Sunday, October 16, 2011

Sejenak..

Terasa ingin menyatakan sesuatu..juga ingin menasihati diri sendiri..tetapi melihat kepada poster-poster kecil yang cantik dan cute..hati tercuit. (^^).
Betapa ia terkesan dihati.
Untuk perkongsian sahabat semua.
(saya kutip gambar comel2 ni dari seorg kawan..jika ada yang tidak suka saya paparkan disini kerana mungkin copy right reserved habaq ya..nanti saya remove)..jzkk
(mengingatkan bahawa Rasa keabdian (kehambaan) dalam diri merupakan anugerah pemahaman terbesar sebagai seorang muslim. kerana tanpa merasa diri kerdil dan hina, tidak mungkin hati kan tunduk dan patuh padaNya,apatahlagi berusaha mencari cintaNya)

(Remind me about them..may Allah bless them always <3)

( Bahawa Hadith Rasul; ingat 5 perkara sebelum 5 perkara mengandungi hikmah yang sangat besar..kerana setiap manusia kan melalui saat itu..dan bersiap-siaplah untukmenghadapi saat-saat yang dimana hanya iman yang mampu berbicara)

(Ujian itu satu keniscayaan...satu sunnatullah. Yang datang sama ada dalam bentuk susah mahupun senang..Ketika ini juga, hanya iman sebagai peneman setia. Hati yang hidup dengan cintaNya, sukar dilalaikan dengan ujian. Pun begitu bukankah ujian juga kan mendekatkan hati itu kepadaNya..)

(Sebagai motivasi saat diberi ujian ALLAH.. Cukuplah Allah sebagai pelindung "Hasbunallahu wani'kmal wakiiill")
Dan kekuatan itu hanya milik Allah, Rasul-rasul dan orang-orang mukmin..


Semoga ujian dan nikmat setiap saat yang Allah berikan mampu mengekalkan rasa kehambaan dalam diri.









No comments:

Post a Comment