Thursday, November 19, 2009

Sampai bila??



Hari demi hari..serangan itu tidak pernah berhenti..malah semakin mengganas..menyerang setiap senap sudut yang ada pada cell pepohon itu. Kali ini, ia tidak mengira lagi sama ada pohon itu kecil atau besar, tua atau muda, matang atau mentah, paling penting setiap pohon terkena virus itu. Berbagai virus canggih telah digunakan, sama ada “visible” dan “invisible” ke atas pepohon..Hebatnya virus itu sehingga banyak pepohon yang sudah terkorban dan bakal terkorban tanpa disedari.. malah virus itu berubah menjadi satu keperluan “utama” bagi pepohon, sehingga pepohon ini tidak menyedari bahawa virus itu perlahan-lahan membunuh mereka.

Virus itu akan merosakkan setiap kehidupan pohon itu, bukan sekadar menjadikan pohon itu menghasilkan “mutant” pada kelahiran akan datang malah menjadikan pohon itu hilang peranannya sebagai pembekal oksigen utama di bumi ini.

Sehingga kini, laporan telah mencatatkan,berjuta-juta pohon sudah dijangkiti malah masih banyak lagi pepohon lain menjadi sasaran..

Terbaris gigi dengan senyuman kebanggaan di wajah “mereka”..kerana senjata “Virus” yang mereka cipta Berjaya membunuh ramai “umat Islam”. Menyerang dari yang kecil, yang baru lahir sehinggalah yang sudah bongkok tua.

Hari ini, masa dan saat menjadi saksi..betapa manusia telah menjadikan “hiburan” sebagai tujuan kehidupan ini..lalu meneguk “virus-hiburan”sebagai santapan utama..melupakan tujuan terbesar mereka diciptakan sebagai “hamba” dan “khalifah” di muka bumi ini. Lalu, lahirlah manusia yang “mutant” dari tujuan asal penciptaan mereka.

Virus yang berupa hiburan benar-benar berkesan.. setiap pelusuk dunia telah merasai kesannya..sehinggalah ke negeri ini, Malaysia..bermula dengan akedemi fantasia, bertambah lagi dengan Malaysian idol..

Hari ini..berpuluh-puluh rancangan reality tv di hidangkan pada masyarakat.. Gadis melayu, pengacara tv, totombak, lamour raya, geng starz, anak wayang…etc.

Masyarakat disogok akan hebatnya menjadi “glamour” sehingga sikecil yang baru mahu mengenali dunia turut “terbentuk” menjadi “mutant”..Tidak cukup dengan itu, pemuda-pemuda pewaris agama dan negara juga menerima serangan hebat..hatta yang mahu menutup pintu syaitan dengan perkahwinan juga menerima serangan virus ini..” gerbang cinta” antara rancangan reality tv terbaru yang menawarkan tajaan perkahwinan yang glamour buat pasangan yang paling romantic menayangkan gambar-gambar mereka sepanjang percintaan mereka dalam bloq milik mereka..nampaknya, sasaran untuk mengotori kesucian ikatan sebuah perkahwinan menurut islam berjaya “mereka” capai. Sang pemuda dan pemudi “menghalalkan” couple, dating, sentuh, pegang etc..demi merebut hadiah ini. Sehingga mereka lupa ayat Allah…” la taqrabu zinna..”(jangan mendekati zina)..seakan mengatakan boleh “segalanya” kerena mereka akan menjadi suami isteri..

“Mereka”kali ini bersorak dan bertepuk tangan…apa lagi rancangan “mereka”? agar umat islam terus luput dari bumi ini tercapai…

Dimana “Umar Al-Khattab” di zaman ini?Yang akan membebaskan segala kencaman ini dengan segenap kekuatan dan keberanian sehingga syaitan membongkokkan kepala kerana takut.. Dimanakah “salahuddin Al-Ayubi”?yang akan membebaskan bumi palestin yang sehingga kini masih ditawan, membebaskan umat-umat yang terus terjerumus dalam kejahilan. Dimanakah Hawariyyun yang mahu menolong agama Allah ini? di manakah pemuda-pemuda yang akan bangkit seperti Abu Ubaidah Al Jarrah dan Salim yang akan kembali menegakkan “diin” islam yang tercinta ini..

Sesungguhnya kejahilan hari ini lebih dahsyat dari kejahilan suatu ketika dahulu..Seolah-olah dunia hari ini tidak lagi selamat untuk didiami…

Monday, November 2, 2009

Masa yang berlalu..

Alhamdulillah.. segala puji dan kesyukuran hanya layak buatNya..

Hari ini baru selesai 1st paper, gynea..ada lagi 4 paper+osce. Macam biasa diberitahu dan memberitahu, exam akan datang dan pergi..Laksana malam akan digantikan dengan siang..

