Tuesday, June 29, 2010

Berlatih!! berlatih!!

Saya terkebil-kebil melihat Ebdorrahman Li yang berpusing-pusing dua tiga kali untuk mendapatkan barang dihadapannya. Sekali sekala dia menangis dan melihat kearah saya yang hanya memandangnya tanpa melakukan apa-apa. Saya tahu dia mengharapkan bantuan saya. Tidak cukup dengan itu, dia menangis sehingga termuncung-muncung mulutnya tetapi tangannya tidak pernah berhenti cuba mencapai balang berwarna merah dihadapannya.

Namun, saya tetap dengan pendirian saya..saya tidak akan menolongnya sehingga dia sendiri mencapai balang itu dengan tangannya..sebaliknya, beberapa minit kemudian naluri saya tidak tertahan apabila dia menangis sehingga air matanya mengalir..saya mengangkatnya. Mungkin dia penat kerana lama bertiarap.. tak pe, kejap lagi kita berlatih lagi ya… Yakin Boleh Ebdorrahman!!

Seorang Syeikh Tanthawi pernah berkata“Wahai anakku, manusia dalam hidup ini memerlukan riyadhah (latihan), sebagaimana fisikal itu harus dilatih, ruh itupun harus dilatih. Orang-orang yang biasa berlatih akan memiliki satu tingkat dari orang-orang yang tidak pernah berlatih”.

Sejujurnya begitulah. As a nurse wannabe,ia tidak akan mengubah apa-apa seandainya setiap skills yang dipelajari tidak dikuasai dengan baik..tentunya untuk menguasai dengan baik perlukan latihan dan pengalaman yang banyak.. Begitu juga sebagai seorang yang bergelar muslim, untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik, sebetulnya perlu kepada pelatihan..dan pelatihan itu terkadang menyakitkan. Sungguh tidak semua mampu mengatasi kesakitan itu dan kerana itulah tidak semua mampu memiliki kedudukan istimewa di sisi Dia..

Ebdorrahman Li sewaktu dia gembira sedang berlatih.

“Mampukah diriku mengharungi cabaran-cabaran tatkala sedang berlatih??”

No comments:

Post a Comment