Saturday, December 29, 2012

Tersentuh




Kadang banyak dalam hidup kita melalui.."the white matter of water"..kita tidak tahu..apa yang kita akan tempuhi seterusnya. Kadang kita bersedia, kadang terkejut, kadang sukar menerima, kadang kita suka..
Tapi, itulah hidup.. Selalu ada ujian dan cabaran.
 tapi, saat merasakan kitalah orang paling malang, sebenarnya..masih ada orang yang lebih diuji dari kita..dan mereka melaluinya. sama ada redha atau tidak itu adalah ketentuan.. dan pilihan untuk redha..adalah pilihan kita.
 Redha adalah menerima segala ketentuanNya dengan penuh tenang dan sabar..tidak gusar malah bertawakal sepenuhnya pada DIA. Dan diujungnya adalah  merasai kemanisan..
Melihat mereka merasakan diri sudah cukup beruntung melalui kehidupan ini..
 

miskin

sampah
runtun
runtun
runtun
runtun

Semoga Allah sentiasa mencampakkan ke dalam hati rasa syukur yang tidak pernah berpenghujung selagi masih meneguk dan merasai nikmaNya..

Ya Allah jadikanlahku  antara hamba-hambaMu yang bersyukur..

Tuesday, November 6, 2012

Nurse: Erti rendah hati..

Rasa tercabar keegoan mungkin..
Terpaksa menolak katil ke sana ke mari..
kadang melihat jururawat yang sudah sarat pun terpaksa berbuat demikian. Apakan daya tugas bukan?



Baru sahaja hendak melabuhkan punggung di kerusi ada sahaja yang memanggil. Mahu “bedpan” la, mahu ke tandas la, drip stop la, Doktor mahu buat round la, Doktor mahu prepare dressing la, dan macam –macam lagi.

Kadang-kadang Doktor hanya tahu order sahaja (bukan kadang, memang selalu) dan yang membuatnya dan melaksanakannya adalah jururawat..
kadang Doktor hanya pandang jururawat sebelah mata, especially pelajar jururawat. Bukan tuduhan tapi inilah klise dalam “medical team” di Malaysia. Sebab semua orang tahu secara keseluruhan jururawat hanya golongan pembantu perubatan bukan ahli professional sebagaimana Doktor.
Jadi hasilnya sering golongan ini dipandang sebelah mata.(Walau ada yang memandang dengan dua mata juga tetapi sangat terperincil)

walau apa pun kondisinya wahai jururawat-jururawat yang osem.. it is not really the big matter.. there are many things which is more important than that. betul, sebagai sifat manusiawi tetap kekadang mahu dihargai tetapi cukuplah sekadarnya.

Don’t expect too much kerana jika harapan tidak sama dengan natijahnya.. you would depress and frust.

The most important things is work your job. Respect cannot be ordered. Tetapi, ia harus dipupuk. Mana mungkin orang akan hormat atau menghargai sekiranya kerja kita banyak yang tak ok. Drip patient bengkak. Ubat tidak diberi tepat pada waktunya. Patient kelaparan. Hygiene patient tidak dijaga. Tidak terurus dan macam-macam lagi kelemahan yang kita tunjukkan kepada Doktor-doktor dan pesakit kita.

Yes..truly understand that would be many factors contributed to the situation. Contohnya, hospital management, human sources, hospital setting dan macam-macam lagi yang kadang-kadang sebenarnya kita adalah mangsa keadaan.

Tetapi, always positive my dear.. “Osem Nurse” selalu sentiasa dapat mengatasi masalah dan halangan.. well take it as challenge. You wouldn’t be called as an osem nurse unless you can go out as a winner from the undesireable condition…

Dan itulah sebenarnya mengajar kita untuk sentiasa rendah hati. Biarlah mereka tidak mengahargai kita asalkan Allah sentiasa melihat kita. Asal, rezeki yang kita dapat diberkati. Asal senyuman kita, keikhlasan kita, kesabaran kita, amanah kita menghantarkan kita sebagai seorang hamba, juga memberi hasil yang kita kan tuai di akhirat sana.



Hanya itulah yang membezakan kita dan mereka..dan itulah "Osem Nurse" osem di sisi Allah sentiasa.

"Mencari Redha Allah"


Monday, November 5, 2012

Saya Malu? (^^,)

 Malu sangat sinonim dengan perempuan.
Ya, perempuan melayu..kata orang, perempuan melayu memang malu..

Tapi.. Itu dulu..dulu-dulu

 Sekarang, kalau sesiapa yang malu-malu akan di golongkan sebagai seorang yang ortodok. Ketinggalan zaman mungkin.

                                                          shy shy cat

Ya dikata.. Kenapa mesti malu untuk bergaya, kenapa malu untuk memakai trend sekarang..kenapa mesti malu?
Mahu lakukan kebaikan pun ada juga..
Contoh: malu mahu pakai tudung takut dikatakan warak, malu mahu solat sunat lebih takut dikatakan alim. Malu mahu ke masjid takut dikatakan dah nak mati. Malu mahu dengar ceramah agama takut dikatakan mahu jadi ustaz ustazah. Tapi tak malu pula kalau nak menipu, tak malu pula untuk mencuri, tak malu pula songlap duit orang, tak malu pula pakai fesyen ntah apa-apa (fesyen stail rambut cacak/statelit/ Trojan), macam-macam lagi yang mereka tak malu..kononnya fesyen up to date.

See..

Kalau omputih, amoi, aci (non muslim) tak malu tidak mengapa. Sebab mereka bukannnya islam. Tapi, kalau orang islam tidak malu memang parah.
Memang serius.

Sebab apa.. Sebab Rasulullah kata : “alhaya u syukbatun minal iman” (malu adalah sebahagian dari iman). Bahkan dalam hadisth lain Rasullullah bersabda : “ tidak ada sesuatu pada malu melainkan kebaikan” bermaksud, tidak akan rugi sedikit pun mereka yang memiliki malu samada gifted sifat malu atau malu yang dimiliki dari hasil ma’rifatullah (memahami islam dengan baik).

Dalam hadith lain Rasulullah bersabda: “ silakan berbuat apa sahaja, jika sudah tidak malu”. Kerasa bunyikan kan? Semacam ancaman dari rasulullah pun ada. Macam ibu-ibu marah dekat anaknya.. kalau dilarang macam ni.. “jangan la panjat pokok tu nanti jatuh..” larang si ibu. Si anak macam disuruh-suruh, mesti nak panjat lagi. kan? Tapi, kalau si ibu kata..”ha..panjat la..panjat la..naik pokok tu..” confirm rasa lagi gerun nak panjat pokok tu.. begitulah balaqhah rasulullah.. kalau dah tak malu, buat lah apa sahaja.

Jadi..banyak perkara yang harus kita persoalkan pada diri kita. Pertama: masih ada lagikah malu dalam diri kita? Kedua: Kalau ada berada di taraf mana arasnya? Ketiga: jika tiada, bagaimana ingin meningkatkan malu..

Formulanya senang sahaja: tingkatka iman (makrifatullah)
Automatik, iman akan melahirkan perasaan malu.

Ulama’ ada berpendapat malu dan iman adalah seperti anak panah dan busurnya. Seandainya malu telah tercabut, makan imannya juga akan tercabut seperti anak panah yang tercabut dengan busurnya.



Tuesday, October 9, 2012

Selalu ku melihat dia dan ayahnya.
Hari-hari.
Dia baya anak buahku.
Ayahnya seperti baya abangku. Datang dan pulang dengan motor Honda 60an.
 Dia dengan setia membonceng dari belakang ayahnya.
 Kecik saja.
Pakai topi keledar kuning.
 Dia pegang kuat-kuat ayahnya.
Takut mungkin,apabila ayahnya memecut.
Ayahnya seorang peramah. Sentiasa senyum.
Jarang sekali tarik muka kalau dia keluar lambat. Suatu hari Ayahnya menghampiri kaunter.

