Tuesday, February 14, 2012

Jangan Biarkan ia melayu..

Sebagai manusia, ada masa ada ketika rasa melemah. Rasa terhambat dengan ujian keadaan dan suasana. Suatu masa akan saat yang akan di rasakan bahawa apa yang pernah kita miliki dan kita lalui dahulu seperti mimpi. Malah untuk melalui saat ini seperti satu juga mimpi. mungkin kita akan bertanya...benarkan ini realiti?  seperti tida percaya dengan apa yang terjadi.. tetapi, hakikatnya itulah kedaan diri..seakan melemah lebur di telan suasana. melemah juga kerana tidak kuat motivasinya..seakan kabur mimpi, visi dan misi yang pernah di yakini dulu..

lalu ditanya..apakah obsesi hidupmu? memuaskan kehendak peribadi atau kehendak yang hakiki? saat itu, hanya iman yang akan bersuara..iman juga yang akan menjawab segalanya.

ketika iman melemah, maka gusarlah hati dengan janjiNya..
namun, saat iman membara dan memandu diri..ketengan kan menghuni hati..tiada lagi takut untuk melihat bahkan melangkah..kerana yakin kata-kata yang pernah Rasulullah katakan pada Abu Bakar.. "la tahzan..innallaha ma'ana" jangalah bersedih kerana Allah bersama kita..

maka, jawapannnya..pandu diri..cerahkan hati dengan iman. sedarlah, saat diri rasa condong kepada sesuatu yang bukan hakiki bermakna kita sedang menjauh dariNya..sesuatu yang lain sedang menghuni hati kita.. bukan DIA. kerana DIA sesekali tidak pernah rela kita menduakanNya...maka pilihlah.. adakah DIA atau yang lainnya..

namun, harus sedar..saat kita memilih DIA, kita harus bersiap sedia untuk diuji keikhlasannya..kerana, bagiNya..cinta kan tiada makna tanpa keikhlasan dan pengorbanan.. maka carilah bekal disebalik keikhlasan cinta kita dengan sentiasa menyebut namaNya dan mengingatiNya..kerana hanya dengan itu..hatikan sentiasa tenang..dan cinta itu akan datang menghuni nubari kita..maka berbungalah hati kita dengan jambangan bunga-bunga cinta yang tiada tara nilainya...(^_^)

                                                                   (gambar pinjam dari google..)

(faham tak? ke metafora sangat..huhu3....semoga memahami..)

No comments:

Post a Comment