Wednesday, December 1, 2010

Oncology posting part 1

Satu benda yang sangat best posting oncology, hati ini benar-benar tersentuh…sewaktu kerja dalam ward onco benda ni tidak la perasan sangat, tetapi apabila sehari setengah kerja kat day care..satu kelainan amat di rasai.. terutama melihat melihat wajah-wajah mereka.. dari semuda 15 tahun ke yang berumur 70an ke atas..mereka adalah insan-insan yang terpilih oleh Allah..biarpun barah-barah dalam tubuh mereka menjalar laju, biarpun mereka harus memeranginya dengan kesakitan rawatan chemo, namun, senyuman tidak pernah lekang pada wajah meraka..saya cukup hairan.


Pada fikiran saya, orang yang mengidap cancer, akan mengalami perasaan sedih, murung,kerana merasakan prognosis untuk penyakit ini, amat sukar untuk pulih sepenuhnya..namun, biarpun begitu, apa yang saya lihat hari ini, berbeza sekali, mereka seakan tidak pernah putus asa meneruskan hidup. Tabah sungguh mereka..Huhu good motivation orang lain juga!

Prevalence cancer yang saya jumpe banyak kat ward adalah:
1. Lung cancer-memang sangat ramai. Tengok record kematian pun, kes ni paling banyak. Dan cancer jenis ni memang poor prognosis
2. Breast cancer- ni pun banyak juga. Patient paling muda yang saya pernah jumpe adalah 33 tahun..kesian dia, habis sume rambut gugur akibat kesan chemo..bila saya Tanya sakit tak chemo, dia kata..” sakit” sambil senyum. “bila ubat chemo masuk rasa seperti terbakar salur darah..” sambil menunjukkan disclouration vein yang dia alami. Tabahnya dia!!
3. Colon cancer- most patient yang ada cancer ni, akan buat stomy (tebuk peruk untuk keluarkan najis)..patient dalam bab bersihkan dan tukar sarung ostomy lagi expert dari nurse or trainee macam saya..yela..diaorng buat sendiri tiap-tiap hari, nak dibanding dengan kita orang yang mungkin jumpe sekali satu semester..hehe
4. Prostate cancer- yang ni saya tak jumpe kat ward. Kalo ada pon, saya tak jaga patient ni..tak berpeluang…so, tak tahu sangat real situation yang patient type ni alami.
5. Cervix cancer-yang type ni ada la juga. Patient akan buat biasanya brachytherapy..iaitu masukkan radioactive dalam servix untuk buat radiation dalaman. Saya sempat jaga patient type ni skejap masa dekat radio unit.
6. Osteosarcoma- 2 patient saya jumpe sepanjang posting. Dan dua-dua adalah remaja dibawah 18 tahun. Seorang 15 tahun, seorang lagi 17 tahun. Kesian sgt, dua-dua patient saya jumpe ni adalah melayu islam, dan dua-dua ni mengalami rambut gugur yang membuatkan mereka menjadi botak. Yang sedihnya adik yang umur 17 tahun tu, sepatutnya ambil SPM tahun ni..tetapi bila ditanya..”terpaksa tunda la..tadi tepon cikgu dia..kena tunda,dah keadaan dia macam ni..” cerita maknya..
7. Pancreas cancer- yang ni pun poor prognosis mcm lung cancer.. seorang patient saya jumped ah jadi ascites dah(perut jadi buncit dipenuhi cecair ) ..

Satu hal lain, kos perawatan cancer sangat tinggi. Satu rawatan boleh mencecah ribuan kerana ubatnya sangat mahal. Belum termasuk kos-kos sampinagn seperti transportation. Patient yang datang buat perawatan ni bukan hanya di sekitar KL sahaja malah datang dari pelbagai ceruk Malaysia. Kerana unit oncology hanya ada di hospital yang terpilih sahaja macam HUKM ni..



uncle kenapa manyak lambat ini hari”
“woo bus tu.. manyak lambat la..”
“uncle datang dengan sapa”
“datang solang la..”
“uncle naik bus kol bp”
“itu 6.30 dari ipoh..”

Tabah tak uncle ni..? (sy angguk-angguk mcm spring- tabah dan gigih sgt!)

"Mencari Redha Allah"

No comments:

Post a Comment