 “bole saya tinggal pesan?” Tanya ayahnya. Ku menggangguk laju.
“ boleh. Ada apa yang saya boleh bantu?” jawabku gaya seperti “receptionist yang berjaya”

“boleh sampaikan pada A****?” Sambil menunjukkan sehelai kertas kecil yang comel.
Saya angguk lagi sambil senyum. Ayahnya berlalu.
Apabila saya lihat A**** berlari turun dari tangga. Saya panggiil dia. “ayah ada kirim sesuatu.”
                                                          haru

Saya menghulurkan kertas comel yang kecil itu pada dia.
Dia ambil tanpa sepatah kata. “buka la..teacher nak tengok” arah saya dengan sungguh-sungguh.
Mendesak mungkin. Hehe..
Dia senyum sipu-sipu seperti akur.
Perlahan-lahan dia buka. Jujurnya, bila saya baca satu ayat yang tertulis dikertas kecil itu..saya terharu..
Saya senyum dekat dia.. dia senyum kembali pada saya.. dan terus berlalu bersama kawan-kawannya yang haru biru bisingnya.

“A*****, jangan lupa buat yang ayah suruh ya!!” jerit saya dari bawah.
 Dia angguk sambil menoleh pergi.

Huhu..sweet sangat sebenarnya. Nak tahu apa yang ayah dia tulis?

 “A**** dah zikir tak hari ni?”

Hmm..sweet kan..

Semoga A**** menjadi anak soleh ..insyaAllah. (^_^)

Monday, October 1, 2012

Erti Pengorbanan 1433H

Cepatkan waktu berlalu..

Sudah setahun meninggalkan dunia kampus.
Sudah setahun juga makan gaji.

Dan kali ini..insyaAllah jika berkesempatan sekali lagi akan bertemu dengan Raya Aidiladha. Yang letaknya disitu kisah dan penghayatan sebuah pengorbanan...

dan pengorbanan ku?..


Saturday, September 29, 2012

Sampul Putih

Sampul putih di dalam kereta disangka kad jemputan majlis...



Hurm..
Selalu disangka begitu..

Wednesday, September 5, 2012

Bebaskan..

Bebaskan hatiku dari cengkaman duniawi..

wahai hati..
biarlah dunia hanya dalam gengaman tanganmu..bukan dihatimu..














penjara hati

Tidak Mudah Meniti

Tidak mudah meniti 
Melaluinya umpama gurun yang gersang 
Terdampar keseorangan 
Hendak diluahkan 
Sukar diertikan 
Harus menelan Walau sangat kepahitan 
Menyedarkan Bahawa iman itu perlu pembuktian 
Tidak cukup hanya patah kata sahaja
 Tapi perlu merasa
 Pahit suka duka 
Tiada ubat segala selain Dia 
Dikuatkan juga walau seperti kehilangan segala 
Walau rasa gelap di depan mata
Walau seperti tiada lagi peluang kedua 
Hanya kata.. 
Bersabar itu hujungnya sentiasa bahagia
 Juga janjiNya jua
 Sabar itu melayakkan sesiapa bersamaNya 
Itu sahaja kekuatan tersisa 
Yakin akan Dia.. 
Takkan sesekali Dia menoleh dari hamba yang hina
 Jauh sekali menzaliminya 
Bukankah kasih dan cintaNYA mengatasi segala 
Andai rasa ini dimengertikan.. 
Doakan..
 Agar sekelumit kekuatan menemani setiap saat kehidupan yang tersisa 
Yang hanya sementara sahaja 
Namun cukup teruji segala Nilai sebuah iman di dada

 (Sue: 5/9/2012) @ 11.50pm..


Sunday, July 29, 2012

Biarkan ia berbicara..





Kadang.. sukar untuk ceritakan.
Kadang tiada kata yang bisa diluahkan..
Kadang masa sahaja yang menentukan
kadang rasa itu .. hanya kita yang tahu..

dan kali ini
biarlah ia berbicara sendiri
bermain dengan hati
dan perasaan sendiri
kerana hanya DIA yang mengerti..

(mOOd JeJiwang..huhu)

Monday, July 16, 2012

I'm becoming a woman (^_^) part 2

Dia seorang yang dulu dikenali seorang yang suka bawa beg galas ke mana-mana. Seorang yang tidak kisah dengan penampilan. Tudung warna lain, baju warna lain. Kadang-kadang Nampak tidak matching langsung. Tidak kisah dengan penampilan. Apapun, kebersihan diri tetap dijaga. Cumanya, kurang mementingkan penampilan dan apa kata orang kata dengan penampilannya. Dia tersenyum manis melihat setiap respon dari orang disekelilingnya. “akak pakai lipstick ke?” Tanya seseorang apabila dia mengeluarkan satu benda yang mirip seperti lipstick. “bukan la.. ni lip bulm..memang pink tapi, bila pakai tak Nampak merah sangat pun” jawab seorang lagi tanpa sempat ukhti itu menjawap. Dia senyum lagi. “ ni untuk bibir yang kering..yang kurang minum air masak..hehe” Barang-barang di dalam tas tangannya di explore lagi.. “ huh..ada bedak compact..” “ ada lotion..” “ ada foundationer...” Waa... akak dah berubah la...akak nak kahwin ke? Heheh..geli hati juga melihat gurauan akhawat mengusik dia.. dia gelak kecil mengukir senyuman manis. “ mana ada.. saja.. entah...saja..salah ke akak pakai benda ni?” dia Tanya mengusik adik-adik yang berada di sekelilingnya. Saya senyum. Dia senyum.. adik-adik senyum..senyum yang sarat dengan makna dan rasa. ** Becoming a woman, perlu ke berubah ? perlu pakai liptstick? Perlu make up? Perlu ubah fesyen? Jika dulu bertudung labuh..sekarang sudah berkerjaya.. stile baju juga berubah. Tudung semakin singkat Bermacam fesyen.. Bermacam gaya.. Adakah untuk menjadi wanita perlu semua itu? Yang perlu berubah adalah kematangan diri.. cara berfikir, memahami sesuatu, melihat sesuatu, bijak mengambil keputusan.. itu yang harus disediakan dalam diri.. agar lahirnya diri adalah muslimah sejati yang peribadinya adalah solid tidak dicemari oleh suasana dan keadaan yuk.. mari persiapkan diri menjadi muslimah sejati yang biarpun berubah tetap masih berada dalam bingkai syariat dan jati diri seorang muslimah dan mukminah wa solehah..

Wednesday, June 27, 2012

I'm becoming a woman.. (^_^)

Seorang ukhti mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya yang comel dan cantik..
banyak mata melihat kelakuan dan pergerakannya.
dia senyum dan sedar yang dia diperhatikan..

"akak suka la dengan beg awak yang comel tu.." cuit ku padanya.
"sejak bila akak mula suka dengan beq comel dan ala gurly ni.." seorang adik mengusiknya.

dia sipu-sipu.
"sekarang kan dah besar..dah matured..kena la berubah..hehhe" getusnya nakal seraya mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya yang menjadi tumpuan tadi..

mata kami terpukau melihat..
ada yang ternganga..
ada yang terlompong mulut..
ada yang berkata..."waa..."

(bersambung...)

Sunday, June 17, 2012

Payah

Memberi komitmen terhadap sesuatu menuntut ketaatan.

ketaatan menuntut kesabaran..
kesabaran butuh iman..
iman butuh amal dan kepercayaan..

seorang teman menggengam tanggan ku, dan meluahkan rasa dihatiya.."sukarnya ingin menjaga mutabaah ibadah.." sukar sekali ketika bertugas sebagai houseman. mahu membaca Quraan yang ada di phone pun tidak sempat..apatah lagi ingin menjaga solat tahajjud.

ku menatap wajahnya.
penuh kesedihan dan kekesalan
" bersabarlah duhai teman..ujian ini akan berakhir dan ia akan menjadi sesuatu yang manis suatu masa nanti..dikau akan lebih menghargai setiap saat yang kau miliki" getus hatiku padanya.