Bagi saya dan teman-teman yang sedang menghadapi musim ini..pastilah mengharapkan agar dipermudahkan segalanya oleh Allah. Bagi sahabat-sahabat medic dan dentist yang telah selesai ujian exam..mereka menanti debaran resultsnya pula..begitulah..hidup ini tidak lepas dari bergantung dan berharap padaNya.."iyyaka na'budu, wa iyyaka nastai'n"( Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu ku memohon pertolongan)..kerana kita ini hamba yang terlalu lemah..





Saturday, October 24, 2009

Jaga solat di dunia, Raih syurga di akhirat..

Hudzaifah bin Yaman berkata: “perkara yang pertama kali akan hilang dari agama adalah khusyu’, dan arayang terkahir yang akan hilang adalah solat. Boleh jadi, ada orang yang solat tiada kebajikan pada dirinya. Boleh jadi anda mendapatkan sbeuah jemaah solat dalam masjid, namun tidak seorang pun diantara mereka khusyu’

Manakala Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
“Tali pengikat (ajaran) Islam satu per satu akan pudar (diabaikan), yang pertama adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah salat” (HR Ibnu Hibban)

Seandainya hadis ini diketahui dan difahami dari dahulu oleh orang banyak orang, sudah tentu setiap darinya akan menyedari bahawa solat adalah harta dan tanggungjawab terpenting yang mesti dijaga dan diperbaharui setiap masa. Kerana, syaitan tidak akan berdiam diri selagi anak adam tidak lalai dari mengingati Allah. Sehingga dalam solat pun, syaitan akan berusaha semampu mungkin untuk melalaikan anak cucu adam.

Syaitan tidak perlu bersusah payah untuk duduk dan melalaikan orang-orang yang berada di tempat-tempat maksiat, kerana mereka ini sudahpun mengikut telunjuk nafsu syaitan.Sebaliknya, syaitan akan bekerja keras untuk mengoda manusia yang mengerjakan amal kebaikan. Oleh kerana solat memiliki kedudukan yang sungguh mulia, syaitan akan berhempas pulas untuk merosakkan solat manusia.

Lalu, kita mula berfikir dan menghisab diri…selama ini, solat kita bagaimana? Berapa banyakkah solat kita yang benar-benar khuyu’ dan bebas dari berfikir akan urusan dunia? Selama kita solat, berapa kali hati kita merasai kehadiran Allah dalam solat kita?

“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya” (al-Mau’n:4-5)

“ Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dna memperturutkan hawa nafsunya,maka mereka kelak akan menemui kesesatan” (maryam: 59)

Astaghfirullahal’azim…. Sudah banyak kelalaian yang telah dilakukan… Moga Allah masih lagi memberi peluang untuk memperbaikinya.

Ibnul Qayyim menjelaskan tingkatan manusia dalam mendirikan solat:

1. Orang yang lalai dan zalim terhadap dirinya,iaitu yang tidak mengerjakannya dengan benar, baik dalam wudhu, waktu, batas-batas mahupun rukun solat. Kelompok pertama ini akan mendapat hukuman dari Allah


2. Orang yang menjaga waktu solat, batas-batas, rukun-rukunnya. Namun, ia lalai dalam bermujahadah melawan bisikan dan pikiran yang menggangu jiwanya. Kelompok kedua ini akan dihisab oleh Allah.

3. Orang solat sekali gus berjihad.mereka bukan sahaja menjaga rukun-rukun dan batas-batas solat malah berusaha sekuat tenaga mengusir bisikan dan fikiran yang menggoda dirinya. Kelompok manusia ini adalah dalam tingkatan akan dihapuskan dosanya.

4. Orang yang memenuhi kewajipan solat, rukun-rukun,dan batas-batasnya ketika mendirikan solat dan hak-haknya agar tiada satu pun terbuang secara percuma. Hatinya tenggelam dalam salat dan ibadah kepada Allah. Mereka mendapat pahala dari Allah.

5. Orang yang mendirikan solat dengan menghadirkan hatinya dihadapan Allah. Seakan-akan ia melihat Allah dengan mata hatinya, ia merasa diawasi oleh Allah dan hatinya dipenuhi rasa cinta kepadaNya dan mengangungkanNya. tIngkatan manusia ini akan didekatkan dengan Allah.

“ Ya Allah, ku berlindung dariMu yang memiliki segala kekuatan dari segala tipu daya Syaitan..”

Bagaimana mahu mendirikan solat dengan penuh rasa khusyu’??
1. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan khusyu’ dalam solat.
2. Berlindunglah dengan Allah dari syaitan dengan berta’awuz dan membaca tiga Qul ( surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas) agar segala bentuk bisikan syaitan dihindarkan.
3. Kosongkan segala fikiran sebelum mendirikan solat.
4. Berusaha menlengkapkan diri dengan ilmu, seperti banyak membaca tafsir dan surah-surah yang sering dibaca dalam solat. Agar ketika solat, fikiran akan tertumpu kepada apa yang dibaca.
5. Menjaga rukun-rukun , batas-batas dan hak-hak solat.
6. Sedar bahawa, diri sedang mengadap Sang Raja dan Pencipta yang Agung..

Moga Allah menolong orang-orang yang sentiasa mencari redhaNya…

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencarikeredhaan) Kami, benar-benar akan Kmai tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang –orang yang berbuat baik” (Al-Angkabut: 69)


Tuesday, October 20, 2009

Munajat hatinya, menyentuh nubariku..

"Wahai tuhanku,
Cukuplah kemuliaan bagiku dengan menjadi hambamu
Dan cukuplah kehormatan bagiku bahawa engkau sebagai tuhanku
Engkau adalah seperti yang aku cintai
Maka jadikanlah kiranya aku seperti yang engkau cintai "


( Ali bin Abi Talib)

Saturday, October 17, 2009

Betapa sayangnya Allah pada kita..

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." -Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.' Imam Al-Ghazali

1,2,3...action!!

1,2,3…Action!!
Sekujur tubuh terbaring kaku di atas lantai..banyak mata yang melihat..lalu..
“Sir..sir.. are you ok?...no respon!! You..call 999 and get for help!!”
(huhu..jantung bekerja dengan pantas sekali…)
Membuka plastic lalu adegen mouth to mouth…check pulse. No pulse!!
Compression!!!
1,2,3……..!!!
***
Alhamdulillah..
Lulus juga..sehari suntuk mengikuti training CPR. Lenguh-lenguh habis segala sendi dan otot…kerana bersungguh-sungguh membuat “compression” kat pakcik patung..
“Rasa macam dah jadi seorang nurse..sebab tahu satu teknik menolong orang” celah seorang teman semasa proses training dengan asst lecturer.
Masing-masing berdebar semasa menanti keputusan CPR..takut kena repeat balik… “korang tahu, 2nd year hari tu, separuh fail!” cerita yang menambah kerisauan di hati..
Si A: “eiii..takut la..”
Si B: “Tangan aku dah sejuk sangat!!”
Si c: “Aku tak leh recall apa yang blaja tadi..berdebar..”
(macam –macam lagi luahan perasaan…hehe)
***
“Kali ini kita ada seorang pelajar cemerlang..cemerlang melakukan CPR..dan kami ada hadiah sumbangan dari jabatan aneast..Ianya jatuh kepada…****..” Tepukan gemuruh mengiringi Dayah mengambil sijil dan hadiah..semua orang gembira..dayah terharu sehingga nangis!!Alhamdulillah dayah..
“bagi nama yang saya tak panggil ni..you have to repeat..”
Satu persatu nama di panggil dan sehinggalah ke akhirnya.. ..
Lalu..ada mata yang menangis kerana namanya tidak disebut..ada juga yang gembira..kerana lulus ujian..
***
Alangkah ngerinya..menanti keputusan amalan yang akan diberikan oleh Malaikat..Ketikaitu, tiada siapa mempedulikan orang lain.Masing-masing dengan urusan sendiri…Sehingga beruntunglah orang yang menerima buku amalan dengan tangan kanan, dan celakalah yang menerima buku amalan dengan tangan kiri. Tiada guna lagi sebuah penyesalan..tiada lagi sekelumit peluang untuk memperbaiki kesalahan..Hanya kemaafan dan rahmat Allah sebagai penyelamat..hanya syafaat Rasulullah sebagai pengubat….
Betapa masih kecil ujian hari ini..sekadar menguji iman didada yang setipis kulit bawang.. Pun begitu, masih ramai yang lupa dan alpa akan Hari yang dijanjikan oleh Allah…
***
Wahai diri..
Sepanjang engkau hidup, sebanyak mana air matamu tumpah kerana takut akan azab Allah…sebanyak mana engkau menyesali dosa-dosamu..sebanyak mana engkau derita dan bersusah payah mengamalkan syariatNya..???
Wahai diri…
Hari yang dijanjikan itupasti akan datang…takutlah engkau dari sekarang…sebelum, nyawamu berada dikerongkong…sehingga tiada guna lagi sebuah penyesalan…seperti Sang Firaun, yang akhirnya tunduk pada Allah tatkala ajal ditengkok..namun, Allah sedikit pun tidak memandangnya..
Wahai diri…
Bertaubatlah, selagi punyai masa dan peluang….

Friday, October 2, 2009

Next coming posting??


Life ongoing as usual..


Macam biasa tugas sebagai students…

On coming Friday, CPR workshop special for 3rd year nursing. New experience and lessons are waiting..Macam tak sabar pula.

Dalam masa yang sama…menghitung jari…
Waiting that have several days for clinical posting..New challenges are waiting.

