Entahla, tetiba saya terpanggil untuk membebel kat sini tentang “nurse”. Terutamanya tentang “nurse degree”..
Ramai orang yang saya jumpe asyik tanya saya..”best ke jadi nurse?””memang minat nurse ya?”..kadang-kadang macam malas nak jawab soalan skeptical macam tu..sebabnya, dalam fikiran diaorang (Sesetangahnya) dah ada stigma tentang nurse macam yang saya pernah citer dulu, ada juga yang rasa pelik kenapa ada orang minat nurse.. apepun, tak kisah la apa tanggapan diaorang tentang nurse..walaupun malas nak jawab, saya tetap jawab juga soalan diaorang tu..
Apa nasib nurse degree kat Malaysia ni?
Sebelum saya jawab soalan tu..meh kita telurusi sedikit sebanyak tentang nurse di Malaysia. Sehingga Dis 2010, bilangan nurse mencecah 83 802 yang terdiri dari pelbagai kategori jururawat. Nisbah jururrawat terlatih dengan populasi Malaysia adalah 1: 340. Akta hospital swasta 2006- peraturab 125 (2a) menyatakan nisbah jururawat berdaftar kepada pesakit adalah 1:2 (45%SRN+55% pemabantu).
Perbezaan antara nurse dahulu dan sekarang..
Secara keseluruhannya populasi hospital di Malaysia semakin meningkat baik swasta dan kerajaan. Peluang untuk berinteraksi dengan pesakit menjadi lebih luas, selama 24 jam. Selain itu, dalam bidang kejururawatn juga berlaku peningkatan kerjaya..dari sijil kepada diploma, dari diploma kepada degree, malah ada juga nurse yang sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan PHD. Seiring dengan perkemabangan semasa, pelbagai kursus, workshop, seminar, postbasic etc di tawarkan kepada nurse-nurse bagi meningkatkan pengetahuan dan skills dalam bidang ini.
Dari sudut jantina pula, kalau dulu nurse memang sinonim dengan “female” tetapi sekarang, “male nurse” bukanlah sesuatu yang asing lagi. Malah bilangannya juga sudah semakin bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan tuntutan dan keperluan keberadaan mereka dalam medical field (memang tidak dinafikan lagi..”
Sebagaimana berlakunya peningkatan kerjaya dalam bidang profesionalisme lain seperti guru, engineer, doctor etc..kerjaya jururawat juga perlu diubah kepada kerjaya “golongan profesionalisme” dan bukan lagi kerjaya“golongan kumpulan sokongan”.perubahan ini menuntut kelayakan nurse sekurang-kurangnya memiliki ijazah kepujian pertama . perubahan ini telahpun berlaku di kebanyakan Negara-negara maju seperi UK, Singapore, filipine, autralia etc.. dimana taraf nurse seiring dengan profesionalisme lain. Dalam medical field sendiri, tidak wujud lagi golongan grandious yang merasa dia paling penting dan paling prominent dari orang lain. Sebaliknya, wujud suasana yang saling melengkapi antara satu sama lain, saling menghargai, dan bekerja sama antara satu sama lain. Disesetengah negera, wujudnya advanced practioner nurse..dimana nurse ni dapat prescribed ubat dan fully decision maker dan tak dependent kepada medical doctor. Di oversea, mereka lah yang fully conduct community clinic berbeza di Malaysia, medical officer yang bertanngjawab..jadi, situasi di Malaysia masih lagi tidak meletakkan nurse sepenuhnya sebagai golongan profesionalisme sebaliknya masih sebagai kumpulan sokongan..
Ura-ura untuk melakukan perubahan ini, sudah dicetuskan suatu masa dahulu..namun, usaha untuk perubahan ini bukanlah mudah seperti yang disangka..Ramai pihak tidak bersetuju dengan perubahan ini yang mungkin merasakan status quo mereka terjejas.
