Saturday, December 31, 2011

Welcoming 2012?

Selepas solat maghrib di Masjid UIA, entah kenapa hati mahu sahaja terus berada disitu..mencapai Al-Quraan dan mula membelek helaiannya.  kedegaran dari corong pembesar suara, seseorang sedang bercakap bahasa arab.. Tazkirah agaknya..meneruskan niat di hati mahu membaca Al-Quraan sementara menanti isya'. Namun, entah kenapa hati benar-benar tertarik mahu mendengar tazkirah itu.. cuba memahami setiap perkataan yang dilantunkan. walau tidak faham sepenuhnya, saya dapat menangkap sedikit sebanyak ia berkisar tentang "bersyukur"..

Ya, bersyukur kerana Allah menjadikan kita manusia, bersyukur kerana Allah memilih kita menjadi muslimin yang sujud padanya..bukan menjadi mereka-mereka yang sujud pada berhala, binatang-binatang, atau nafsu..syukur kerana kita dipilih untuk beriman kepadaNya..Ya, Allah..terkesan sekali pada hati..

Ya Allah betapa lemahnya manusia..saat Allah menguji dengan mengambil salah satu nikmat yang pernah Dia berikan kepada HambaNya sebagai tanda cintaNya ..Namun, sebenarnya, masih terlalu banyak lagi nikmat yang masih diberi,.. tetapi, kehilangan yang satu itulah yang ditangisi.. Ya Allah betapa lemahnya manusia menilai cinta dan kebesaranMu..ampunkan hamba-hambaMu kerana kefakiran dan kedangkalan kami..

2012 yang di nanti-nanti adalah saat, masa dan kesempatan yang diberiNya..tiada siapa tahu 2012 adalah tahun terakhir dalam hidupnya..atau mungkin antara lembaran-lembaran amal yang akan dipersembahkan nanti..semoga insan-insan yang memahami mampu memanfaatkan setiap kesempatan ini untuk bercucuk tanam dengan amal yang bisa di tuai di akhirat nanti..

Semoga mendatangnya esok hari..ia menjadi hari-hari yang lebih baik dari kehidupan kita yang semalam..yang bisa  menjadikan kita antara hamba-hambaNya bersyukur..



"Sebenarnya tidak perlu percikan bunga api, konsert , kiraan detik menjelang 12 malam hanya sekadar membazirkan masa dan wang ringgit. adalah lebih molek dan elok sekiranya kita muhasabah diri sepanjang tahun 2011 yang lalu apakah yang telah kita lakukan...adakah kita telah adil membahagikan peruntukan masa yang dipinjam oleh Allah swt selama 365 hari itu dipenuhi dengan amalan yang menjamin kita di akhirat kelak. Cuba renung-renungkan....Semoga 2012 mampu menjadikan kita hamba Allah yang mensyukuri nikmat yang dianugerahkan...." (Cikgu Munasir, 2012)

No comments:

Post a Comment