Saturday, December 31, 2011

Welcoming 2012?

Selepas solat maghrib di Masjid UIA, entah kenapa hati mahu sahaja terus berada disitu..mencapai Al-Quraan dan mula membelek helaiannya.  kedegaran dari corong pembesar suara, seseorang sedang bercakap bahasa arab.. Tazkirah agaknya..meneruskan niat di hati mahu membaca Al-Quraan sementara menanti isya'. Namun, entah kenapa hati benar-benar tertarik mahu mendengar tazkirah itu.. cuba memahami setiap perkataan yang dilantunkan. walau tidak faham sepenuhnya, saya dapat menangkap sedikit sebanyak ia berkisar tentang "bersyukur"..

Ya, bersyukur kerana Allah menjadikan kita manusia, bersyukur kerana Allah memilih kita menjadi muslimin yang sujud padanya..bukan menjadi mereka-mereka yang sujud pada berhala, binatang-binatang, atau nafsu..syukur kerana kita dipilih untuk beriman kepadaNya..Ya, Allah..terkesan sekali pada hati..

Ya Allah betapa lemahnya manusia..saat Allah menguji dengan mengambil salah satu nikmat yang pernah Dia berikan kepada HambaNya sebagai tanda cintaNya ..Namun, sebenarnya, masih terlalu banyak lagi nikmat yang masih diberi,.. tetapi, kehilangan yang satu itulah yang ditangisi.. Ya Allah betapa lemahnya manusia menilai cinta dan kebesaranMu..ampunkan hamba-hambaMu kerana kefakiran dan kedangkalan kami..

2012 yang di nanti-nanti adalah saat, masa dan kesempatan yang diberiNya..tiada siapa tahu 2012 adalah tahun terakhir dalam hidupnya..atau mungkin antara lembaran-lembaran amal yang akan dipersembahkan nanti..semoga insan-insan yang memahami mampu memanfaatkan setiap kesempatan ini untuk bercucuk tanam dengan amal yang bisa di tuai di akhirat nanti..

Semoga mendatangnya esok hari..ia menjadi hari-hari yang lebih baik dari kehidupan kita yang semalam..yang bisa  menjadikan kita antara hamba-hambaNya bersyukur..



"Sebenarnya tidak perlu percikan bunga api, konsert , kiraan detik menjelang 12 malam hanya sekadar membazirkan masa dan wang ringgit. adalah lebih molek dan elok sekiranya kita muhasabah diri sepanjang tahun 2011 yang lalu apakah yang telah kita lakukan...adakah kita telah adil membahagikan peruntukan masa yang dipinjam oleh Allah swt selama 365 hari itu dipenuhi dengan amalan yang menjamin kita di akhirat kelak. Cuba renung-renungkan....Semoga 2012 mampu menjadikan kita hamba Allah yang mensyukuri nikmat yang dianugerahkan...." (Cikgu Munasir, 2012)

Friday, December 23, 2011

Nukilan anak jalanan

Kembara impian anak jalanan

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Lampu neon di gedung indah
Hanya memikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana
Berdendang dengan jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
mentari tempat ku belajar erti hidup
ku tinggalkan kampung halaman
ku tinggalkan semua yang ku sayang
demi masa depan yang cemerlang
semoga aku diberi pedoman

Dedangan: M. Nasir


Tuesday, December 20, 2011

Dengan rahmatNYa..

Ya, dengan rahmatNya yang tidak pernah kering...ku masih bisa lagi merasainya hingga kini..terasa benar kekerdilan diri yang tidak punyai apa-apa..yang miskin segala-gala..tanpaNya siapalah aku…kerana dengannamaNya aku masih lagi hidup hingga kini..

“ dan apa-apa nikmat yang ada pada dirimu adalah semuanya dari Allah..”

Dia hanya pinjamkan nikmat itu kepada hamba-hambaNya..agar…”…liyab lu wakum ahsanu ‘amala.. supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” (67:2)

Satu demi satu Dia titipkan tarbiah buat diriku..dalam wajah duka..dalam wajah kesakitan dan kecewa ..juga dalam wajah gembira..namun, di setiap babak kehidupan itu sungguh ku merasakan kasih dan cintaNya menyelubungi setiap denyut nadi dan setiap hembusan nafasku..

Biarlah keadaan ku kini menjadi peringatan terbaik buat diriku..betapa siapalah diriku tanpaNya dan tanpa tarbiah Islam..

Ya Allah.. biarlah relung hati ini dipenuhi dengan cintaMu agar ku tidak lagi menagih cinta yang fana…yang membutakan segala..yang melalaikan segala..kerana dengan hanya cinta padaMu sahaja bisa menyelamatkan segala..di sini dan juga di sana

Saturday, December 17, 2011

BOIKOT BARANGAN ISRAEL: perlu ke?

Fatwa Oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
VERSI BAHASA MELAYU

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002

SOALAN : Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu "jentera peperangan" Yahudi?

