“takkan effect punya, kalau tak turun..ramai lagi yang akan turun..”
pandangan satu pihak.
“kau tak takut ke? Kan kena tanggap..kena buang u?” pihak salah seorang mahasiswa
“ kenapa perlu berdemo? Kan kerajaan dah bagi segala?”
ada juga nak bagi alasan macam ni..
Hurh..suara-suara yang sedikit pun singgah di hati. Bukan tidak mahu menjelaskan..
mereka sendiri yang tidak mahu mendengar..mereka sendiri yang butakan hati dan perasaan mereka untuk melihat dan menilai. Nampak selapis sahaja..
perhimpunan ini bukan kerana parti..bukan kerana politik...
tetapi ini kerana ingin menegakkan kebenaran..kerana sayangkan negaraku MALAYSIA.. Kita bukan menentang politik, bukan menentang mana-mana manusia..tetapi menentang kezaliman.
Kita adalah pejuang akidah...tentera-tentera akidah!!
Tidak kisah apa yang mereka ugut..cukuplah Allah sebagai pelindung!
***
Dengan perasaan dan hati yang berkobar-kobar..sudah beberapa kali cuba yakinkan mutarabbi yang masih ragu-ragu mahu bersama dengan perhimpunan ini..dan akhirnya mereka mahu bersama..
Seawall pagi kami meniaki LRT dari terminal Gombak. Polis sudah ada di mana-mana.. melihat sahaja gelagat dan gerak geri kami.. Lrt juga sudah mula penuh, kelihatan hanya kami berdua sahaja perempuan dalam lrt.. ramainya lelaki. Mata-mata memandang kami..
“urh..nak g demo juga tu..”
Sekumpulan chiese rancak berbual dalam bahasa mereka “sepatah pun ku tak faham..tapi, last-last ayat..dia state..change the government!”huh...
Awal-awal lagi sudah sampai depan masjid india...adoya, kena tunggu sampai kol dua ka? Nak buat apa, borimnya..tapi dun worry..
AL-Quraan kan ada..kami semua buka quraan..hanbiskan masa dengan baca quraan..tidaklah masa banyak terbuang dengan hanya melihat lautan manusia kuning yang pelbagai telatah dan ragamnya..
Selesai solat berjemaah bersama imam..kami berarak keluar dari masjid.. ya Allah ramainya manusia.. nak berjalan pun tak ada ruang.. hanya mengikut arus perjalanan.. rimas gak sebab campur dengan brothers. Cuba jaga agar tidak berada dekat sangat.. tangan always pegang dengan akhawat..
Bahang kepanasan tengahari menguji semangat..
Pelik juga melihat arah..ada yang pergi ada yang pusing kembali..owh..rupanya jalan tutup..takleh nak masuk DM..
Dah ramai yang duduk dan bantah atas jalan raya.
Ku bersama akhawat masih berada di pingir jalan. Sesekali terdengar sorakan dari para demostrants.. asap kepul-kepul..ada yang sudah mula berlari kecil.. ku masih terpacak dan terpaku..tetibe..
Lari....
Huhu..sume lari..termasuklah ku dan akhawat..langgar habis yang ada kat depan. Kat belakang siap semua tolak. Rasa sesah nafas..”ya allah matilah aku kat sini..” ku pejam mata dalam-dalam.. “allah..ya allah...” Berserah pada Allah..
Lautan manusia.
Tiada tempat mahu lari. Semua orang tolak-tolak.. memang betul sesak nafas.. mata pedih snagat..muka rasa macam melecur.. air mata tak yah cakap mengalir seperti hujan.. mata berpinar-pinar.. tangan dihadapan menahan agar tidak rapat sangat dengan brother yang didepan..kerana tolakan dari belakang sangat kuat.. bunyi batuk-batuk orang-orang disekeliling..syida yang ada sebelah..” air air..” (macam dalam perang uhud pula.. kisah sahabat yang minta air....hehe) hurh..tak ingat dekat air pun..air ada dalam beg kat belakang.. asma’ capai air yang berada disisi begnya.. waktu itu..dada sakit amat..pedih kerana sudah sebut beberapa sedutan gas tersebut..
Dicapai air.. disimbah sahaja pada muka. Habis..basah kuyup tudung..mata pinar-pinar..air mata mengalir kuar lagi..ku tengok muka syida dan asma merah sangat..
“kaksu ok ke?” Tanya syida..huhu
“ok..” angguk walau..senak dada rasa untuk bernafas.. hurk2..batuk..huh, kuar hingus warna kuning kat tudung..hurm..sapu dengan tangan..
Pck chiese bagi air kat kami..melihat muka kami yang masih merah..”sapu kat muka..”katanya.. simpati mungkin.. beberapa pck yang melihat..menghulur air dan garam..
Hurm..
Lari..polis sembur lagi..
Nak lari mane? Manusia ramai bagai..
Lari sana..jangan lari sini..jalan mati..(siap ada yang bekerja sama turun dalam longkang besar..tak kurang ada yang merentas longkang besar naik atas paip..saya? dop la sanaggup sampai macam tu skali..huu)
Huu
Ke sana kemari..kami terperangkap..memang honestly tak tahu nak lari mane..
Last-last duduk tepi jalan..tengok orang lari-lari je..
Honestly, best tengok semua orang bersatu..tolong menolong..tak kira bangsa, melayu, cina india..sume tolong-tolong.. rasa seperti program rasmi satu Malaysia..
Dah petang..terima sms..yang mencadangkan cara jalan keluar dari kawasan itu..ya melalui depan-depan polis..biasa-biasa sahaja..buat relaks.. mereka hanya melihat..kami pun tengok juga dengan hujung-hujung anak mata..
Sampai depan mydin.. sempat beli air tebu membasahi kerongkong..berjalan ke belakang mydin. Bas datang..kami naik bus. Tak larat dah nak jumpe FRU waktu dah nak asar pun time tu.. naik atas bas..seorang pck tengok saya..dan tanya..” macamne kena sembur.?.” saya senyum saja pada dia..
Huu..pengalaman best!..nak turun lagi kalau ada peluang.. (^_^!)
Alhamdulillah..berkesempatan menjadi sebahagian dari sejarah!
Sejarah kebangkitan ummat!
kaksu!!!!
ReplyDeletehaha.saya gelak sorang2 bace post ni.
perlu ke letak jugak part tu?
xaci.hee