"alang..Allah tidak melihat hasil kita alang..Allah melihat usaha kita. Orang yang beribadah dalam keadaan senang dan orang beribadah dalam keadaan susah, tidak sama kedudukannya disisi Allah."

                                                                                    Dia
Dia senyum.
Harapnya..
Ku sudah menunaikan haknya saudaraku..
semoga Allah memberimu kekuatan..
ku tahu, you always become the choosen one to go through all of this..
because He really love you.
and me..
knowing you and loving you among the best precious things in my life..

Monday, June 11, 2012

Pertahankan dan bertahan..

Bilangan waktu berganti 
Bergulir
Terus berlalu Tapi aku masih di sini 
Tak ingin beranjak Bertahan, 
Melukis senyum
 Meski getir kurasa 
Meski tak pernah tahu Kapan kan berakhir 
Tapi aku masih di sini
 Setia dalam kesetiaanku 
Meski perih luka hati 
Meski terkadang aku rapuh 
Walau terkadang aku terusik 
Meski tertatih, jatuh dan bangun
 Tapi ku coba bertahan dalam lakonku
 Dalam keterbatasanku
 Karena ku yakin akan janjiMU   


Thursday, June 7, 2012

Ubat

Sedih, marah, dan dendam adalah tiga sifat dari sejumlah tindakan yang menyebabkan dada kita terasa sempit, namun, perkara-perkara tersebut sentiasa menghiasi hidup manusia.

                                                         Sedey..

 Kadang-kadang sifat-sifat ini ada di dalam diri dalam jangka waktu yang panjang dan kadang-kadang hanya dalam tempoh yang pendek sahaja.
 Yang pasti ketika sifat-sifat tersebut bersarang di dalam tubuh kita :

 1. Dada akan terasa sesak.
2. Hati akan kehilangan keceriaannya.
3. Hati akan menjadi lemah. Keadaan yang lemah itu membuatkan syaitan mudah menguasai hati manusia.

 Orang-orang yang beriman tentu tidak akan membiarkan hatinya dijangkiti perkara-perkara yang menyesakkan dadanya. Maka ia akan melindungi dirinya dari tindakan tersebut dan mengubati penyakit yang sudah terlanjur. Adapun ubat mujarab untuk itu bukanlah ubat yang bersifat fizikal yang disaluti oleh bahan-bahan kimia. Berikut adalah amal-amal yang insyaAllah akan mampu menghilangkan virus sesak dada dan akan menjadikan dada kita lapang.

                                                           Itu..

 PERTAMA : MENGESAKAN ALLAH
 Ibnu Qayyim mengatakan di dalam kitabnya Zaadul Ma’ad, “Kecintaan kepada Allah, ma’rifat kepadaNya serta mengingatiNya secara terus-menerus, tenang dan tenteram kepadaNya, mengesakanNya dalam kecintaan, rasa takut, pengharapan, tawakkal dan mu’amalah, di mana Dia sahajalah yang menguasai harapan, keinginan dan tekad hamba, adalah syurga dunia, kenikmatan yang tidak ada bandingannya. Itulah penyejuk mata sang pencinta dan kehidupan orang-orang yang arif.” Beliau juga mengatakan, “Sesuai dengan kesempurnaan (tauhid)nya, kekuatannya dan peningkatannya, maka akan terwujudlah kelapangan dada orang yang bersangkutan.”

 KEDUA : BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH 
 Bersangka baik kepada Allah boleh diwujudkan dalam bentuk merasakan dan menyedari bahwa Allah adalah zat yang menghilangkan kesedihan dan kedukaan. Sesungguhnya, apabila seorang hamba berprasangka baik kepada Rabbnya, Allah akan membukakan baginya pintu berkahNya dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Maka, marilah kita sentiasa berprasangka baik kepada Allah semoga nanti kita boleh melihat perkara-perkara yang membahagiakan yang datang dari Allah swt. Dari Abu Hurairah ra, ia berkata; Rasulullah saw bersabda : Allah swt berfirman ; “Aku mengikuti persangkaan hambaKu kepadaKu. Jika ia bersangka baik maka baginya (kebaikan) dan jika ia bersangka buruk maka baginya (keburukan).” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)

 KETIGA : ILMU SYARI’E 
 Ilmu syari’e akan melapangkan dan melonggarkan dada sedangkan kebodohan akan melahirkan kesempitan, sesak dada dan rasa terpencil. Setiap kali ilmu seseorang bertambah banyak dan bertambah luas, maka hatinya akan terasa semakin lapang dan longgar. Ibnu Qayyim mengatakan : “Ilmu Syari’e akan melapangkan dan melonggarkan dada sehingga terasa lebih luas dari dunia sedangkan kebodohan akan menyesakkan dada, menyempitkan dan mengongkongnya. Maka setiap kali ilmu seorang hamba bertambah maka hatinya akan terasa lebih lapang dan luas. Tetapi ini tidak akan berlaku untuk semua ilmu, melainkan khusus bagi ilmu yang diwarisi dari Rasulullah saw. Itulah ilmu yang bermanfaat sehingga pemiliknya menjadi orang yang hatinya paling lapang dan longgar, paling baik akhlaknya, hidupnya paling baik.”

 KEEMPAT : ZIKIR KEPADA ALLAH DAN BANYAK BERDOA 
 Wahai orang yang dadanya terasa sesak dan urusannya menjadi rumit : 1. Angkatlah tapak tanganmu seraya memohon kepada Tuhanmu. 2. Tumpahkanlah keluhanmu dan kesedihanmu kepadaNya. 3. Cucurkanlah air matamu di hadapanNya. Ketahuilah, semoga Allah memeliharamu, bahwa Allah lebih mengasihimu daripada ibumu dan ayahmu, daripada isteri dan anak-anakmu. Di antara zikir-zikir yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dalam mengatasi kesesakan dada itu adalah : “Tiada ilah selain Allah yang Maha Agung dan Maha Pemurah, Tiada ilah selain Allah, Rabb arasyh yang agung, tidak ada ilah melainkan Allah Rabb langit dan Rabb bumi, serta Rabb arasyh yang mulia.” (HR Bukhari dan Muslim) Dari Abu Bakrah ra, ia berkata bahwasanya ; Rasulullah saw bersabda : Doa orang yang dalam kesusahan adalah, “Ya Allah RahmatMu aku harapkan, maka janganlah Kau bebankan aku kepada diriku meskipun hanya sekejap mata, dan perbaikilah bagiku seluruh keadaanku; tiada ilah melainkan engkau” (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah) 

KELIMA : BERSEGERA MENINGGALKAN MAKSIAT DAN MELAKUKAN MUHASABAH TERHADAP DIRI
 Kemaksiatan adalah :
 1. Kehinaan.
2. Tersingkir dan terjauh dari rahmat Allah.
 3. Kesedihan.
 4. Kekalutan.
5. Kesempitan hati.
 Perlu di sedari bahwa dosa-dosa adalah pintu yang besar bagi datangnya berbagai musibah kepada seorang hamba. Firman Allah swt : “Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).” (QS Asy-Syura : 30)

 KEENAM : MENUNAIKAN KEWAJIBAN SECARA TERUS MENERUS
 Memelihara penerusan dalam menunaikan kewajiban dan memperbanyakkan amal sunnah seperti puasa, solat, sedekah, kebaikan dan lain-lainnya. Terus menerus dalam menunaikan kewajiban dan memperbanyakkan amal sunnah adalah salah satu sebab untuk mendapatkan kecintaan Allah kepada hambaNya, sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadits rasulullah saw : Dari Abu Hurairah ra; ia berkata; Rasulullah saw bersabda; bahwasanya Allah swt berfirman; “Barangsiapa memusuhi kekasihku maka aku nyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih aku sukai daripada dengan apa-apa yang telah Aku perintahkan kepadanya. Dan hambaKu masih terus mendekatkan diri kepadaKu dengan amal sunnah sampai Aku mencintainya. Jika aku telah mencintainya maka Aku akan menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, dan menjadi penglihatannya yang dipakai untuk melihat, dan menjadi tangannya yang digunakan untuk menyentuh. Jika dia memohon kepadaKu niscaya Aku penuhi ia, dan jika ia memohon perlindungan kepadaku, niscaya aku beri perlindungan kepadaNya” (HR Bukhari)

 KETUJUH : MENGHADIRI MAJLIS BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH
 Berkumpul dengan sahabat-sahabat yang soleh, mendengarkan pembicaraan mereka, mengambil manfaat dari buah percakapan dan nasihat mereka. Oleh yang demikian, berkumpul dengan mereka akan mendapatkan ridha Allah swt, sekaligus membuat syaitan marah. Biasakanlah untuk duduk bersama dengan orang soleh dan mohonlah nasihat dari mereka kerana dari sanalah kita akan melihat hati kita menjadi lapang.

