Tuesday, December 28, 2010

Menata waktu kehidupan untuk menjadi yang terbaik

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang usianya dan bagus amal perbuatannya. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang usianya dan buruk amal perbuantannya” (HR Ahmad)

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita sehingga ke 23 muharamm 1432H. Umur yang panjang adalah anugerah dan nikmat yang didambakan oleh semua orang. Mereka berusaha dengan segala cara untuk mencapai umur panjang.

 Namun seringkali mereka tidak berfikir bagaimana mengisi umur yang panjanag tersebut dengan berbagai aktiviti yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Akibatnya, mereka menjadi orang yang paling buruk kerana mengisi kehidupannya dengan pelbagai kesia-siaan, kemaksiatan dan dosa. Jadi yang terpenting dalam kehidupan seorang insan, adalah mengerti bagaimana seharusnya mereka mengisi setiap anugerah saat yang dimiliki dengan pelbagai perkara yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Sehingga, kesedaran untuk berbuat menghantarkan kita menjadi sebaik-baik manusia kerana telah mengisi kehidupan sepanjang usia dengan pelbagai amal kebajikan.

Istiqamah di atas keimanan dan amal kebajikan merupakan sesuatu yang sangat berat. Apabila seseorang mampu merialisasikannya, maka ia betul-betul menjadi insan yang terbaik.

dengan itu..

Bersyukurlah dengan nikmat masa yang Allah kuniakan..manfaatkanlah setiap detik yang dianugerahkan. kerna pasti, suatu masa, akan datang detik yang menyesakkan..dan persiapkanlah diri..

1 comment:

  1. setiap detik dalam hidup kita akan dipersoalkan. semoga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa

    ReplyDelete