Next clinical posting in HOSHAS and HTAA:

12/10/09-16/10/09= Gyneacological ward kat HOSHAS
19/10/09-23/10/09= Neurological ward kat HTAA
26/10/09-30/10/09= Peadiatric ward kat HOSHAS
Then, the most waiting is FINAL EXAM on 1 November 2009…

Hoho..Moga ALLAH mempermudahkan segalanya
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Rasa macam sibuk semacam jer..tapi sebenarnya masih banyak waktu terluang.

Teringat kata Imam Hassan Al Banna: “alwajibu aksaru minal aukot” (Kewajibapan yang ada lebih banyak dari masa yang ada)..betul tu! Memang banyak sangat tanggungjawab yang masih perlu dilaksanakan..tetapi begitulah tabiat manusia..suka sangat berlengah-lengah..suka tangguh-tangguh..Lepas tu, mengeluh… Benarlah kata Rasulullah, antara nikmat yang paling mudah dilupakan adalah nikmat masa luang.

Ya, masa luang yang ada di habiskan dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Tak penting. Yang membuatkan tanggungjawab yang utama diabaikan. Contohnya, tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah, dilalaikan dengan tanngungjawab sebagai students.. Menyiapakan “kerja-kerja sekolah” sehingga lupa nak solat, lupa nak mengaji, dalam erti kata lain, lupa nak menjaga hak-hak Allah..emm..Kekadang, kita kena belajar untuk prioritize urusan dalam kehidupan kita..barulah hidup tu well organized..barulah Berjaya dunia akhirat..hehe..

Tetiba seseorang yang dari tadi khusyu’ membaca blog ini bertanya: “belajar dari apa?"

Jawapan: Dari pengalaman hidup… bukankah Allah bagi akal untuk kita fikir. Betul tak?
(dia pun angguk2 kepala tanda faham..)

‘ala kulli hal…

Allah berfirman: “ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami adalah tuli, bisu dan berada dalam gelap gulita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (dalam kesesatan), niscaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi petunjuk) ,niscaya Dia menjadikannya berada diatas jalan yang lurus” (Al-‘Araf: 39)

p/s: otak ni kan, bila banyak fikir sangat ada possibility tak nak jadi traffic congestion macam kat jalan raya?

Sunday, September 27, 2009

Carilah redha ALLAH

Semasa bersiar-siar dalam komputer saya..tetiba terjumpa satu article..
touching dan memberi pengajaran pada diri..

saya tak tahu dari mana datangnya article pendek tu. Mungkin suatu masa saya pernah ter'copy' 'paste' dari laman seseorang atau ada saya ambil dari sesiapa. Walau apa pun sebenarnya, saya sudi sangat berkongsi dalam 'blog' saya..agar teman-teman juga mendapat pengajarannya..juga dengan harapan 'si penulis' asal article pendek ini juga mendapat 'ganjaran' dari Allah Taala.InsyaAllah...

p/s:Jika penulis asal ada terbaca dan tak puas hati saya publish dalam blog saya, bagitahu ya, nanti saya delete..hee

*****
Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa

Carilah redha Tuhan, kita akan tenang

Janganlah cari redha manusia, kita akan kecewa

Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan

Adakalanya dia suka kepada kita, sukanya pura-pura

Suatu hari nanti akan nyata juga

Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang

Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang

Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia

Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa

Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan

Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan

Yang penting kita buat itu Tuhan suka

Yang penting usaha kita itu Tuhan redha

Dengan manusia tak usah ambil kira

Manusia hendak puji atau manusia hendak caci

Itu soal dia

Yang penting apa kata Tuhan

Keredhaan Tuhan itu penting

Redha-Nya adalah balasan

Balasan-Nya adalah berkekalan
Carilah keredhaan Tuhan, hati senang

Berlalunya Ramadhan Kareem dan hari kemenangan 1430H


Begitulah sejarah lakaran hidup ini…masa akan terus berlalu…

“Demi masa..sesungguh manusia itu berada dalam kerugian…Kecuali orang-orang yang beriman dan yang melakukan amal soleh…juga yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran…”

(Kalam cinta dari Allah, Al-Asr:QS103:1-3)

Jika diamati makna surah ini..sebenarnya sudah cukup menterjemahkan pada kita bahawa hidup ini adalah sebuah perjuangan dan ia juga adalah sebuah pilihan…

******
Akhirnya, madrasah Ramadhan berlalu juga dengan membawa sejuta kenangan tarbiah dan pelajaran buat semua makhluk yang Allah cintai. Tidak ada satu makhluk pun, yang tertinggal dari mendapat suntikan rahmat dan kasih sayang dari Allah..apatah lagi di bulan Barakah itu. Pastinya…ku mengharapkan agar Allah menemukan lagi dengan Ramadhan yang seterusnya…Moga Ramadhan kali ini mampu mendidik diri menjadi hamba yang bertaqwa..