 KELAPAN : MEMBACA AL QUR’AN 
 Membaca Al-Qur’an dengan disertai tadabbur dan perenungan merupakan salah satu sebab penting untuk menghilangkan duka lara yang menyelimuti hati. Bacaan Al-Qur’an akan melahirkan ketenangan dan kelapangan di hati. Firman Allah swt : “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenang dengan mengingati Allah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (QS Ar-Ra’d : 28) 

KESEMBILAN : BERBUAT IHSAN KEPADA SESAMA MAKHLUK
 Berbuat ihsan kepada sesama manusia dan memberikan manfaat dengan segala yang kita miliki adalah salah satu sebab terbukanya hati. Sifat pemurah, dermawan dan suka membantu orang lain akan melapangkan dada dan mengharumkan jiwa. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha sekuat tenaga untuk menjadi orang yang dermawan dan suka membantu orang lain terutama kepada kedua orang tua, kerabat, jiran tetangga, kawan-kawan dan lain-lainnya.

 KESEPULUH : MELEPASKAN DENDAM DARI DALAM HATI
 Hasad, irihati dan dengki merupakan sebab kepada kesempitan dada seseorang. Sebaliknya kebersihan dan ketenteraman hati merupakan sebab lapangnya dada seseorang. Oleh kerana itu, marilah kita berusaha menyihatkan hati kita, menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan dada terasa sesak. Marilah kita tinggalkan kebencian, permusuhan dan kedengkian kepada orang lain. Sebaliknya marilah kita pupuk rasa cinta terhadap saudara-saudara kita sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Tidaklah beriman salah seorang dari kamu hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari) Ya Allah, lapangkanlah dada kami sehingga kami sentiasa merasai kenikmatan ketenangan dan ketenteraman mengingatiMu dan sentiasa berubudiah kepadaMu setiap ketika. Jauhkanlah hati kami dari perasaan sedih, marah dan dendam yang akan menyesakkan dada kami dan menyebabkan hati kami tidak tenang.

Sumber utama

p/s : sempat copy paste je untuk share..

Monday, May 21, 2012

Kesenjangan di antara suasana

Sukar 
kenapa sukar sekali ingin mengungkapkannya
adakah kerana takut akan sesuatu yang tidak pasti
tidak yakin?
atau bimbang dia terluka..

                                                                   Hati

soal hati 
memang sukar untuk ditafsirkan
rahsia hati
hanya Dia yang tahu

rasanya
terkadang berat semacam
ada masa bisa diluahkan
tidak semua mengerti setiapnya
ada masa biarlah masa mengubati
biarlah hanya Dia..

meniti waktu menanti keputusanNya..





Monday, May 7, 2012

Itu..


andai perasaan itu bisa diuraikan...
sesuatu yang sukar..
biarlah hanya DIA yang mengerti..

Monday, April 30, 2012

~Part of HISTORY~

“takkan effect punya, kalau tak turun..ramai lagi yang akan turun..”
pandangan satu pihak.
 “kau tak takut ke? Kan kena tanggap..kena buang u?” pihak salah seorang mahasiswa

“ kenapa perlu berdemo? Kan kerajaan dah bagi segala?”
 ada juga nak bagi alasan macam ni..

Hurh..suara-suara yang sedikit pun singgah di hati. Bukan tidak mahu menjelaskan.. mereka sendiri yang tidak mahu mendengar..mereka sendiri yang butakan hati dan perasaan mereka untuk melihat dan menilai. Nampak selapis sahaja.. perhimpunan ini bukan kerana parti..bukan kerana politik... tetapi ini kerana ingin menegakkan kebenaran..kerana sayangkan negaraku MALAYSIA.. Kita bukan menentang politik, bukan menentang mana-mana manusia..tetapi menentang kezaliman. Kita adalah pejuang akidah...tentera-tentera akidah!! Tidak kisah apa yang mereka ugut..cukuplah Allah sebagai pelindung!



***
Dengan perasaan dan hati yang berkobar-kobar..sudah beberapa kali cuba yakinkan mutarabbi yang masih ragu-ragu mahu bersama dengan perhimpunan ini..dan akhirnya mereka mahu bersama.. Seawall pagi kami meniaki LRT dari terminal Gombak. Polis sudah ada di mana-mana.. melihat sahaja gelagat dan gerak geri kami.. Lrt juga sudah mula penuh, kelihatan hanya kami berdua sahaja perempuan dalam lrt.. ramainya lelaki. Mata-mata memandang kami.. “urh..nak g demo juga tu..” Sekumpulan chiese rancak berbual dalam bahasa mereka “sepatah pun ku tak faham..tapi, last-last ayat..dia state..change the government!”huh... Awal-awal lagi sudah sampai depan masjid india...adoya, kena tunggu sampai kol dua ka? Nak buat apa, borimnya..tapi dun worry..

AL-Quraan kan ada..kami semua buka quraan..hanbiskan masa dengan baca quraan..tidaklah masa banyak terbuang dengan hanya melihat lautan manusia kuning yang pelbagai telatah dan ragamnya.. Selesai solat berjemaah bersama imam..kami berarak keluar dari masjid.. ya Allah ramainya manusia.. nak berjalan pun tak ada ruang.. hanya mengikut arus perjalanan.. rimas gak sebab campur dengan brothers. Cuba jaga agar tidak berada dekat sangat.. tangan always pegang dengan akhawat.. Bahang kepanasan tengahari menguji semangat.. Pelik juga melihat arah..ada yang pergi ada yang pusing kembali..owh..rupanya jalan tutup..takleh nak masuk DM..

 Dah ramai yang duduk dan bantah atas jalan raya. Ku bersama akhawat masih berada di pingir jalan. Sesekali terdengar sorakan dari para demostrants.. asap kepul-kepul..ada yang sudah mula berlari kecil.. ku masih terpacak dan terpaku..tetibe.. Lari.... Huhu..sume lari..termasuklah ku dan akhawat..langgar habis yang ada kat depan. Kat belakang siap semua tolak. Rasa sesah nafas..”ya allah matilah aku kat sini..” ku pejam mata dalam-dalam.. “allah..ya allah...” Berserah pada Allah.. Lautan manusia.

Tiada tempat mahu lari. Semua orang tolak-tolak.. memang betul sesak nafas.. mata pedih snagat..muka rasa macam melecur.. air mata tak yah cakap mengalir seperti hujan.. mata berpinar-pinar.. tangan dihadapan menahan agar tidak rapat sangat dengan brother yang didepan..kerana tolakan dari belakang sangat kuat.. bunyi batuk-batuk orang-orang disekeliling..syida yang ada sebelah..” air air..” (macam dalam perang uhud pula.. kisah sahabat yang minta air....hehe) hurh..tak ingat dekat air pun..air ada dalam beg kat belakang.. asma’ capai air yang berada disisi begnya.. waktu itu..dada sakit amat..pedih kerana sudah sebut beberapa sedutan gas tersebut..

