Thursday, October 7, 2010

Sms yang bermakna

Sewaktu membersihkan inbox sms yang begitu banyak…terlihat sms yang dihantar oleh salah seorang abang..ya, abang yang paling rapat dan paling mengerti diri ini…sejujurnya, dari dulu abang adalah antara insan yang cukup bermakna dalam hidup..dari adik kecil lagi, abang tidak pernah sunyi “memberi” kasih dan perhatian dari adik sehingga kini..tatkala adik ditinggal ma dan ayah sewaktu darjah dua..abanglah orang yang pertama memujuk adik..membawa adik ke hulu dan ke hilir yang semasa itu menangis tidak henti-henti apabila ma dan ayah masuk ke balai berlepas ..walaupun adik sedih dengan pemergian ma dan ayah..tetapi,
kesunyian itu terubat dengan pujukan dan layanan abang..

Dan sehingga hari ini..adik tahu abang sentiasa doakan adik..

Ya, sms yang abang hantar adik simpan sehingga hari ini, kerana bagi adik sms itu benar-benar bermakna dan terkesan di hati adik..jazakallah abang..

“Assalamualaikum. Pada adik yang tersayang, abang merintih sakit selama 2 tahun di Mesir tiada saudara yang ada selain hanya Allah dan Rasul. Katakanlah tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah disuratkan Allah bagi kami, Dialah penjaga urusan kami. Adik kuatkan semangat ..la takhaf wala tahzan innallaha maa’na. Ingatlah bersabar sesaat dalam kesakitan lebih baik dari ibadat setahun. Ingatlah nabi Ayub dan redhanya terhadap ujian Allah. Mengenai hal dunia semakin adik memikirkan semakin adik resah dan dalam keresahan inilah syaitan akan mencucuk jarumnya. Bukankah mengingati Allah itu menenangkan jiwa. Bila jiwa tenang, bukankah sudah bertambah iman. Pada Allah sebaik tempat mengadu dan padaNya lah kembali segala urusan….”

“Syukur ya Allah kerana Engkau menganugrahkan dia dalam kehidupanku…tetapkanlah ya Allah memberinya cintaMU..temukanlah kami disyurgaMu suatu masa nanti..ameen..”

No comments:

Post a Comment