“Mooooonyeeeeeeeettttt!!! Mooooonyeeeeeet!!!” Suara pekikan semakin jelas. Macam seperti kenal suara itu. Owh classmate rupenyer.. Satu block riuh dengan serangan monyet. Memang ni sebenarnya perkara biasa, always…always kena serang. Tidak kira masa. Cuma, pada waktu malam kes ni belum terjadi, tetapi, usah bersenang hati kerana tetap ada probability akan diserang lagi..
Bilik kami pun pernah kena serang, siap ambil satu plastik “oat” roommate lagi (sampai sekarang pun roommate masih trauma)..hurm.. kami pun sebenarnya dah cuba banyak kali halau monyet tu..konon-konon buat-buat berani..tetapi, last-last kita juga yang lari tak cukup tanah (Siap campak penyapu kat tangan lagi..)..memang monyet ni tak takut orang..
If so, apa nak dikata..memang namanya monyet.. marah pun tak guna, sakit hati pun bukannya dia tahu atau monyet-monyet ni kesah pun perasaan kitaorang..hehe.. Paaaliing penting bagi monyet-monyet ni ialah dapat “makanan”. Tetapi, kalau setakat mabil makanan je, tak la kisah sangat (walau sebenarnya kesah…sebab tak sempat makan dan kena ambik!-tak de rezeki)..tapi, yang paling menguji iman ialah…monyet-monyet ni sepahkan tong-tong sampah. Habis semua sampah yang kami buang berterabur..seakan block kami ni adalah pusat pembuangan sampah pula. Paling kesian bila sampah-sampah ni kena baju yang kitaorang sidai di ampaian..huhu….rasanya, kalau jadi kat semua pembaca…apakah perasaan pada waktu itu? (gembira? Bahagia? Sedih? Segan?...bla…bla…)
So, macam yang dikata..dah namanya monyet..
Dan yang paling best, yang jadi pemakmur keadaan (khalifah fil ardh) adalah tak lain dan tak bukan melainkan “makcik cleaner” yang sangat setia itu..setiap pagi dengan tekun membersihkan lantai, kutip kembali sampah-sampah yang monyet-monyet selerakkan. Lepas itu, yang paling syoook sekali dia sentiasa senyum manis menggula. (Saya tabik toin-toin kat makcik)
Sebenarnya, rasa malu juga pada diri sendiri, tak de sensitivity pun nak bersihkan sampah-sampah tu (ye..la… yang prominentnya bila sampah halang jalan)..malu juga pada mak cik tu sebab dah tua-tua macam ni pun, hal-hal macam ni nak kena ajar dan bagitau…
Dalam hal ni, takkan tetiba nak salahkan kat si monyet pula.. ye la..memang monyet-monyet tu salah..tetapi, sebagai khalifah fil ardh..menjadi tanggungjawab semua yang bergelar manusia untuk memakmurkan bumi..bukankah Allah pernah berfirman : “ Sesungguhnya, kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (At tin:5)
Jadi apa nak dikata?
Katalah.. “astaghfirullahal’azim”
p/s: Sebenarnya, banyak je kerjaya yang tak glamour tetapi, memiliki nilai yang besar di sisi Allah, dengan syarat…. ikhlas. So, sesiapa pun kita… “it’s all about for Him..”
“Mencari Redha Allah..”
No comments:
Post a Comment