 Dicapai air.. disimbah sahaja pada muka. Habis..basah kuyup tudung..mata pinar-pinar..air mata mengalir kuar lagi..ku tengok muka syida dan asma merah sangat.. “kaksu ok ke?” Tanya syida..huhu “ok..” angguk walau..senak dada rasa untuk bernafas.. hurk2..batuk..huh, kuar hingus warna kuning kat tudung..hurm..sapu dengan tangan.. Pck chiese bagi air kat kami..melihat muka kami yang masih merah..”sapu kat muka..”katanya.. simpati mungkin.. beberapa pck yang melihat..menghulur air dan garam.. Hurm.. Lari..polis sembur lagi.. Nak lari mane? Manusia ramai bagai.. Lari sana..jangan lari sini..jalan mati..(siap ada yang bekerja sama turun dalam longkang besar..tak kurang ada yang merentas longkang besar naik atas paip..saya? dop la sanaggup sampai macam tu skali..huu)

Huu Ke sana kemari..kami terperangkap..memang honestly tak tahu nak lari mane.. Last-last duduk tepi jalan..tengok orang lari-lari je.. Honestly, best tengok semua orang bersatu..tolong menolong..tak kira bangsa, melayu, cina india..sume tolong-tolong.. rasa seperti program rasmi satu Malaysia..

Dah petang..terima sms..yang mencadangkan cara jalan keluar dari kawasan itu..ya melalui depan-depan polis..biasa-biasa sahaja..buat relaks.. mereka hanya melihat..kami pun tengok juga dengan hujung-hujung anak mata.. Sampai depan mydin.. sempat beli air tebu membasahi kerongkong..berjalan ke belakang mydin. Bas datang..kami naik bus. Tak larat dah nak jumpe FRU waktu dah nak asar pun time tu.. naik atas bas..seorang pck tengok saya..dan tanya..” macamne kena sembur.?.” saya senyum saja pada dia.. Huu..pengalaman best!..nak turun lagi kalau ada peluang.. (^_^!)

Alhamdulillah..berkesempatan menjadi sebahagian dari sejarah!


 Sejarah kebangkitan ummat!

Friday, April 27, 2012

Kesaksian..


~ ingin menjadi sebahagian dari sejarah..~

Thursday, April 26, 2012

Penat eh?

Teacher mengantuk ke?

Ustazah mengantuk ke?..

Adoya..nampak sangat ke? Alasan diberi.. “ngantuk juga...” kadang-kadang denial.. “mata ustazah memang macam ni, selalu je kuyu..hee”...

Pernah sampai tertidur waktu mengajar, siap mimpi lagi..celik-celik mata, ternganga maisarah tengok teacher dia yang tengah merapu mengajar maths, tetibe sebut pasal jubah...hee penat sangat ke?

Honestly, keadaan ini sama seperti final sem, nearly to graduate..kerap kali juga ditegur mutarabbi.. 

“akak penat ke..” “kak..you look soo tired..”

Teguran yang membuat diri kekadang mengiakan tanggapan itu, yang semamangnya jika disorongkan bantal memang tidur la gamaknya (yang tak ada bantal pun bleh tidur mana-mana...^_^!)

                                                        letih
Penat?Urm..

Please never look what you have done are well enough.. please never think that what you have done is too losts.. it was nothing compare to others.. if you feel tired enough...there is other people who cannot sleep until they get what they want, there is another people who never stop work and work until they succeed.. they is another people who still going through their hard time until they smile ..Truly there will be always another people who do more than what you do..

Jangan sesekali pernah merasa sudah tiba masanya untuk berehat, apatah lagi berhenti. Kerana, istilah iinsan-insan yang Berjaya adalah dunia adalah tempat bekerja, rehatnya adalah syurga.. sungguh, jika kepenatan itu yang dikira pasti kan tiada makna.. kerana kepenatan itu kan hilang tetapi, seandainya usaha dan kesungguhan itu sebagai taruhan..janjinya ALLAH tidak akan mengecewakan jauh sekali mensia-siakan.

Always bear in mind.. " verily after each difficulty there's a relief"  (^_^)


Monday, April 23, 2012

Serial Cinta dari dia..

Seperti terpukau saat membaca setiap bait kata-katanya...mendalam, seperti menjelaskan sedetailnya apa itu cinta. sedangkan cinta itu hakikatnya sukar untuk diterjemahkan dengan perkataan dan kata-kata.. tetapi Pak Anis Matta, bisa menguraikannya dengan padanan kata-kata yang sungguh indah..

teringat saat pernah ditemukan dengannya saat berkunjung di negeri kelahirannya dua tahun lepas..seorang yang penuh dengan misi dan motivasi yang tinggi! kredit untuk Pak Anis Matta!

selamat menikmati bait kata-kata ini...

Seperti angin membadai.. kau tak melihatnya, tapi merasakannya. Begitulah cinta, ia ditakdirkan menjadi kata tanpa benda. Seperti banjir menderas, kau tak kuasa mencegahnya dan hanya bisa ternganga saat ia menjamah seluruh permukaan bumi. Demikianlah cinta.


                                                                    all for love

 Cinta ditakdirkan menjadi makna paling santun yang menyimpan kekuatan besar. Tak terlihat, hanya terasa. Tapi dahsyat. Cinta seperti api yang menyala-nyala. Kau tak kuat melawannya. Hanya bisa menari saat ia mengunggun. Seperti itulah cinta.. Cinta adalah kata tanpa benda. Mutiara bagi ribuan makna. Wakil dari sebuah kekuatan tak terkira. Tapi ia jelas, sejelas matahari.

 Cinta adalah lukisan abadi dalam kanvas kesadaran manusia. Lukisan. Bukan definisi. Ia disentuh sebagai sebuah situasi manusiawi.. Cinta merajut semua emosi manusia.. begitu agung tapi juga terlalu rumit.. begitulah cinta. Cinta adalah makna kebenaran dalam penciptaan.. Cinta tidak tumbuh dalam hati yang dipenuhi keangkuhan, angkara murka dan dendam... Iman itu laut, cintalah ombaknya.. Iman itu api, cintalah panasnya.. Iman itu angin, cintalah badainya.. Cinta itu memanusiakan manusia dan mendorong kita memperlakukan manusia dengan etika kemanusiaan.. 

 Cinta adalah kegilaan jiwa. Saat ia merasuki jiwa, energimu jadi berlipat, mendidih bak kawah yang siap meledak dan membakar sekelilingnya. Cinta adalah kekuatan perubahan yang dahsyat. Selalu berusaha memahami dan menghidupkan. Membuat manusia lebih peka dan saling menghargai. Tidak seperti kekerasan, cinta justru butuh kesabaran dan usaha dari dalam. Lebih dari sekedar kekuatan fisik. Kekuatan cinta mampu membelah badan bulan. Mampu memecahkan tengkorak tanpa pukulan, bahkan menghancurkn tentara Fir'aun tanpa pertempuran. Saat kamu berperang di bawah bendera kebenaran, cinta mengendalikan motif dan caramu berperang. Meski tetap ada kekerasn dan darah, cinta membuat perang menjadi agung, etis dan manusiawi. Maka mereka yangg tak terlibat dalam perang tak boleh dijadikan korban Saat cinta lenyap dari kehidupn, maka tak ada lagi kedermawan kolektif yang membuat kita mau berbagi. Yang tersisa hanyalah keserakahan. Keserakahan di sisi lain akan menimbulkan kemiskinan. Kemiskinan akan mengubah orang menjadi pendendam dan mencari kambing hitam.. 