Usaha mewujudkan “nurse degree” dalam bidang ini tidak di sokong sepenuhnya oleh pelbagai pihak. Terutamanya “fresh nurse degree”..dengan beranggapan “fresh nurse degree” tidak sehebat skillnya dengan diploma students. Mungkin fresh nurse degree hebat dari segi theorynya..tetapi skillnya masih tetap sama atau mungkin lack sedikit.. so, wujudlah keadaan “fresh nurse degree”yang tidak diingini di Malaysia..
Currentlly, di Malaysia, hanya IPTA yang menawarkan fresh degree nurse. Antara IPTA yang menawarkan kos ini adalah IIUM (UIA), UKM, UNIMAS, UITM, USM..sehingga hari ini sudah beberapa generasi fresh dengree nurse telah graduate..seperti yang dijangka, mereka ini tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya mereka dapat.
Situasinya:
1) Degree nurse tidak digolongkan dalam kos kritikal, hasilnya mereka tidak mendapat scholarship dari JPA sebagaimana kos2 lain seperti medic, dentist, pharmacy.. (walaupun dekat UIA, yuran pengajian nurse same mahal dengan medic, pharmacy etc.. nursing mostnya tak dapat scholar...kalau dapatpun lebih sedikit dari kos-kos kritikal)
2) Jika ingin kerja di government (GH), mereka perlu apply seperti kos-kos lain..sedihnya post mereka as U41 nurse amat terhad. Hanya segelinitir sahaja dapat bekerja di GH
3) Yang tidak bekerja di GH terpaksa compete dengan diploma nurse apply di private hospital. Di private hospital gaji mereka di bayar sama dengan gaji diploma dengan alas an mereka unexperience.
4) Lebih menyedihkan ada yang private sector tidak mahu pun ambil nurse dengree dengan alas an profits.. kenapa perlu bayar lebih sedangkan ada golongan (Diploma nurse) yang boleh buat kerja yang sama dan di bayar dengan harga yang lebih murah.
5) Jadi, wujudlah golongan unemployed “fresh nurse dengree” yang bilangangannya sedang disurvey sekarang ini..
Jadi, siapa yang bertanggungjawab akan hal ini? Kalau dulu, keluar fatwa nurse sangat diperlukan di malaysia..lalu, wujudlah kolej-kolej swasta yang menawarkan kos ini dengan yuran yang sangat tinggi sehingga mencecah 60K-80k. Dengan alas an mereka yang hanya 3 credits sahaja sudah layak memasuki nursing dan menjamin peluang pekerjaan mereka. Tempoh pembelajaran adalah masa 3 tahun. Tak salah kalau saya katakana, mereka yang pilih nurse ni pun sebab mahu jaminan kerja..kan?
Sedangkan nurse degree..mengambil masa bertahun-tahun..almost 6 years untuk gred sebagai degree nurse (sitauasi dekat UIA)..tetapi, last-last mereka tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya. Siapa yang seharusnya menjawab persoalan ini?
Seorang senior bercerita.. sewaktu temuduga SPA untuk post nurse U41..
Penemuduga: kenapa la korang susah-susah ambik degree? Tengok saya ni, sijil je still dapat jadi orang besar juga..
Mungkin kerana wujudnya golongan ortodok inilah, kerjaya ini masih tidak mampu diletakkan di tempat yang sewajarnya. So, what should we do? Waiting and waiting till they gone?
Only us can create the answer..
"Penemuduga: kenapa la korang susah-susah ambik degree? Tengok saya ni, sijil je still dapat jadi orang besar juga.."
ReplyDeletejawab balik kt dia: Inilah beza kita wahai tuan yg berasa mulia, cara pemikiran. Mentaliti. Ways of thinking!
golongan macam tu la yang xmahukan kemajuan..sentiasa lebihkan senioriti...kan bagus kalau skill dan theory bagi seorang nurse tu seiring..baru la jururawat berkualiti..ini tidak..mmg skill dah ada..tapi bila ditanya tentang sesuatu garu kepala x tau jawab..buat kerja macam lembu ditarik hidung..ikut telunjuk org..kalau betul org lain buat betullah..kalau salah???ilmu tu penting..jadi tuntut la ilmu sehingga ke akhir hayat sekalipun
ReplyDelete