Kemudian sedikit demi sedikit daun itu akan layu, sampai masanya ia akan gugur menyembah bumi. Menunaikan haknya pula pada bumi dengan didegradasi menjadi galian buat tanah untuk kehidupan pokok-pokok lain selepasnya…sama halnya keadaan yang di alami manusia.
Manusia akan melalui fasa-fasa yang berbeza, dari seorang bayi menjadi seorang kanak dan seterusnya sehinggalah menjadi seorang nenek..berubah peranan sesuai dengan usia….begitulah sunnatullah..melalui setiap ketentuan yang ditentukan Allah membuat kita “menghargai” peluang pernah dimiliki.. dan kini saya menghitung “kesempatan” itu.. Antaranya kesempatan bergelar seorang pelajar.. saya tertanya..
Ada beza atau tidak zaman sewaktu belajar dengan zaman menjadi seorang pekerja? Semestinya, banyak sekali perbezaan.. justeru perbezaan itu sebenarnya membuatkan kita kembali menghargai kesempatan yang pernah kita miliki sewaktu kita bergelar seorang pelajar. Namun, kesedaran yang terbit tatkala bergelar seorang pekerja adalah kesedaran yang mungkin dipenuhi dengan segunung penyesalan..kerana, tidak mungkin kesempatan itu akan dimiliki kembali.
“In Transition process..to be…a worker..”
(Gambar diambil dari Tadabur Engineer blogspot)
(Buat insan-insan yang masih lagi exam dan akan menempuhinya, teruskan berusaha..insyaAllah, semoga ALLAH permudahkan segalan urusan kalian)
No comments:
Post a Comment