Monday, February 14, 2011

Process oriented vs Result oriented

Kerap kali bukan kita sering dikecewakan..seringkali apabila menerima dan mendapat sesuatu yang diluar harapan dan jangkaan yang diingini. Hati membukam sedih. Merasakan itulah titik segalanya..terkadang kecewa itu boleh membawa kesedihan yang berpanjangan, putus harapan untuk terus berusaha, bekerja dan  mengharap..
namun, tidak kurang juga kecewa itu hanya sementara bagi sebahagian orang..kerana ia bisa menjadi pemicu untuk terus bekerja dan beruasaha. Kecewa sekali bukan beerti penamat segala cerita, bukankah Allah ada bersama?

itulah, apabila berpegang kepada process oriented bukan result oriented. Apabila berusaha sudah sedaya mungkin..jawapan, hasil atau natijah terserah kepadaNya..kerna bukan kuasa kita menentukan segala. Yang penting kita sudah berusaha sedaya mampu "all out"..

Apapun dalam hidup ini, jika kita "result oriented", hati kita mudah dikecewakan. Ya, ia melibatkan  semua urusan hidup, pelajaran, tarbiah,kerjaya, malah perjalanan hidup itu sendiri..yang terbaik yang diajar oleh Nabi kesanyangan kita adalah "berbuat sebaik mungkin" "bersungguh-sungguh" "sepenuh hati". Allah juga ada mengajar kita  "wa kuli'malu fasayarallah 'amalakum.." (At-Taubah) "bekerjalah, pasti Allah akan melihat amalan kamu.."

Masalahnya adalah tinggal diri kita sendiri. Ya, masalah untuk mendidik diri untuk berbuat sebaik mungkin dengan penuh rasa "ikhlas" dan "ihsan" dalam apa jua kerja dan tanggungjawab kita..

Seandainya, kita berjaya mendidik diri itulah kepuasan yang sebenar walau apapun natijahnya.. =)
Semoga Allah sering mengilhamkan hati kita untuk berbuat sesuatu yang diredhaiNya..

"Mencari Redha Allah"

No comments:

Post a Comment