                                                                         love is

 Hanya cinta yang mampu merekatkan dan mengubah dendam dan keserakahan.. Karena hakikat cinta adalah memberi dan berbagi... Cinta jugalah yang mampu mengubah dunia menjadi sepenggal firdaus... Arafah, inilah potret negeri cinta. Seluruh jiwa menyatu dalam lukisan yang rumit: disatukan oleh kekuatan cinta yang lahir karena kekuatan iman. Arafah adalah potret negeri cinta. Saat pasukan cinta datang membebaskan jiwa-jiwa manusia dari belenggu yang membatasi hidupnya dari sekat tanah dan etnis Arafah adalah potret negeri cinta. Saat celupan cinta jiwa-jiwa muncul dalam kesamaan-kesamaan yang baru. Keramahan yang tulus, kerendahan hati yang natural. Arafah adalah potret negeri cinta.. Negeri yang menunjukkan bahwa batasan negeri kita adalah ruang hati kita. Seluas apa ruang hati kita dapat menampung orang lain dengan cinta, seluas itulah negeri yang kita huni. Arafah adalah potret negeri cinta yang menunjukkan selama apa cinta dapat bertahan dalam hati kita, selama itulah umur negeri kita Cinta selalu mampu menjalin setiap jiwa dalam kelembutan yang menyamankan.

 Cinta juga selalu mampu menampung semua bentuk perbedaan. Cinta juga melahirkan pertanggungjawaban pada stiap mereka yang selalu bertanya mampukah mempertanggungjawabkan sikapnya di depan Sang Khalik. Cinta juga melahirkan kelembutan. Seperti sapu lidi yang direkatkan oleh cinta untuk membersihkan kehidupan. Tapi ikatan cinta mengatur irama para pencintanya dalam keserasian yang indah. Itulah sebabnya mereka kuat. Juga Nyaman dan abadi. Taman Hati ialah taman hidup. Meski sempit ruangnya, tapi cinta mampu membuatnya menjadi lapang.

 Cinta membuatnya nyaman dihuni. Kenyamanan itulah rahasia jiwa yang diciptakan cinta. Ia bisa membuat kita bertahan memikul beban, melampaui gelombang peristiwa dan tetap merasa damai. Cinta menciptakan kenyamanan yang menyerap semua emosi negatif; masuk dalam serat jiwa melalui himpitan peristiwa kehidupan. Cinta juga mampu mengobati segala luka. Semua luka emosi yang kita alami sepanjang hidup hanya mngkin dirawat di sana, dalam rumah cinta. Dalam rumah cinta kita menemukan sistem perlindungan emosi yang ampuh. Karena hakikat cinta itu sesungguhnya hanya satu : memberi. Cinta dan memberi itu seperti pohon, mulanya ia menyerap matahari dan air. Kemudian mengeluarkan semua kebajikan yang ada dalam dirinya. Cinta mengajarkan kita memperoleh hak-hak kita dengan melaksanakan kewajiban-kewajiban kita pada orang lain. Karena itulah cinta saling menggenapi dan mempertemukan dua kutub jiwa. Di alam jiwa, sayap cinta sesungguhnya tak pernah patah. Kasihnya pasti akan selalu sampai. Karena bila ada cinta di hati yang satu, pasti ada cinta di hati yang lain. Seperti satu tangan yang takkan bisa bertepuk tanpa tangan yang lain Ketika kasih tak sampai, atau uluran cinta tertolak, sesungguhnya yang terjadi hanyalah kesempatan memberi yang lewat. Karena selama kita memiliki cinta.. kita akan selalu memiliki sesuatu yang kita berikan pada yang lain. Sesungguhnya kita menderita bukan karena kita mencintai. Tapi karena kita menggantungkan sumber kebahagiaan kita pada orag lain yang tidak mencintai kita. Jalan para nabi kita adalah jalan cinta. Kita adalah anak-anak cinta. Dan cinta adalah ibu kita. Jalan cinta selalu melahirkan perubahan besar dengan cara yang sangat sederhana. Karena ia menjangkau pangkal hati secara langsung.

 Cinta adalah kutub jiwa yang berlawanan dengan tirani; ia lahir dari respek dan penghargaan kepada manusia. Saat kekuasaan mendapatkan sentuhan cinta,wajahnya berubah: gurat-gurat kekejaman segera berganti menjadi garis-garis kerentaan dari penguasa yang melayani. Hanya dalam genggaman cinta kekuasaan berubah jadi alat untuk melindungi, melayani dan menyejahterakan rakyatnya. Dengan energi cinta sang penguasa bukan lagi kuda liar yang setiap saat bisa melompat dari kandang dengan energi kekuasaan.. Sang penguasa dalam genggaman cinta adalah mata air kebajikan yang pada satu saat bertemu dengan hujan deras kekuasaan, maka jadilah ia banjir; kebajikan melimpah ruah dalam muara masyarakat manusia. Demikianlah energi cinta memberi dan melayani. Sebaik-baik pmimpin adalah yang kalian cintai dan ia mencintai kalian. Seburuk-buruknya pemimpin kalian adalah yang kalian benci dan ia membencimu.

 Cinta adalah kata yang mewakili seperangkat kepribadian yang utuh: gagasan, emosi dan tindakan. Tapi kebanyakan orang seringkali hanya mengambil bagian tengah dari cinta: emosi. Dalam kehidupan mereka, cinta adalah gumpalan perasaan yang romantis dan indah. Mereka bahkan menderita untuk menikmati romantika cinta. Itulah karenanya kehidupan mereka tidak berkembang.. Cinta adalah sebuah totalitas. Di sana gagasan, emosi dan tindakan menjdi kesatuan yang utuh dan bekerja bersama demi kebahagiaan orang-orang yang kita cintai. Orang-orang dengan kepribadian yang lemah dan lembek tidak dapat mencintai dengan kuat. Para pencinta sejati selalu datang dari orang-orang dengan kepribadian yang kuat. Cinta itu indah. Bekerja dalam ruang kehidupan yang luas. Inti pekerjaannya adalah memberi, pada orang-orang yang kita cintai untuk tumbuh menjadi lebih baik. Para pencinta sejati hanya mengenal satu pekerjaan besar dalam hidup mereka: memberi. Terus menerus memberi... begitulah cinta. 

Menerima? Itu mungkin dan bisa jadi pasti! Tapi itu hanya efek. Seperti cermin kebajikan yang memantulkan kebajikan yang sama. Pencinta sejati menjadikan dirinya seperti air dan matahari. Ia membuat orang lain tumbuh dan berkembang dengan siraman air dan sinar cahayanya. Para pecinta sejati tak suka berjanji. Tapi begitu mereka memutuskan mencintai seseorang, mereka segera membuat rencana memberi. 

 Para pecinta sejati tak suka berjanji. Karena janji menerbitkan harapan. Tapi pemberian melahirkan kepercayaan. Berbeda dengan janji, rencana memberi yang terus terealisasi menciptakan ketergantungan. Ketergantungan yang menghidupkan.. Cinta adalah cerita tentang seni menghidupkan hidup. Mereka menciptakan kehidupan bagi orang-orang untuk hidup. Meski kehidupan yang mereka bangun sering tidak disadari oleh orang-orang yang menikmatinya. Hadirnya cinta sejati akan sangat terasa begitu ia pergi. Saat itu ada kehilangan menyayat hati. Ada ruang besar kehidupan yang tak berpenghuni Saat seseorang kehilangan cinta sejati, maka di langit hatinya akan ada mendung pekat yang bisa menurunkan hujan air mata yang amat deras. Intinya cinta adalah memberi, pemberian pertama seorang pencinta sejati adalah perhatian. Perhatian yang lahir dari lubuk hati paling dalam. Perhatian adalah pemberian jiwa: sebuah kondisi dimana kamu keluar dari dirimu menuju pada orang lain yang kamu cintai.. 

Kekuatan para pencinta sejati adalah bahwa mereka pemerhati yang serius. Mereka memperhatikan orang yang mereka cintai secara intens dan menyeluruh. Perhatian: itulah rahasia agung dari cinta. Saat ia hilang, jiwa orang yang dicintai tersiksa, mungkin ia tak mengatakan, tapi ia merasakan. Pekerjaan kedua bagi para pecinta sejati setelah memperhatikan, adalah menumbuhkan. Menumbuhkan sang kekasih untuk menjadi lebih baik dan berkembang. Inilah cintanya cinta. Pertumbuhanlah yang membedakan cinta yang matang dengan cinta seorang melankolik. Penumbuhan memberikan sentuhan edukasi pada hubungn cinta. Sukses pecinta sejati adalah seperti sukses cinta seorang guru pada muridnya. Saat nafas cintanya meniup kuncup pun mekar menjadi bunga

                                                                            
   Originality dari: PAK ANIS MATTA

Bahagia dan membahagiakan

siapa yang tidak mahu bahagia..semua orang mengimpikan bahagia. Dipenuhi dengan senyuman gembira bersama orang-orang yang dicintai. Mencintai dan dicintai.
                                                                           Bahagia

 Bahagia itu ada disini.. dihati kita..bahagia itu tidak terletak pada harta, tidak juga pada rupa, jauh sekali pada gelak tawa semata. Bahagia itu ada dalam diri kita. Sejuah mana kita redha dan mensyukuri nikmatNya..itulah ukuran kebahagiaan kita.

 Bahagia itu juga sejauh mana kita bisa membahagiakan diri kita.. orang yang tidak bahagia tidak mungkin dapat membahagiakan orang lain “ faqqidu syai la yukhthi..” ‘yang tiada sesuatu tidak mungkin dapat memberi..” Andai masih lagi diberi kesempatan.. alangkah indahnya jika kita belajar untuk menjadi insan bahagia agar kita bisa membahagiakan mereka sekeliling kita..

 Dan sesungguhnyya bahagia itu bisa tergambar dalam riak senyuman kita.. dan senyuman manis itu bisa menjadi penuh barakah pembuka pintu hidayah buat insan yang melihatnya..

Friday, April 6, 2012

Tentang Dia...hurm..

Mengenali dia seperti suatu kesempatan yang mungkin tidak dimiliki oleh insan lain. Senyumnya, tawanya, kata-katanya, perwatakannya malah seluruh sisi dirinya menggambarkan siapa dia...penyayangnya dia..ada persis ibuku..


Mengutip dan menyapu sampah yang ada disekitar adalah kebanggaannya. Tidak mungkin dibenarkan satu sampah akan berselerakan dilantai. Seketika batang mop adalah senjatanya. Ke sana ke mari di lap lantai sehingga seluruh pejabat menghidu wangiannya.


Dia tersenyum bangga. Ada ketikanya, seliparku yang kotor telah mengotorkan kembali lantai yang dimopnya.. aduh, rasa bersalah di hati. Namun yang terucap dibibirnya..”takpe sue..jalan je, nanti makcik mop lagi”. Ligat sahaja dia ke sana ke mari membersihkan. Dalam kesibukan, dia mencelah..”sue bersih tak cermin ni..” ku menggangguk dan mengiakan kebenaran.


Ceria rasa melihat wajahnya yang begitu gembira melaksanakan kerjanya. “makcik suka jadi cleaner” ujarnya kepadaku. Benar, pernyataanya tidak sesekali bercanggah dengan apa yang ku lihat. Tidak pernah walau sekali ku melihat dia menarik wajah masam jauh sekali marah apabila minta dibersihkan sesuatu. Memang dia benar-benar gembira melakukan kerja itu.. jauh disudut hatiku, rasa cemburu kepadanya..kerana dikurniai hati yang mulia..keikhlasannya tergambar dalam setiap geraknya.


Bangga melaksanakan kerja itu saat insan lain tidak pernah memandang kerjanya.. semoga dia mendapat ganjaran yang terbaik dari yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.. senyuman mengajarku.. “senyumlah, kerana senyuman bisa membahagiakan insan disekeliling”

Thursday, March 29, 2012

Bersyukurlah wahai diri..

Entah kenapa hati terasa diri masih kurang bersyukur. Kan..selalu rasa diri masih kurang dari orang lain. Selalu saja bila drive kat highway, bila dipotong oleh keta yang besar-besar.. rasa sangat keta yang dipanddu tu kerdil. Huuu...bila kita potong keta besar, mesti ada keta besar potong kita balik..huuu.. rasa macam kita masih kurang dari orang lain..kan...

Tapi, sebenarnya kan.. perasaan tu tak bagus langsung..sebab ia adalah sign and symptoms yang menandakan yang kita tak bersyukur..tak berasa cukup dengan apa yang Allah bagi..

Sebab...



                                                             
                                                                (Gambar: sumber google)

Sewaktu dalam hujan lebat, sewaktu tengah drive dari tanjung malim ke KL, terlihat sebuah motor aiskrim yang dipandu oleh orang melayu (gaya macam orang melayu..sebab muka macam orang melayu). Dalam hujan lebat.. tak berhenti pun untuk berteduh..tapi, terus bawa motor tersebut. Nampak basah kuyup... hati tersentuh, rasa seperti tidak bersyukur..

Sewaktu terperangkap dalam jam, duduk dalam kereta dengan perasaan tension..sebab kena tunggu..dan kaki sudah berasa lenguh sebab duk main class keta..diceriakan dengan lagu dari corong radio, dalam keselesaan aircond...terlihat penjaja di tepi jalan..terlihat pakcik yang bekerja menjahit kasut dikaki lima.. memandang ke kanan dan ke kiri.. di mana pelanggannya? Hati tersentuh lagi...rasa seperti tidak bersyukur..
Sewaktu akhir bulan..duit dalam dompet semakin berkurang..kadang-kadang menahan nafsu makan membuat acap kali perut berkeroncong dan menyanyi tanpa lagu.. rasa susahnya hidup ini... terlihat kisah saudaraku di Afrika..dihurung lalat, badan kurus kering tinggal tulang... agaknya berapa hari sudah tidak makan.. tersentuh lagi, rasa seperti tidak bersyukur..

Bahkan banyak lagi peristiwa yang ku lihat..ku rasakan yang diriku masih tidak bersyukur..Ya Allah, kerdilnya dan dangkalnya hatiku untuk menilai nikmatMu.. terasa sukarnya mendidik hati menjadi hamba yang bersyukur..teringat kepada Rasulullah..betapa bersyukurnya Baginda..bertahajjud sehingga bengkak kaki kerana menyatakan kesyukuran kepada Allah..dan diriku? Apa yang telah ku persembahkan sebagai saksi yang diriku bersyukur padaNya? Jangan seperti apa yang dinyatakan di dalam Al-Quraan, bahawa aka nada di akhirat nanti suatu kaum yang mendatangi Allah dan nyatakan bahawa mereka telah beramal dengan ikhlas dan banyak.. namun, disisi Allah..amal mereka seperti debu yang bertebangan.. (tak ingat la, ayat apa..)..wana’uzubillah...

Ya ALLAH, lembutkan lah dan rendahkanlah hati ini...

Thursday, March 8, 2012

Bagaimana menyingkapi berbeza pendapat?

saya rasa sambal belacan sedaaap sangat!”
“tak lah, budu lagi sedap..kajian pun ada membuktikan budu baik untuk pertumbuhahn otak!”
“kajian mana? Ke main ikut sedap mulut saja?”
“aku rasa cincalok lagi banyak khasiat dari budu dan belacan…”
“kenapa kau cakap macam tu? Jangan main sedap saja..aku dah lama makan budu..aku tahu khasiat budu..”
Urm..” kicap dengan sos cili pun sedap!” (pulak..)
Budu? Sambal belacan? Cincalok?..
                                                     SAMBAL BELACAN ( sumber: google)

                                                             BUDU (sumber: google)
                                                  CINCALOK, (Sumber: google)

Berbeza pendapat adalah perkara sunnatullah dalam kehidupan. Kerana perbezaan pendapat itu lahir dari perbezaan manusia itu sendiri. Manusia berbeza kerana Allah sememangnya menjadikan manusia berbeza. Berbeza keturunan, bangsa, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, latar belakang suasana dan sebagainya. Manusia akan memberikan pendapat berdasarkan apa yang mereka lalui dari sudut pandang kehidupan mereka. Namun, biarpun dibolehkan berbeza, islam ada kayu ukurnya. Boleh berbeza dalam hal-hal cabang dalam kehidupan tetapi tidak boleh berbeza dalam hal-hal yang sudah Qaht’ie ( perkara asas/usul- jika tidak tahu..boleh belajar lagi)

Apa yang ingin disingkap dalam berbeza pendapat adalah akhlak kita. Akhlak kita saat menerima pendapat orang lain. Terkadang, kerena berbeza pendapat, api perpecahan memicu permusuhan. Merasakan pendapat kita lebih baik dari orang lain, dan mesti diterima oleh orang lain..na’uzubillah. susah bukan ingin berakhlak dalam perbincangan. Berikut adalah antara akhalak dalam mensikapi perbedaan perdapat:

1) Ikhlaskan niat kerana Allah. Di awal perbincangan kita sudah sematkan dihati.. bahawa apa yang ingin kita cari hasil dari perbicangan ini adalah kebenaran. Kebenaran itu adalah hujungnya untuk mencari redha Allah. Dari mana datangnya kebenaran itu kita harus rendahkan hati untuk menerima. Walaupun kebenaran itu datangnya dari orang bawahan kita bahkan lawan kita.


