Monday, May 17, 2010

Akidah anak muda kita...

Kisah ini bukan kisah rekaan..tetapi mungkin dalam penyampaiannya ada olahan dan ilustrasi yang diubah agar gambaran cerita lebih jelas..moga ia mampu memberi ibrah kepada kita..InsyaAllah.

Ada seorang hamba Allah yang suka sangat berdakwah. Semangat seorang pemuda sentiasa berkobar dihatinya. Baginya, setiap ayat Allah mesti sampai ke telinga-telinga manusia.. (kalaulah semua pemuda bersemangat mcm dia..insyaAllah aman dunia ni…=)Dia mengambil usaha untuk berdakwah di LRT (Hee…sungguh berani pemuda ni…moga jadi qudwah semangat buat duat lain!!)

Setiap kelibat manusia yang mampu di sampaikan islam dia akan sampaikan..maka ,suatu masa dia terlihat kelibat anak muda melayu islam. Tetapi, yang menyedihkan dia bukan dalam pakaian anak muda islam yang sepatutnya, sebaliknya ( menurut pengolah cerita asal..anak muda ini pakai baju macam balut nangka sehingga menampakkan pusat..dan rambutnya berwarna dengan warna julur gemilang..heeee)..

Maka terserbutlah kisah, si hamba Allah ini mulalah menegur si anak muda ini.. “kamu ini islam melayu bukan?” (bukan susah nak cam anak melayu..kata pengolah cerita asal..kalau hidung mcm jambu air belah dua tu…itulah anak melayu..betul ke?)

Anak muda itu hanya menggangukkan kepala. Maka tanpa membuang masa si hamba Allah ni… “Sesungguhnya..Allah amat murka dgn..bla…bla…” (Dia memulakan ceramahnya di hadapan anak muda itu dengan penuh semangat.)

Belum lagi selesai dia ceramahnya..anak muda itu…..(heheee…apa agaknya yang anak muda itu lakukan?...)

“Pak cik, sekarang pak cik telefon Allah pak cik tanya kat Allah..pakcik duk kat syurga mana dan saya kat neraka mana??!!!”

TAMAT..

Astaghfirullahala’zim..agaknya apa ibrah/pengajaran dari cerita tadi?

Takut dan sedih melihat keadaan anak-anak muda yang sudah banyak jauh dari pengangan islam. Boleh pula dia cakap macam tu..”telefon Allah..”..Apa yang di gambarkan jelas sekali bahawa akidah anak-anak muda islam semakin rapuh.. Apabila akidah sudah rapuh, mudah lah islam tertanggal dari mereka..Wana’uzubillah..


Akidah yang dibaratkan seperti akar sepohon pokok..manakala pokok adalah Islam..Ketika akarnya mula RAPUH dan memburuk, maka pokok keseluruhannya perlahan-lahan akan sakit bahkan mungkin akan  membawa MATI..




Moga Allah selamatkan kita semua dari fitnah dunia ini..ameen.

Dengan itu, yuk!! Sampaikanlah walau satu ayat..!!



"Mencari redha Allah.."

1 comment:

  1. Salaamun alaikum w.b.t.. ih ih ih sampai begitu sekali jawapan anak muda moden tu yer, na'uzubillah. Kesiaaan

    Berat tugas kita semua, tetapi macam mana pun mesti dipikul. Kalau keadaan sebegini dibiarkan, memang lama2 akan semakin membusuk.

    Itulah jadinya jika kita pakai sistem yang bukan Islam. Semoga Hukum Islam akan kembali mekar di Bumi Allah ini, amiin

    Very nice post alhamdulillah :)

    ReplyDelete