Thursday, March 8, 2012

Bagaimana menyingkapi berbeza pendapat?

saya rasa sambal belacan sedaaap sangat!”
“tak lah, budu lagi sedap..kajian pun ada membuktikan budu baik untuk pertumbuhahn otak!”
“kajian mana? Ke main ikut sedap mulut saja?”
“aku rasa cincalok lagi banyak khasiat dari budu dan belacan…”
“kenapa kau cakap macam tu? Jangan main sedap saja..aku dah lama makan budu..aku tahu khasiat budu..”
Urm..” kicap dengan sos cili pun sedap!” (pulak..)
Budu? Sambal belacan? Cincalok?..
                                                     SAMBAL BELACAN ( sumber: google)

                                                             BUDU (sumber: google)
                                                  CINCALOK, (Sumber: google)

Berbeza pendapat adalah perkara sunnatullah dalam kehidupan. Kerana perbezaan pendapat itu lahir dari perbezaan manusia itu sendiri. Manusia berbeza kerana Allah sememangnya menjadikan manusia berbeza. Berbeza keturunan, bangsa, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, latar belakang suasana dan sebagainya. Manusia akan memberikan pendapat berdasarkan apa yang mereka lalui dari sudut pandang kehidupan mereka. Namun, biarpun dibolehkan berbeza, islam ada kayu ukurnya. Boleh berbeza dalam hal-hal cabang dalam kehidupan tetapi tidak boleh berbeza dalam hal-hal yang sudah Qaht’ie ( perkara asas/usul- jika tidak tahu..boleh belajar lagi)

Apa yang ingin disingkap dalam berbeza pendapat adalah akhlak kita. Akhlak kita saat menerima pendapat orang lain. Terkadang, kerena berbeza pendapat, api perpecahan memicu permusuhan. Merasakan pendapat kita lebih baik dari orang lain, dan mesti diterima oleh orang lain..na’uzubillah. susah bukan ingin berakhlak dalam perbincangan. Berikut adalah antara akhalak dalam mensikapi perbedaan perdapat:

1) Ikhlaskan niat kerana Allah. Di awal perbincangan kita sudah sematkan dihati.. bahawa apa yang ingin kita cari hasil dari perbicangan ini adalah kebenaran. Kebenaran itu adalah hujungnya untuk mencari redha Allah. Dari mana datangnya kebenaran itu kita harus rendahkan hati untuk menerima. Walaupun kebenaran itu datangnya dari orang bawahan kita bahkan lawan kita.


2) Sentiasa istighfar sewaktu perbincangan bagi menjaga hati dari dipengaruhi kepentingan peribadi. Bimbang dan takut pendapat atau cadangan yang kita lontarkan adalah untuk kepentingan peribadi dan nafsu kita.


3) Setiap kali pendapat dan cadangan diberikan seharusnya diiringi dengan istighfar, kerana takut dan bimbang pendapat dan cadangan itu diiringi dengan riak dan ujub yang pastinya akan menghilangkan keberkatan perbicangan dan keputusan yang diambil.


4) Sentiasa mereasakan bahawa setiap insan yang berada dalam perbincangan itu berhak untuk mengeluarkan pendapat dan cadangan juga berhak untuk didengari. walaupun kadang-kadang kita merasakan “eei ..boleh ke dia ni?” (kes pandang rendah kat orang la ni..)


5) Maka seharusnya juga kita merasakan bahawa yang berada didalam perbincangan itu adalah manusia yang pastinya banyak sisi kelemahan dan kekurangannya. Jadi, terimalah segala kekurangan dan kesilapan itu dan usaha ke arah pembaikan..


6) Paling penting adalah berlapang dada saat perbincangan. Jangan cepat melatah dan bersangka buruk terhadap saudara kita. Fikirkan kata-kata yang diutarakan sedalam-dalamnya. Jangan terburu-buru dalam membuat kesimpulan dan penilaian.


7) Wa akhiron, sentiasalah berhubung hati itu dengan Allah.. kerana hanya Allah yang berhak dan mampu memberi hidayah dalam nubari kita, agar keputusan yang kita ambil tidak tersilap. Insyaallah..


p/s: kalau saya..mesti la saya suka budu..because i'm kelantanese.. (^_^), tapi sekarang saya sudah mula menyukai sambal belacan.. ada juga kadang-kadang makan cincalok..layan je semua..

No comments:

Post a Comment