2) Sentiasa istighfar sewaktu perbincangan bagi menjaga hati dari dipengaruhi kepentingan peribadi. Bimbang dan takut pendapat atau cadangan yang kita lontarkan adalah untuk kepentingan peribadi dan nafsu kita.


3) Setiap kali pendapat dan cadangan diberikan seharusnya diiringi dengan istighfar, kerana takut dan bimbang pendapat dan cadangan itu diiringi dengan riak dan ujub yang pastinya akan menghilangkan keberkatan perbicangan dan keputusan yang diambil.


4) Sentiasa mereasakan bahawa setiap insan yang berada dalam perbincangan itu berhak untuk mengeluarkan pendapat dan cadangan juga berhak untuk didengari. walaupun kadang-kadang kita merasakan “eei ..boleh ke dia ni?” (kes pandang rendah kat orang la ni..)


5) Maka seharusnya juga kita merasakan bahawa yang berada didalam perbincangan itu adalah manusia yang pastinya banyak sisi kelemahan dan kekurangannya. Jadi, terimalah segala kekurangan dan kesilapan itu dan usaha ke arah pembaikan..


6) Paling penting adalah berlapang dada saat perbincangan. Jangan cepat melatah dan bersangka buruk terhadap saudara kita. Fikirkan kata-kata yang diutarakan sedalam-dalamnya. Jangan terburu-buru dalam membuat kesimpulan dan penilaian.


7) Wa akhiron, sentiasalah berhubung hati itu dengan Allah.. kerana hanya Allah yang berhak dan mampu memberi hidayah dalam nubari kita, agar keputusan yang kita ambil tidak tersilap. Insyaallah..


p/s: kalau saya..mesti la saya suka budu..because i'm kelantanese.. (^_^), tapi sekarang saya sudah mula menyukai sambal belacan.. ada juga kadang-kadang makan cincalok..layan je semua..

Sunday, February 26, 2012

Make me STRONG!


I know i’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow youd tell me aloud
That on that day i’ll be ok
But well never know cause thats not the way it works
Help me find me my way
My lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just get too much
I feel that i’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know i’m waiting yearning for something
Something known only to me
But this waiting comes with trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow youd tell me aloud
That on that day you forgive me
But well never know cause that’s not the way it works
I beg for your mercy
My lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just get too much
I feel that i’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
(SAMI YUSUF)

Tuesday, February 14, 2012

Jangan Biarkan ia melayu..

Sebagai manusia, ada masa ada ketika rasa melemah. Rasa terhambat dengan ujian keadaan dan suasana. Suatu masa akan saat yang akan di rasakan bahawa apa yang pernah kita miliki dan kita lalui dahulu seperti mimpi. Malah untuk melalui saat ini seperti satu juga mimpi. mungkin kita akan bertanya...benarkan ini realiti?  seperti tida percaya dengan apa yang terjadi.. tetapi, hakikatnya itulah kedaan diri..seakan melemah lebur di telan suasana. melemah juga kerana tidak kuat motivasinya..seakan kabur mimpi, visi dan misi yang pernah di yakini dulu..

lalu ditanya..apakah obsesi hidupmu? memuaskan kehendak peribadi atau kehendak yang hakiki? saat itu, hanya iman yang akan bersuara..iman juga yang akan menjawab segalanya.

ketika iman melemah, maka gusarlah hati dengan janjiNya..
namun, saat iman membara dan memandu diri..ketengan kan menghuni hati..tiada lagi takut untuk melihat bahkan melangkah..kerana yakin kata-kata yang pernah Rasulullah katakan pada Abu Bakar.. "la tahzan..innallaha ma'ana" jangalah bersedih kerana Allah bersama kita..

maka, jawapannnya..pandu diri..cerahkan hati dengan iman. sedarlah, saat diri rasa condong kepada sesuatu yang bukan hakiki bermakna kita sedang menjauh dariNya..sesuatu yang lain sedang menghuni hati kita.. bukan DIA. kerana DIA sesekali tidak pernah rela kita menduakanNya...maka pilihlah.. adakah DIA atau yang lainnya..

namun, harus sedar..saat kita memilih DIA, kita harus bersiap sedia untuk diuji keikhlasannya..kerana, bagiNya..cinta kan tiada makna tanpa keikhlasan dan pengorbanan.. maka carilah bekal disebalik keikhlasan cinta kita dengan sentiasa menyebut namaNya dan mengingatiNya..kerana hanya dengan itu..hatikan sentiasa tenang..dan cinta itu akan datang menghuni nubari kita..maka berbungalah hati kita dengan jambangan bunga-bunga cinta yang tiada tara nilainya...(^_^)

                                                                   (gambar pinjam dari google..)

(faham tak? ke metafora sangat..huhu3....semoga memahami..)

Wednesday, February 1, 2012

Menjadi luar Biasa

Sesuatu yang harus di fahami adalah.. menjadi manusia yang " luar biasa" adalah bermula dengan "pemahaman dan prinsip yang luar biasa"... seperti apa yang menjadi prinsip As-syahid Syed Qutb:


"Tuan, sebutir pelurumu yang nanti menembus kepalaku hanya akan membunuhku. Tapi tulisan dan buah fikiranku akan menembusi ratusan, ribuan, jutaan kepala orang" 


Sunday, January 8, 2012

Kan ada pelangi petang? (^_^)

Cepat sekali waktu berlalu..pengalaman become a nurse..Always keep in my memory. Really love to be a nurse even though become a nurse always make me under pressure...But really, it teach me many things... Hoping one day, I will be a nurse again...if it’s the best for me. No matter what..what you go through in life is learning process..Learning to be better one than before…and it’s also test for you as a mean to be more closed to Allah..

Now.. being a teacher also not easy one..hurm ..setiap kerja ada cabarannya tersendiri. Dua-dua penat..kepenatan yang berbeza. But, once you enjoy the work..kepenatan come later..Satisfaction first.

So, moral of the story..Don’t afraid to face your life. Kadang-kadang kita rasa amat takut untuk hadapi sesuatu yang berhadapan dengan diri kita kerana mungkin “sesuatu” itu adalah sesuatu yang tidak diduga dalam hidup kita. Tetapi, percayalah..Allah tidak akan pernah silap dalam menentukan takdir kehidupan kita..tidak akan pernah walau sekali Allah akan menzalimi hamba-hambaNya. Kasih dan Cinta Allah kepada hambaNya melebihi murkaNya. Bukankah Allah itu lebih sayang kepada kita lebih dari kedua ibubapa kita menyanyangi kita. Seandainya kita dapat merasai kasih dan cinta kedua ibubapa kita..seharusnya lah kita dapat merasai kasih dan sayang Allah lebih dari itu..


Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa berbahagia dalam menelusuri perjalanan kehidupan ini..
p/s: kadang-kadang bahagia akan datang selepas kesakitan dan kepahitan yang telah ditelan seperti sang pelangi yang datang selepas hujan.