Banyak kali sahabat-sahabat mengajak saya makan KFC. Namun, acap kali saya balas setiap ajakan itu dengan senyuman dan alas an “tak der duit..” Ada juga jawapan saya berikan kepada insan –insan tertentu dengan “ kan KFC boikot..” Dan dakwaan saya sering disangkal “ kan orang Malaysia dah beli syrikat KFC tu.. bukannya saratus persen dapat kat Isreal..”
Dakwaan KFC kepunyaan orang melayu muslim sering menjadi tiket “halal” kepada orang yang memahami akan kenapa perlu “boikot” untuk mengubah paradigma mereka untuk “boleh” membeli dan memakan KFC. Wallahu’alam..saya tidak pasti akan kesahihan “status” KFC..
Jika syarikat KFC itu benar-benar milik orang islam Malaysia sekalipun, adakah keuntungan itu tidak sedikit pun disalurkan kepada Israel?
Walau apapun, inilah pendapat saya..
Saat saya melihat daging ayam KFC or MC D, saya teringat dekat saudara-saudara di Palestin.. Sanggup saya memenuhi kerongkong saya dengan daging ayam yang best dan ranggup..sedangkan saudara saya di Palestin menangis kelaparan,kesakitan, bertahan mempertahankan aqidah islam (masjidil aqsa)..saya belum pasti..duit yang saya laburkan itu..adakah ia dijadikan modal membeli peluru untuk membunuh saudara saya..jika ya..alangkah hina dan zalimnya saya..kekenyangan saya digantikan dengan kematian saudara saya..wana’uzubillah..
Biar pun, ayam KFC itu benar-benar menggoda iman kerana kelazatannya..tetapi,saya benar-benar tidak sanggup. Saya lebih rela membeli ayam goreng di pasar malam jika tahap “mengidam” saya membuak-buak. Biarpun tidak sesedap ayam KFC..tetapi, cukuplah.
Saya sering memujuk diri saya..bersabarlah..pengorbanan yang saya perlu lakukan adalah terlalu kecil. Saya hanya perlu menahan untuk tidak makan KFC or MC D demi membantu saudara saya. Tambahan pula saya tidak akan mati kebuluran , tidak akan sakit dan tidak akan menderita sepanjang hidup hanya kerana tidak makan KFC or MC D. Masih banyak lagi makanan lain yang lebih baik dan halal yang dapat mengisi perut saya .
Dan itulah yang saya ajarkan kepada anak-anak buah saya yang masih kecil.. “nanti tak nak makan KFC dah..kesian dekat Palestin..”Kata mereka.. Biarpun mereka masih kecil, biarlah mereka belajar memahami bahawa mereka ada saudara di Palestin sana yang perlu mereka bantu dan doakan..
Justeru sahabat..Renung-renungkanlah..Sanggupkah kita gembira dan kenyang atas tangisan dan keperitan saudara kita?Apa yang perlu kita lakukan cuma..perlu korban sedikiiiiit sahaja kemahuan nafsu makan kita..
p/s: JOM BOIKOT !!!
P/S: Bagaimana kalau ada orang bagi kita makan KFC free?
No comments:
Post a Comment