Taqabballahuminna waminkum…

Menjadi sunnatullah..selepas Ramadhan, Hari kemenangan dijanjikan buat seluruh umat Muhammad..1 syawal..menjelang. Alhamdulillah..suasananya penuh dengan kebahagiaan..Dari kanak-kanak sehinggalah yang sudah dewasa,semuanya gembira…Namun, sekali sekala pernah tak terfikir, dalam keghairahan kita menyambut Syawal..adakah sambutan kita selari dengan sunnah Rasulullah? Bukannya apa..Cuma, kita sebagai manusia yang lemah lagi hina ini..terkadang memang selalu lupa, malah selalu alpa..Ya..alpa dengan budaya kita yang kekadang salah mengikut pandangan agama..

Kita berada dalam rahmat di bulan kemenangan..Gagahkan diri kita untuk melakukan Puasa 6 dibulan Syawal..Moga-moga kita mendapat keredhaan dari Allah…

*******
Kenangan di Bulan Ramadhan dan menjelang hari kemenangan:
1. Awal Ramadhan semangat sekali kita melakukan ibadah (puasa, terawih, sahur,mengaji..etc)sehingga mahu solat terawih dimasjid..tiada tempat. Penuh! Umat islam menyambut Ramadhan..Subhanallah..

2. Masuk pertengahan puasa jemaah di masjid dan surau semakin kurang kuantitinya.Mana pergi semua orang??

3. Masuk 10 malam terakhir ramadhan..hanya tinggal beberapa barisan jemaah sahaja.emm..sudah hilang semangat untuk beribadah di Bulan Ramadhan..semangat untuk sambut syawal pula.

4. Baju raya dibeli berlebihan..(“Raya kan sebulan…mana cukup satu helai..”)

5. Hati riang gembira mahu menyambut syawal..lupa bahawa Ramadhan kan berlalu pergi sehingga kelebihan 10 Ramadhan terakhir dibiarkan berlalu tanpa munajat cinta pada Sang Khaliq.

6. 10 malam terakhir juga lebih syok dengar lagu raya dari alunan AL-Quraan.. “emm..sehari puasa pun dah dengar lagu raya..”.

7. Hari kemangan pula disambut dengan rancangan tv yang melalaikan.. (nyayian, movie..etc)..sehingga ada anak-anak tidak mahu ikut menziarahi saudara kerana takut habis Randangan tv..(mesti syaitan dan kroni-kroninya..dok gelak habis-habisan sebab anak adam tertipu..)..yang sepatutnya..hari kemenangan disambut dengan penuh kesyukuran dengan menyambung silaturrahim. Kerana hari kemenangan adalah hari berkasih sayang..mengenali sanak saudara yang sekian lama tidak diketemui..

8. Pun begitu..dalam keseronokan berhari raya…solat bagaimana? Diawal waktu? Bacaan Al-quraan bagaimana? Seperti ramadhan atau semakin menurun?..kita punyai jawapannya..

(Peliknya kita manusia ini, kenanangan ini juga pernah berlaku pada Ramadhan dan hari kemenangan lepas..namun, ia berulang kembali….Moga Allah menjauhkan diri dari menjadi orang yang hatinya buta untuk mengambil pelajaran..)

“Ya..Allah..malunya hambaMu ini padaMu..terlalu banyak kesalahan dan kelemahan..Namun, Engkau Ya Allah tak pernah jemu memberi kasih dan rahmatMu padaku..Seseungguhnya Ya Allah..HambaMu ini lemah..terlalu lemah.Hatta dalam meraih cintaMu sekalipun..Ampunnilah hambaMu ini..Pimpin dan didiklah hambaMu ini..tuntunlah hati ini sehinggalah ia melayakkan ku bertemu denganMu..Sehina manapun diri ini..cukuplah Ya Allah..sekiranya ku merasai nikmat cinta dan kasihMu setiap masa..cukuplah kemuliaan bagiku dengan menjadi hambaMu..”
“mencari redha Allah”

Saturday, September 26, 2009

Kenapa pilih nurse?



Tersenyum saya sendirian..Panjang kisahnya apabila orang menanyakan saya kenapa pilih nurse..Mungkin juga senyum tadi menyimpan seribu rasa yang saya pendam selama ini..Walau apa pun, insyaAllah saya akan menjadi seorang nurse…hanya beberapa waktu sahaja lagi...InsyaAllah..

