Lama sungguh tidak post sesuatu di sini.. (heehe..perasan sibuk ) . Jadi, saya ingin merakamkan satu nukilan perasaan yang pernah di persembahkan pada suatu malam kesenian Islam di Teluk kalung, Kemaman..
Semoga ia mampu memberi manfaat bagi hati-hati yang mahu mengerti dan "mereka" yang pernah "merasainya.."..=)
"Assalamualaikum buat saudaraku yang disayangi dan dicintai…ketika ini hanya perasaan dan hati yang mampu menghantarkan betapa gembiranya melihat antunna berada disini. Kerana, suatu masa dahulu…hati-hati ini pernah menempuhi saat sebagaimana antunna alami sekarang..sapaan cinta tarbiah pertama kali..
sungguh !! indah sungguh perasaan itu..
Kala itu, jiwa dan hati ini berperang meredam nafsu yang nan membuas akan nikmat dunia, membunuh kemahuan fana yang menggila, yang menjadikan hati-hati kami sakit dimamah penyakit hati lalu…ia merentap ketenangan, rasa kebahagiaan dihati.. yang mmebuatkan diri tersasar tidak tahu ke mana arah tuju, lupa tanggungjawab, lupa sbg khalifah , lupa sebagai hambaMU.…ya Allah…
tetapi, masih segar lagi rasa itu dihati…tatkala siramana salju pertama yang menyentuh nubari-nubari ini dengan santunan dari insan-insan yang tidak pernah jemu menebarkan cinta dan kasih MU…agar, hati-hati kami kembali mengenali Allah…pencipta kami..Kembali menunaikan janji cinta Kami padaMU..
ketika itu ya ALLAH…tiada lagi ungkapan kata-kata yang mampu menggambarkan betapa syukur padaMu ya Allah..kerana di antara makhlukMu..engkau telah memilih kami untuk berada di jalan Ini. Untuk menjadi junduMu..untuk sentiasa bergantung kepada mu..untuk berkasiuh kerana Mu…untuk berkorban hanya kerana mengharap pandangna Mu..untuk memberI kerana mengharap cintaMu…segala-galanya hanya untukMu…hanya untukMu ya..Allah..
Sungguh ya Allah..inilah nikmat yang terbesar yang Engkau anugerahkan kami…
Ya Allah..sesungguhnya jalan ini juga tidak pernah sunyi dari mehnahnya…kerap juga kami terasa penat,terasa lelah..terasa letih..terasa bosan ,Terasa jenuh, terasa payah..dan kerap kali juga airmata ini menghiasi sepanjang perjalanan ini…
Tetapi Ya Allah ..alangkah kecilnya itu jika dibandingkan nikmat SyurgaMu..kecilnya ia juga dibandingkan jajnji kasih dan cintaMu kepada kami..lemahnya iman kami Ya Allah untuk membuktikan cinta kami padaMU…
Ya..Saat ini..hati-hati ini berjanji..hati-hati ini mahu snetiada tsabat untuk berada dijalanMU..tetap teguh meneggengam nafas agama ini, tetap melangkah walau harus bertatih sekalipun, walau dalam merangkak sekalipun...kerana satu sahaja ya Allah..kerana benih cinta yang telah ditanam di nubari kami padaMu suatu ketika dahulu..sebelum kami berada di sini lagi..sebelum kami bergelar diri kami hari ini…
Lalu ya Allah, hati-hati ini memohon kepadaMu..
kuatkanlah tekad kami, bantulah kami, pimpin dan didiklah kami dengan cinta dan kasihMu yang tidak pernah kering…agar akhirnya ya ALLAH
Biarlah amal kami yang sedikit ini menghantar kami menjadi antara golongan yang mendapat naungan MU di akhirat nanti..ameen ya ALLAH..
No comments:
Post a Comment