Friday, April 2, 2010
Kebahagiaan hari ini : Hasil doa orang lain?
Pernah tak dalam suatu masa kita merasakan bahawa hari itu kita cukup tenang, cukup senang walau pada hakikatnya pada hari itu terlalu banyak kesulitan dan halangan yang harus kita lalui. Terkadang kita merasakan mudah melalui sesuatu dan sekiranya difikir dengan akal kita ini, mustahil kita melaluinya dengan mudah jika bukan kerana pertolongan Dia..dan itu semua pernah kita ‘merasa’ kan?
Itulah hakikatnya sunnatullah hidup ini..apa yang kita miliki sekarang bukannya atas sekadar usaha kita semata..bukan sekadar jerih payah kita, bukan sekadar tangis sendu kita..tetapi, mungkin kerana doa-doa orang-orang yang menyayangi kita..betapa mungkin ada insan-insan yang telah menadah tangan kepadaNya memohon kebaikan untuk kita dengan linangan air mata. Dengan penuh rasa cinta. Kerana,kebahagiaan kita adalah kebahagiaannya juga, tangis kita, juga kesedihan buat mereka. Kerana keikhlasan cinta mereka itulah doa-doa yang di lantun padaNya itu diperkanankan Allah.. dan kita hari merasai kebahagiaan kehidupan ini hasil dari doa-doa mereka..Alhamdullillah..
Rasulullah pernah bersabda, doa yang didoakan oleh saudaranya tanpa diketahui orang itu adalah doa yang mustajab yang akan diterima oleh Allah. Betapa dalam kehidupan ini,kita sangat-sangat memerlukan doa orang lain buat diri kita. Untuk itu, belajarlah untuk mendoakan orang lain walau pun kita tidak diminta untuk melakukannya..kerana mungkin, saat kita mengharapkan pertolongan dan kemudahan akan ada insan yang mendoakan untuk kita..sebagai mana Allah berfirman “hal jaza ul ihsan na illal ihsan” (tidaklah dibalas sesuatu kebaikan melainkan dengan kebaikan)…bukan kah juga kita pernah mendengar saat kita mendoakan buat saudara kita, para malaikat juga mengamin untuk kita..subhanallah..
“Ya Allah permudahkan hati ini..untuk mencintai saudaraku melebihi cintaku pada diriku sendiri..”
Semoga Allah permudahkan dan perlembutkan hati ini untuk melakukan kebaikan.
“mencari redha Allah”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mohon share ya =)
ReplyDelete