*********
Seorang ibu berkata: “ belajar rajin-rajin ya anakku, besar nanti jadi doctor ya..nanti boleh tolong orang sakit..banyak pahalanya..”
(Hakikatnya, jururawat ni seolah tiada nilai di mata masyarakat….jarang sekali ada insane yang menanam cita-cita mahu menjadi jururawat…siapa bangga anak dia jadi seorang nurse?sila angkat tangan!!..hehe)

**********
Seorang pelajar berkata: “course nursing kat uia ni..course yang last choice, sebab pointer rendah..terpaksa masuk nursing..huhu”
(emm..whatever la korang nak cakap ape pun...rezeki dan kebahagiaan semuanya di tangan Tuhan. Sometimes, the top is not always the best..Allah knows best for His servant. Setuju tak???hehe)
**********
Seorang abang berkata kepada adiknya: “abang tak suka nurse,kadang-kadang sakit mata..abang tengok, baju ketat..dah la tu..sombong, garang..adik jangan jadi nurse ya…cari kerja lain yang lebih mulia, cikgu ke, doctor ke..bla..bla..”
(agaknya kerjaya sebagai seorang nurse ni..hina sangat ya?..Tapi, tidak apalah..jika kewujudan seorang nurse disisi seorang pesakit dianggap menjijikkan..agaknya, siapalah yang akan menolong dan membantu doctor atau jika seorang cikgu masuk ward, siapa agaknya yang akan menolong cikgu tersebut menyuap makanan tatkala cikgu tersebut lumpuh tidak dapat bergerak ditambah pula tiada suadara mara yang menjaganya…?)

**********
Seorang sahabat berkata: “ kalau kau tanya aku, aku tak berapa suka kerja sebagai seorang nurse..entah la..macam tak best! Baju nurse ni seksi..pastu, tak glmour. Kau jangan terasa dengan aku, aku memang tak suka kerja yang melibatkan baju seragam ni..hehe”
(Tapi, ramai pula yang pilih nak jadi pramugari..baju seragam juga..kenapa ya??saya buat-buat tak paham..hehe)
**********
Seorang ilmuan berkata: “ kalau berpandukan sejarah pun, kerjaya sebagai seorang jururawat ni memang hina sedikit. Kalau tak silap saya, dulu..kerjaya seorang nurse bermula di kem-kem askar..bukan sahaja kerja jururawat merawat orang sakit,tapi jururawat juga melayan askar-askar tersebut dengan service lain…sebab tu la…dulu, jururawat ni rendah kasta mereka…”
(Emm..what ever, maybe..ni tanggungjawab nurse sekarang…islamization kerja seorang nurse..setuju tak??)
***********
Seorang makcik berkata: “kerja nurse ni kotor..basuh tahi orang…”
(Jika, membasuh tahi orang dianggap kerja kotor..agaknya, seorang ibu yang membasuh tahi anaknya atau seorang anak yang membasuh tahi ibunya..dianggap kerja hina juga ya?)

**********
Seorang ahli kampong berkata: “belajar tinggi-tinggi jadi nurse je….” (kata makcik tu, dengan mempamerkan memek muka disgust..)
(Makcik, tujuan belajar sebenarnya apa ya?? Nak dapatkan ilmu lalu memperkenalkan kita pada Sang Pencipta, atau belajar tinggi-tinggi..dapatkan sijil banyak-banyak lalu makan rasuah..mana satu makcik nak??)
**********
Kata seorang doctor: “ awak tu nurse je.. jangan nak mengajar saya pulak!!
(Bukan semua doktor berlagak macam tu..Ada je doctor yang macam resmi padi.. semakin banyak ilmunya, semakin tawadhu’..tak berlagak.. Siapa nak jadi doctor macam tu, angkat tangan!!!hehe)
*********
Seorang lecturer berkata: “ apa saya nak ajar awak semua ya..? saya rasa awak semua tak perlu tahu yang ni..korang semua nurse je..”
(Tak kisah la..kita orang ni nurse ke, mak cik cleaner ke, blogger ke…yang penting ikhlaskan niat mengajar…InsyaAllah, semua dapat pahala..tak akan ada yang sakit hati..heh3)
*********
Seorang pelajar nurse uia berkata : “ Awak tahu..besar cabarannya kerjaya nurse ni.. orang lelaki baik-baik takkan nak ambik isteri yang bergelar nurse.. sebab mereka tak sanggup tengok isteri diaorang tayang tubuh kat orang lain…so, tak ada harapan la...nak kahwin dengan orang yang baik-baik..huk3”
(Jodoh semuanya ditangan Allah.. Jika Allah kata: “Kun Fayakun…”..Maka jadilah mengikut kehendak Allah….Jangan takut,banyak perkara yang tidak diduga berlaku apabila Allah campur tangan..semuanya tidak mustahil dengan kuasa Allah..hehe3)

*********
Kisah-kisah yang saya tulis ini hanyalah sebahagian dari pandangan masyarkat terhadap nilai kerjaya sebagai seorang jururawat. Tak ada pun satu kan??..yang membakar semangat saya untuk pilih kerjaya ni..Tetapi, yang peliknya saya masih memilih kerjaya ini.
Kenapa ya??

