Thursday, December 23, 2010

Buat mereka yang ku cintai..

Mama…
Hatiku mengucup kerinduan..
Rasanya lama sungguh ku tidak menatap wajahmu..
Merasai masakanmu, merebah kepala di bahumu

Ayah..
Lama sungguh ku tidak melihat senyuman mahalmu
Menemanimu dan menyediakan air untukmu..
Tatkala perasaan rindu menjengah..
Hanya padaNya ku mengadu
Bukan ku tidak mahu pulang..

Mahu sahaja ku terbang untuk memeluk kalian
Tetapi, ku tidak bisa..
Disini perlukan ku..
Di atas janjiku padaNya..

Mama..ayah..
Hanya untaian doa dan cinta ku hantarkan..
Sebagai penyegar cinta yang tidak pernah suram
Ku yakin, cinta Kalian tidak akan pernah suram
Kerana Dia sentiasa membekaliku rasa cinta ini
Kerana Dialah pemilik cinta itu..
Kerana Dia juga lebih mencintai melebihi cinta mama dan ayah padaku..

Mama..ayah..
Apa yang kulakarkan moga
Menjadi sebab bertemunya kita di SyurgaNya nanti.
ameen..

Huuu: windu juga dekat Ebdorrahman, jebok, kakak, babit...(mood homesick =(....)

"Ya Allah aku berlindung dari mu dari jiwa yang lemah untuk menyampai kebenaran, dan dari hati yang bungkam untuk mencegah kejahatan."


"Mencari redha Allah.."

No comments:

Post a Comment