Hidup ini adalah pilihan..keputusan di atas sesuatu pilihan akan mempengaruhi perjalanan kehidupan..so,kita semua sebenarnya selalu berdepan dengan pelbagai pilihan..salah satu pilihan yang ingin saya nyatakan disini adalah pilihan yang mungkin dihadapi sebahagian orang..
Situasi satu:
“malas la nak jaga patient Dr tu..tak suka dia..”
“kenapa tak suka Dr tu?”
“ Dia kan ada title..nurse Call dia, dia tak angkat. Dia tak suka nurse call dia..Hanya Dr sahaja yang boleh call dia..”
Situasi dua:
“ Suka la Dr tu..tak menyusahkan..senang saja dengan dia..”
“kenapa?”
“Ketika buat round sangat independent..tak bergantung dengan nurse..Dr lain, nak touch light pun nurse kena ambik....lepas tu.susah tengok dia marag-marah..”
Situasi tiga:
“Saya tak nak ketika saya buat round nursing students disini..” bentak seorang specialist.
“I don’t like crowded..”
Situasi empat:
“awak junior staff nurse ke? Si junior stafnurse angguk sambil mengiyakan.
“bagi phone ni pada senior..saya nak cakap dengan senior”
Situasi lima:
“ Dr tu..kalau dengan patient bukan main lagi manis nyer.. tapi kalo dengan nurse, nak mesra pun susah..”
“ok la tu kira baik dengan patient..ada Dr yang dengan patient pun tak baik..tu lagi teruk! Kalau dengan nurse ni..biasanya most Dr susah nak pandang atau buat baik dengan nurse..kalau apa-apa jadi mesti nak salahkan nurse..dia lambat tahu pasal patient pun, dia salahkan nurse..pendek kata jarang la Dr memandang nurse ni sebagai “ seseorang..” hanya “angel Dr” je yang hargai nurse…”
Situasi enam:
“semasa saya buat Round, saya tak mahu students tak Tanya..saya nak awak semua Tanya-tanya…kalau awak tak Tanya saya tak tahu nak ajar apa. OK! Kita semua mesti proactive..!!” pesan cardiologist kepada nursing students.
Setiap dari kita punyai pilihan ingin dikenali sebagai apa..kerana kehidupan kita di dunia ini hanya lah sementara. Rasa lebih baik, rasa lebih superior dari yang lain hanya virus yang akan membunuh rasa kehambaan dalam diri..Title, pangkat, gelaran hanyalah “mainan” di dunia yang tidak kekal. Pun begitu yang pastinya kita semua adalah manusia..yang tidak akan terlepas dari segala kelemahan dan kesilapan. Maka, terimalah kelemahan dan kesilapan orang disekeliling kita dengan penuh lapang dada… kerana kita menyedari bahawa kita juga akan membuat kesilapan dan kesalahan keranaa kita juga adalah manusia biasa. Cuma yang bezanya adalah mereka yang mahu membaiki kesilapan mereka atau masih tetap sama mengulanginya kerana tidak merasakan mereka membuat kesilapan…
Moral of the story… dari sudut lain, for all nurses, juga bakal-bakal nurse especially, work professionally, sometimes they behave like that because nurses does not perform their task competently..so, prove you can do the best!
No comments:
Post a Comment