Kerana, cintakan dunia mampu mencabut iman dari dalam hati seseorang. Ia mampu membuatkan seseorang meninggalkan keyakinan yang dipegang. Siapa yang tidak tertarik pada dunia? Apa itu dunia?
Dunia..segala bentuk kesenangan dan keselesaan yang ada di alam ini. Cintakan kesenangan, pangkat, harta, nama, mahu bersantai-santai..tidak mahu bersusah payah dalam mengamalkan agama. Jika terasa susah sedikit, terus ditinggalkan. .justeru, hanya rahmat dari Allah semata yang mampu menyelamatkan hati manusia dari fitnah dunia..
Ya Allah,
Betapa dangkalnya hambaMu ini,
Betapa lemahnya diri ini,
Tidak mungkin ku terselamat dari segala fitnah dunia ini tanpa rahmat dan kasih sayangMu,
Bahkan tidak mungkin ku kecapi kemanisan dalam mentaatiMu tanpa tarbiah dariMu
Sungguh..jangan sesekali Engkau memalingkan wajahMu dari ku
Tetapkanlah memilih diriku menjadi antara hamba-hambaMu yang terpilih untuk menolong agamaMu
Kerana disitu..ku merasai ketenangan dalam kepayahan, kemanisan dalam kesusahan, keberkahan dalam kesempitan…sentiasalah pimpin hati ini..
Kerna Ku mencari redha Mu.
"Biarlah dunia itu hanya sekadar di dalam gengaman tangan bukan di dalam hati"
No comments:
Post a Comment