Ya, saya pun tidak tahu kenapa…hehe

Apa yang saya harapkan bukanlah..masyarakat menjulang nilai sumbangan seorang nurse, tetapi, cukuplah menilai seorang nurse bukan pada keseluruhannya. Garang, sombong, berlagak..setahu saya, bukan hanya kerjaya seorang nurse sahaja yang memilikinya. Malah kerjaya lain juga. Tetapi, mungkin seorang nurse ini sinonim dengan senyuman, kelembuatan, kesabaran dan sifat-sifat mahmudah lain menyebabkan masyarakat mudah kecewa tatkala ada segelintir nurse yang tidak memiliki nilai itu, lalu menjadikan pepatah melayu yang berbunyi “kerana nila setitik rosak susu sebelanga..”menjadi kenyataan.

Mengenai “seksi”..pada pandangan saya…jauh dilubuk hati seorang nurse, sebenarnya mereka terperangkap antara paksa dan rela melakukannya. Seolah-olah mereka tidak punyai pilihan. Terpaksa memakai baju yang Nampak bentuk tubuh,walau sering kali berasa tidak selesa, bahkan mungkin ada yang tidak rela…manakala rela dengan separuh hati kerana atas alasan profesionalisme. Seandainya, policy di Malaysia berubah…semua nurse diwajibkan memakai pakaian yang longgar , potongan baju di bawah punggung dsb…maka, masih ada lagikah kemungkinan masalah “nurse seksi”?

Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap nilai seoarang nurse..saya tetap berpegang pada yang Satu..Siapa pun kita, di manapun kita..selagi kita masih berpegang pada tali Allah..teruskan lah menyemai benih..menanam cinta…dan teruskanlah berjuang…Kerana, benih yang disemai, insyaAllah kita akan tuainya nanti dikakhirat sana. Cinta yang ditanam dilubuk hati akan memberi kita kekuatan untuk memaknai kehidupan ini. Kerana kehidupan tanpa makna, tanpa cinta, ibarat tanah gersang tanpa air. Juga, jika mahu diKasihi Allah Sang Pencipta..kita perlu mengasihi dan menyanyangi.. dan kerjaya seorang nurse benar-benar mendidik diri menjadi seorang yang pengasih,penyanyang dan penyabar. Segala keiningan dan cita-cita akan terkubur tanpa sebuah perjuangan..Lalu, berjuanglah..sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Allah….Insya Allah..

“Mencari redha Allah..”


~ Menjadi Nurse OSEM~

Cubaan itu meninggikan darjat dan menghapus dosa







Di syurga terdapat beberapa darjat yang tidak dapat dicapai seorang hamba dengan amal perbuatannya, sebanyak apa pun amal perbuatannya. Allah taala menyiapkan istana-istana di syurga bagi hamba-hambaNya yang beriman. Istana tersebut tidak dapat diraih dengan amal perbuatan mereka dan mereka tidak dapat memperolehinya, kecuali dengan cobaan dan ujian. Untuk itu, Dia menyiapkan sejumlah perangkat yang menghantarkan mereka ke istana-istana itu.

Iman dan petunjuk juga bertingkat-tingkat. Dan seorang hamba tidak dapat sampai di tingkatan-tingkatan itu dengan amal perbuatannya dan tingkatan itu hanya mampu dicapai dengan cobaan dan ujian. Allah taala berkehendak mengangkat hambaNya kepadaNya, lalu Dia menakdirkan sejumlah ujian baginya, membantunya sabar dan tegar menghadapi ujian. Itu rahmat dariNya untuk hambaNya.

Jika orang musyrik Quraisy tidakmerampas Harta Syuhaib Ar-Rumi, apakah ia meraih tingkatan, “sungguh,bisnis Abu Yahya (suhaib ar-Rumi) itu beruntung” (Diriwayatkan Al-hakim)

Jika orang-orang Quraisy tidak meyiksa keluarga Yasir, apakah Yasir sekuarga mendapat kehormatan “Sabarlah keluarga Yassir, sesungguhnya tempat kalian adalah disyurga” (Diriwayatkan Al-Hakim, Ahmad, At-Thabrani, Abu Nu’aim)

Jika Anas bin Nadhr tidak dipotong-potong di perang Uhud, apakah ia memperoleh kehormatan, “Jika bersumpah dengan nama Allah, maka Dia membuat sempahan terwujud” Jika itu tidak terjadi, tentu wajahnya tidak berserk-seri dan keinginannya tidak terwu menghajud saat ia bersumpah, “demi Allah, jangan pecahkan gigi Ar –Rubaiyyi” (Diriwayatkan Al-Bukhari, Abu Daud, An-Nasai,Ibn Majah, Ahmad)

Jika Bilal tidak disiksa Ummayyah bin Khlaf dan para pengikutnya, dia tidak akan medapat tingkatan “bilal tokoh kami” (Diriwayatkan Al-Bukhari)

Jika umar bin khattab tidak bersabar atas pahitnya menegakkan kebenaran dan keadilan, ia tidak memperolehigelar khalifah kelima.