JAWAPAN oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an, 49:10). Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: "Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya." [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).

Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan "Israel" adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka, "TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92).

'Ali ra. pernah berkata: "Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu". Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan "Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di "Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.

Allah berfirman: "Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: "Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu." Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara "Israel." Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: "Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu." [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

"Katakan 'bekerjalah,' sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan."

"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat Islam." Wallahu'alam.

(Sumber : Haluan Palestin)
http://boikotdemipalestin.blogspot.com/2010/06/fatwa-oleh-sheikh-yusuf-al-qaradawi.html

Friday, December 2, 2011

Di sebalik peristiwa HIJRAH

Alhamdulillah..masih lagi dipelihara dan dipanjangkan umur oleh Allah untuk hidup hingga saat ini. Ya, menginjak tahun 1433H. SALAM MA’AL HIJRAH.



Pastinya, tidak ramai yang menyedari akan tahun baru islam sekiranya tiada curi am diberikan..( ye ke?) Kerana, kehidupan kita banyak berorientasikan calendar barat. Tahun Matahari. Apa pun, tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan buat kita sekiranya kita seorang muslim yang peka dengan hal ehwal agamanya. Kerana, awal muharam sangat berkait rapat dengan peristiwa hijrah. Tentunya peristiwa hijrah adalah peristiwa yang sangat bermakna bagi umat islam..sewaktu kecil dahulu..selalu didengangkan dengan lagu ini..( betapa berkesannya pendidikan masa kecil..samapai sekarang saya masih ingat lagi…liriknya macam ni…)

Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindah nabi dan umat islam
Dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorban
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua……..
…. Alamak lupa pula liriknya..(sape ingat, tolong sambung..(^^,))

Tapi sebenarnya, bait lirik ini sangat member kesan pada saya. Dulu, mungkin saya tidak tahu apa itu peristiwa hijrah. Tetapi, dengan berlalunya masa, saya fahami bahawa setiap umat islam harus tahu dan faham ibrah disebalik peristiwa hijrah. Ia bukan sekadar perindahan rasul dan sahabat dari kota mekah ke kota madinah..tetapi, ia adalah permulaan bermulanya berkembangnya ISLAM tercinta. Jika bukan kerana bertahannya para sahabat dan Rasulullah terhadap siksaan para kafir quriasy dalam menegakkan kebenaran..mungkin pada hari ini tidak mungkin kita mengenali islam. jika bukan kerana makna ukhuwah yang di ajarkan oleh Rasulullah adalah berteraskan iman dan akidah bukan pertalian darah dan keturunan. Tidak mungkin pula ia di manisfestasikan oleh kaum muhajirin dan ansar yang suatu ketika dahulu tidak pernah bersua apatah lagi mengenali. Mana mungkin saad bin rabi’ menawarkan salah satu isterinya dan juga kebunnya kepada abdul rahman bin auf jika bukan kerana tingginya iman di dada. Mana mungkin setiap kaum ansar berlumba-berlumba mahu menerima tetamu sehingga perlu di undi jika bukan kerana tarbiah yang di ajar oleh Rasulullah. Juga kerana berjayanya mus’ab bin umair menyebarkan islam ke seluruh pelusuk madinah. Begitu juga penurunan wahyu..significantnya peristiwa hijrah ini di mana ayat-ayat Al-Quraan terbahagi kepada ayat makkiyah dan ayat madaniyah dan ayat makkiyah di nisbatkan kepada ayat yang turun sebelum hijrah manakala ayat madaniah diturunkan selepas hijrah..

Sebenarnya masih banyak lagi ibrah yang perlu digali hasil dari peristiwa hijrah ini. Kerana manfaatnya kepada kita umat islam hari ini adalah amat besar.jika bukan pengajaran dari Rasul dan para sahabat salafusalleh yang kita mahu jadikan teladan kepada siapa lagi? Takkan nak jadikan teladan dari ben 10? Ke doremon atau nobita?- tidak sekali bukan? Jadi berhentilah mengagungkan tokoh-tokoh barat, apatah lagi artis yang tidak bermoral.. yang tidak tahu hala tuju kehidupan itu..mari kita buka kembali kamus baru kehidupan kita dengan kembali mengenali agama yang kita inuti ini..that is ISLAM. (^^,)

SELAMAT TAHUN BARU
SALAM MAA’L HIJRAH 1433H

sama-sama kita berhijrah (bukan dari kota mekah ke kota madinah),tetapi, hijrah yang sebenarnya..dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lupa dan lalai kepada yang sentiasa ingat, dari banyaknya kelemahan kepada pembaikan, dari sedikitnya amal dan pemahaman kepada islam kepada banyaknya amal dan memahami islam secara menyeluruh..dan lain-lain hijrah. Dalam erti kata lain, sama-samalah kita berazam dengan azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..semoga Allah permudahkan dan kuatkan semangat kita..insyaAllah!

“May Allah bless us for today and hereafter..(^^,)”