Sungguh, seorang muslim yang hanya memandang cukup mengambil Islam dari Ibadahnya sahaja seperti solat, puasa,zikir dan doa dan apabila di kemukakan kepadanya keadaan umat islam hari ini dia hanya mampu mengatakan “apakan daya kita sudah itu ketentuan tuhan”…
Berbeza dengan seorang muslim yang terdidik dengan perasaan gelojak terhadap islam bak air yang mendidih di tungku panas dan hatinya lebur kerana prihatin terhadap kaum muslimin bagai leburnya garam di dalam air, kemudian keperihatinan dan keghairahan itu menjelma menjadi kekuatan yang mendorongnya berusaha mengadakan perubahan dan pembaikan.
Lalu, kita tanyakan pada dirikita,ciri manakah yang ada pada diri kita. Dan kita tanyakan sekali lagi, yang manakah kita rasakan yang lebih baik, yang lebih diredai Allah..lalu, biarpun ciri itu masih belum tertanam/membumi dalam diri kita..teruskan berusaha..berusaha dan terus berusaha untuk mewujudkannya..kerana apa? Kerana yang kita harapakn kita lah antara mereka yang berusaha untuk mengembalikan islam sekali pun ia tidak berlaku sewaktu nyawa kita dikandung badan..
"Mencari Redha Allah.."
No comments:
Post a Comment