http://www.youtube.com/watch?v=pZ_rxDROPi0
Bagaimana agaknya perasaan teman-teman dan sahabat-sahabat semua apabila mendengar isu kerajaan Malaysia telah meluluskan lesen judi kepada Syarikat berjaya berhad bagi menghalalkan judi sempena piala dunia nanti? adakah merasakan..
1) biasa-biasa je..biasalah tu Malaysia..malas la nak campur..tak lama lagi senyap la isu ini..
2) merasakan tidak puas hati..bercampur marah..tetapi, tidak dapat buat apa-apa..
3) rasa marah meluap-luap kepada kerajaan Malaysia..
4) rasa wajar sangat akan tindakan kerajaan Malaysia kerana ini adalah salah satu lagi cara untuk mengekalkan kemakmuran negara yang dibanggakan.
5) Rasa sangat tepat tindakan itu..kerana ia akan menambah pendapatan negara sekali gus akan beri peluang pendidikan dan perubatan yang lebih murah kepada rakyat..
6)Rasa harus bertanggungjawab untuk membantas dan menghalang usaha ini kerana ia ada kaitan dengan akidah umat islam dan penghinaan atas semua agama..
7) atau ada cadangan perasaan lain??hmmm....
mana satukah perasaan teman-teman dan sahabat-sahabat semua?
Sungguh, perasaan apa yang kita rasakan sebenarnya menggambarkan kondisi iman kita dan juga pegangan akidah kita.. Isu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..bukanlah isu kecil, bukan juga isu remeh..kerana itu melibatkan hukum Allah..
AWAS, jika jawapan perasaan anda adalah nombor 1,4 dan 5..anda harus muhasabah sedalam-dalamnya dalam diri anda..kerana sebenarnya..akidah anda berada dalam kondisi yang membahayakan yang mungkin membawa anda tergelincir dari landasan akidah...
Saya teringat sebuah hadis yang kefahamannya...
"Apabila dakwah tidak di laksanakan di muka bumi, maka Allah akan gantikan pemimpin bumi itu dengan pemimpin yang zalim..."
Wallahua'lam....
p/s: pemimpin kita macam mane??
Sungguh, telah berjaya menempah bala Allah!!
No comments:
Post a Comment