Bila sahabat-sahabat pelaku peristiwa Ar-Raji’ tidak sabar menghadapi cobaan dijalan Allah taala, mereka tidak akan tergolong dalam golongan dalam yang disebut oleh Allah taala dalam ayat ini “ da di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah” (Al-Baqarah:207)

Jika saad bin mudaz tidak sabar , tidak berkorban dijalan Allah, darahnya tidak tumpah di perang khandaq, dan keputusannya tidak adil untuk Bani Quraidhah, dia tidak akan meraih, “ Arasy Ar-rahman bergetar kerana kematian Saad bin Muadz” ( HR Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Andai Abdullah bin Haram tidak bekorban, atau berkontrobusi, atau bersabar di perang uhud dan perang-perang lainnya, ia tidak mendapatkan darjat firman Allah, “ Wahai hambaku mintalah kepadaku, nescaya akan ku beri” (HR Tarmizi, Ibnu Majah, Al-bahaiqi)

Bila Ahmad bin Hanbal tidak sabar menghadapi siksaan dan tegar atas kebenaran, dia tidak akan peroleh gelar sebagai imam ahlu sunnah.

Andai sayyid Qutb tidak sabar dan tegar, saat ujian dan kematiannya,maka perkataannya tidak dikenang,buku-bukunya tidak beredar luas, dan tidak punya penagruh dunia.

Jika Allah taala berkehendak memilih hamba-hambaNya menjadi syuhada’, dia menyiapkan musuh untuk membunuh mereka, agar darah mereka mengalir, dalam rangka mencari cinta dan keredhaanNya serta, serta agar mereka mengorbankan nyawa mereka di JalanNya.

Mati Syahid adalah peringkat tertinggi setelah peringkat para nabi dan orang-prang jujur. Syhuada’ didekatkan kepada Allah taala dalam keadaan Redha kepadaNya, dan Dia memilih mereka untukNya.

Kerana itu, Allah taala menyiapkan sejumlah perangkat untuk tujuan di atas. Dia menjadikan musuhNya dan tentu musuh kaum muslimin sebagai sarana kaum Mukminin mendapat gelaran syuhada’. Betapa mulianya peringkat ini!Jika Allah Taala berkehendak mengangkat para dai’,mujahidin, dan orang-orang ikhlas ke tingkatan ini, mereka harus dibunuh musuh.

Ada sekalian dosa yang tidak bias dihapus, kecuali dengan kebaikan-kebaikan besar dan cubaan-cubaan berat. Untuk itu, Allah taala mentakdirkan sejumlahcubaan bagi wali-waliNya, untuk menghapuskan dosa-dosa mereka, baik dosa besar dan dosa kecil hingga mereka bersih dari dosa, lalu mereka menghadap kepada Nya tanpa dosa sedikit pun,

Sungguh mulia kurnia ini dan nikmat darjat tinggi ini, Barangkali makna inilah yang di syairkan hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “ Cubaan tidak henti-hentinya menimpa orang mukmin dan mukminah di dirinya, anak dan hartanya, hingga ia bertemu Allah tanpa punya dosa,” ( HR Tarmizi).

(Petikan dari Taushiyah untuk aktivis Islam dari Dr Najih Ibrahim)

Wednesday, April 8, 2009

Bagaimana hakikat cinta?


Ana ingin berkongsi kisah...

Agaknya bagaimanakah sebenarnya erti cinta yang kita faham....

Sudah lama tsauban, seorang pembantu Rasulullah tidak melihat kelibat baginda. Dia begitu merindui Rasulullah. Tatkala melihat Rasulullah terus dia menangis lalu berkata “ Wahai Rasulullah, aku sungguh merindui mu”. Melihat keadaan tasuban yang menangis itu, Rasullah berkata. “hanyakah kerana itu kamu menangis wahai tsauban?” Tasuban menjawab “tidak Wahai rasulullah, aku memikirkan bahawa tempat kau diakhirat nanti adalah tempat yang indah disyurga sedangkan aku belum tentu tempatnya..” Lalu Rasullah majawab “wahai tsauban, sesungguhnya diakhirat nanti, seseorang itu akan dikumpulkan bersama dengan orang yang dicintainya…”

Subhanallah..begitu indah ayat-ayat pujukan rasullah itu. Menyentuh dan menusuk ke hulu hati bahawa seseorang itu akan dikumpulkan bersama dengan orang yang dicintainya. Itulah hakikat cinta yang diajar oleh Rasulullah.Kita bagaimana? Adakah sampai begitu hakikat cinta kita?Mahu bersama Rasulullah?..first,kenalah mencintainya dahulu…bagaimana??? Berimanlah padanya…


kita pula bagaimana??