Wednesday, February 16, 2011

Kisah ini Menarik mungkin

Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun masuk ke bilik no 5 bersama ayahnya..

“Adik umur berapa?”. Tanya nurse
“darjah 6” .Jawab adik tu.
“kenape datang sini, kita nak check ape?”
“nak check mata, nak g sekolah menengah..”. Bijak dia. Ayahnya tersenyum dekat nurse.
“Ok, kita check berat dan tinggi dulu..” lanjut nurse.
“Berat 110kg, tinggi 152cm”..Memang adik ni obese. Dia senyum pada saya yang memerhati tidak jauh darinya. Mungkin dia ingat saya Doktor kerana saya memakai white coat. Saya senyum kembali.
“Adik nak jadi ape besar nanti?” Tanya nurse lagi.

Dia memalingkan wajahnya pada ayahnya sambil senyum

“saya nak jadi Doktor..”Jawab dia. Nurse tu senyum tengok saya..perhatian saya tertumpu pada subject saya apabila seorang pesakit diabetes masuk bilik. Selesai urusan dengan subject saya. Kak nani (nurse tadi).. terus bercerita pada saya.. “ bagus budak tadi su, tinggi cita-citanya, nak jadi Doktor walau dia tak pandai membaca.. baca nombor dekat Ishihara Test pun tak tahu..tetapi kuat semangatnya..” cerita kak nani.

*************************
Walau apapun kondisi kita hari ini, jangan pernah berhenti berharap dan bercita-cita..kerana cita-cita itu akan memicu kita berbusaha dengan lebih gigih. Pastinya itu lebih baik daripada tidak pernah memiliki cita-cita..

“Mimpi semalam adalah kenyataan hari ini, mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok hari”

"Mencari redha Allah"

1 comment: