Tuesday, March 22, 2011

Menahan "Muntah"

Beberapa kali mata berair..beberapa kali juga saya tahan tekak saya..namun, perasaan ingin "muntah" tetap juga ada..Saya tidak dapat memejam mata, pastinya saya harus tengok juga "cecair " itu. Setiap kali itulah perasaan ingin muntah tertahan sebab saya pakai "mask". Sehingga procedure itu siap, mata saya berpinar kemerahan kerana menahan diri dari muntah..

Begitulah setiap kali saya ingin bagi "feeding" pada patient..Cecair yang di aspirate sebelum memasukkan susu itu benar-benar memualkan saya. Keadaanya hitam, pekat, seperti nanah, ada juga seperti mucus yang liat.. walaupun ia tidak berbau seperti nanah/ luka diabetic foot tetapi, ia tetap memualkan saya..

Jika seperti itu hati saya sudah tidak tertahan, bagaimana pula janji Allah kepada hamba-hambaNya yang menghuni neraka. Yang janjiNya, bahawa minuman penduduk neraka adalah terdiri dari "air nanah". Pastinya, air nanah di akhirat lebih dahsyat dari  air nanah di dunia...

"Dan tidak ada makanan baginya kecuali dari darah dan nanah.." (Al-Haqqah: 36)
" Dihadapannya ada neraka jahanam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah" ( Ibrahim: 16)


Semoga rasa "takut" dan "ngeri" akan azab di sana, mampu menjadi bekal buat seorang hamba..

No comments:

Post a Comment