Tuesday, October 5, 2010

"Kun Rabbaniyyun,wa la takun ramadhaniyyan"

 "Jadilah hamba-hamba yang Rabbani bukan hamba-hamba Ramadhani"

 Selamat hari raya..buat insan-insan yang telah berjaya berpuasa 6. Bergembiralah dengan janji Rasulullah dalam hadisnya..

Daripada Umar bin Thabil bin Al-Haris Al-Khazraj daripada Abi Ayyub Al-Ansari r.a menceritakan bahawa Rasulullah telah bersabda: "Sesiapa yang telah berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti pula dengan puasa (sunat) enam hari dibulan syawwal seolah-olah dia berpuasa selama setahun"...Subhanallah!! Bagi yang belum habis puasa..masih belum terlambat..cepat-cepatlah berpuasa.


Ramadhan dah hampir sebulan berlalu, syawal masih tinggal beberapa hari lagi..namun, bagaimana dengan tarbiah ramadhan pada diri kita? Adakah amal-amal yang pernah kita lakukan pada bulan Ramadhan itu masih kekal kita amalkan atau dengan berlalu Ramadhan maka berlalulah segalanya..bukankah sewaktu Ramadhan hati kita begitu lunak sekali melantunkan ayat-ayat Nya. Malam-malam dipenenuhi dengan sujud dan munajat pada-Nya. Dalam setiap doa, mudah sekali kita menangis dan mengharap pada Nya. tidak kurang, ukhuwah sesama rapat sekali. Makan setalam, senyum sentiasa. Malah ada yang sanggup mendahukan saudara dengan memberi air miliknya untuk saudaranya minum dahulu... sedekah, infaq..mudah sekali tangan menghulurkannya..masjid-masjid, surau-surau menjadi tempat kunjungan utama..Indah bukan?

Justeru, bagaimana dengan bulan ini? bulan syawal dan bulan-bulan akan datang? adakah dengan keluarnya kita dari kepompong Ramadahan, kita adalah antara rama-rama yang indah dan kuat untuk terbang? atau kembali menjadi ulat beluncas yang masih gagal untuk menjadi menjadi rama-rama dan mengulangi kisah-kisah yang sama...Wallahua'alam..

Wahai saudaraku yang tercinta, sesungguhnya di antara tanda-tanda diterimanya amal ibadah perbuatan seseorang adalah apabila Allah memberi pertolongan kepadamu untuk melakukan kebaikan yang lebih besar dan berlangsung terus menerus...

Semoga kita sentiasa menjadi antara hamba-hambaNya yang terpilih..ameen.

1 comment: