nak enjoy dulu..saya kan muda lagi.."
Hmm..enjoy dulu. could you please explain what is the meaning of " enjoy"?
Shopping? travelling? clubbing? buying all gadgets u want? ....bla-bla..blaa....etc
until then? then, so what next? work and work..jadilah kita hamba kebendaan.. nauzubillahimin zalik!!
********************************************************
Hakikatnya, terpilih menjadi manusia sebagai makhluk adalah anugerah. Terpilih menjadi muslim juga anugerah. Tetapi, hari ni mari kita bertanya pada diri..benarkan kita seorang muslim. Muslim yang sebenar-benarnya.. bukan hanya muslim pada nama, pada solat, pada tudung, pada puasa, pada nikah kahwin..tapi, muslim as true muslim and islam as the way of life..
kerana kita memahami bahawa hidup yang sesingkat ini..hanya akan bermkana apabila kita hidup untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.. berbuat dan percaya bahawa kita ada sebuah kehidupan lain di akhirat nanti.. justeru, setiap perbuatan kita, setiap amalan kita pasti akan di balas dan diberi ganjaran nanti.. tak akan ada lagi hidup ini hanya sesingkat mungkin..
jadi memahamilah..kalau ingin enjoy macammana sekalipun biarlah ia dalam rangka dan bingkai ketaatan..agar kita tidak menjadi manusia yang merasa rugi (yang tiada gunanya lagi) di akhirat nanti.. Biarlah kita di clasified as manusia kuno/ manusia batu kerana ketinggalan dari segi fesyen, gaya hidup terkini (Apa-apalah yang diaorang claimed)..asal hati dan jiwa kita merdeka dari hal-hal dunia yang melalaikan ini.. Biarlah kita menjadi manusia yang benar-benar merdeka..merdeka dari menyembah kebendaan atau manusia yang menyangka dia yang berkuasa kepada menyembah hanya kepada Allah semata..
Teringat misi Rubi' bin Amir berjumpa dengan Pembesar Rom dengan bangga dan beraninya dia berkata" aku datang untuk membebaskan manusia dari menyembah selain Allah kepada menyembah Allah semata.." Proudly dia datang membawa misi suci itu, tanpa rasa takut atau rendah diri..
Itulah yang seharusnya kita contohi..bangga membawa islam di mana-mana..dan mengambil islam secara keseluruhan bukan separuh separuh mengikut selera kita..
semoga kita tetap bangga dan yakin mengamalkan agama ini dengan sepenuh hati..
No comments:
Post a Comment