Mengenali dia seperti suatu kesempatan yang mungkin tidak dimiliki oleh insan lain. Senyumnya, tawanya, kata-katanya, perwatakannya malah seluruh sisi dirinya menggambarkan siapa dia...penyayangnya dia..ada persis ibuku..
Mengutip dan menyapu sampah yang ada disekitar adalah kebanggaannya. Tidak mungkin dibenarkan satu sampah akan berselerakan dilantai. Seketika batang mop adalah senjatanya. Ke sana ke mari di lap lantai sehingga seluruh pejabat menghidu wangiannya.
Dia tersenyum bangga. Ada ketikanya, seliparku yang kotor telah mengotorkan kembali lantai yang dimopnya.. aduh, rasa bersalah di hati. Namun yang terucap dibibirnya..”takpe sue..jalan je, nanti makcik mop lagi”. Ligat sahaja dia ke sana ke mari membersihkan. Dalam kesibukan, dia mencelah..”sue bersih tak cermin ni..” ku menggangguk dan mengiakan kebenaran.
Ceria rasa melihat wajahnya yang begitu gembira melaksanakan kerjanya. “makcik suka jadi cleaner” ujarnya kepadaku. Benar, pernyataanya tidak sesekali bercanggah dengan apa yang ku lihat. Tidak pernah walau sekali ku melihat dia menarik wajah masam jauh sekali marah apabila minta dibersihkan sesuatu. Memang dia benar-benar gembira melakukan kerja itu.. jauh disudut hatiku, rasa cemburu kepadanya..kerana dikurniai hati yang mulia..keikhlasannya tergambar dalam setiap geraknya.
Bangga melaksanakan kerja itu saat insan lain tidak pernah memandang kerjanya.. semoga dia mendapat ganjaran yang terbaik dari yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.. senyuman mengajarku.. “senyumlah, kerana senyuman bisa membahagiakan insan disekeliling”
No comments:
Post a Comment