Friday, December 2, 2011

Di sebalik peristiwa HIJRAH

Alhamdulillah..masih lagi dipelihara dan dipanjangkan umur oleh Allah untuk hidup hingga saat ini. Ya, menginjak tahun 1433H. SALAM MA’AL HIJRAH.



Pastinya, tidak ramai yang menyedari akan tahun baru islam sekiranya tiada curi am diberikan..( ye ke?) Kerana, kehidupan kita banyak berorientasikan calendar barat. Tahun Matahari. Apa pun, tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan buat kita sekiranya kita seorang muslim yang peka dengan hal ehwal agamanya. Kerana, awal muharam sangat berkait rapat dengan peristiwa hijrah. Tentunya peristiwa hijrah adalah peristiwa yang sangat bermakna bagi umat islam..sewaktu kecil dahulu..selalu didengangkan dengan lagu ini..( betapa berkesannya pendidikan masa kecil..samapai sekarang saya masih ingat lagi…liriknya macam ni…)

Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindah nabi dan umat islam
Dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorban
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua……..
…. Alamak lupa pula liriknya..(sape ingat, tolong sambung..(^^,))

Tapi sebenarnya, bait lirik ini sangat member kesan pada saya. Dulu, mungkin saya tidak tahu apa itu peristiwa hijrah. Tetapi, dengan berlalunya masa, saya fahami bahawa setiap umat islam harus tahu dan faham ibrah disebalik peristiwa hijrah. Ia bukan sekadar perindahan rasul dan sahabat dari kota mekah ke kota madinah..tetapi, ia adalah permulaan bermulanya berkembangnya ISLAM tercinta. Jika bukan kerana bertahannya para sahabat dan Rasulullah terhadap siksaan para kafir quriasy dalam menegakkan kebenaran..mungkin pada hari ini tidak mungkin kita mengenali islam. jika bukan kerana makna ukhuwah yang di ajarkan oleh Rasulullah adalah berteraskan iman dan akidah bukan pertalian darah dan keturunan. Tidak mungkin pula ia di manisfestasikan oleh kaum muhajirin dan ansar yang suatu ketika dahulu tidak pernah bersua apatah lagi mengenali. Mana mungkin saad bin rabi’ menawarkan salah satu isterinya dan juga kebunnya kepada abdul rahman bin auf jika bukan kerana tingginya iman di dada. Mana mungkin setiap kaum ansar berlumba-berlumba mahu menerima tetamu sehingga perlu di undi jika bukan kerana tarbiah yang di ajar oleh Rasulullah. Juga kerana berjayanya mus’ab bin umair menyebarkan islam ke seluruh pelusuk madinah. Begitu juga penurunan wahyu..significantnya peristiwa hijrah ini di mana ayat-ayat Al-Quraan terbahagi kepada ayat makkiyah dan ayat madaniyah dan ayat makkiyah di nisbatkan kepada ayat yang turun sebelum hijrah manakala ayat madaniah diturunkan selepas hijrah..

Sebenarnya masih banyak lagi ibrah yang perlu digali hasil dari peristiwa hijrah ini. Kerana manfaatnya kepada kita umat islam hari ini adalah amat besar.jika bukan pengajaran dari Rasul dan para sahabat salafusalleh yang kita mahu jadikan teladan kepada siapa lagi? Takkan nak jadikan teladan dari ben 10? Ke doremon atau nobita?- tidak sekali bukan? Jadi berhentilah mengagungkan tokoh-tokoh barat, apatah lagi artis yang tidak bermoral.. yang tidak tahu hala tuju kehidupan itu..mari kita buka kembali kamus baru kehidupan kita dengan kembali mengenali agama yang kita inuti ini..that is ISLAM. (^^,)

SELAMAT TAHUN BARU
SALAM MAA’L HIJRAH 1433H

sama-sama kita berhijrah (bukan dari kota mekah ke kota madinah),tetapi, hijrah yang sebenarnya..dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lupa dan lalai kepada yang sentiasa ingat, dari banyaknya kelemahan kepada pembaikan, dari sedikitnya amal dan pemahaman kepada islam kepada banyaknya amal dan memahami islam secara menyeluruh..dan lain-lain hijrah. Dalam erti kata lain, sama-samalah kita berazam dengan azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..semoga Allah permudahkan dan kuatkan semangat kita..insyaAllah!

“May Allah bless us for today and hereafter..(^^,)”

No comments:

Post a Comment