Entah kenapa hati terasa diri masih kurang bersyukur. Kan..selalu rasa diri masih kurang dari orang lain. Selalu saja bila drive kat highway, bila dipotong oleh keta yang besar-besar.. rasa sangat keta yang dipanddu tu kerdil. Huuu...bila kita potong keta besar, mesti ada keta besar potong kita balik..huuu.. rasa macam kita masih kurang dari orang lain..kan...
Tapi, sebenarnya kan.. perasaan tu tak bagus langsung..sebab ia adalah sign and symptoms yang menandakan yang kita tak bersyukur..tak berasa cukup dengan apa yang Allah bagi..
Sebab...
(Gambar: sumber google)
Sewaktu dalam hujan lebat, sewaktu tengah drive dari tanjung malim ke KL, terlihat sebuah motor aiskrim yang dipandu oleh orang melayu (gaya macam orang melayu..sebab muka macam orang melayu). Dalam hujan lebat.. tak berhenti pun untuk berteduh..tapi, terus bawa motor tersebut. Nampak basah kuyup... hati tersentuh, rasa seperti tidak bersyukur..
Sewaktu terperangkap dalam jam, duduk dalam kereta dengan perasaan tension..sebab kena tunggu..dan kaki sudah berasa lenguh sebab duk main class keta..diceriakan dengan lagu dari corong radio, dalam keselesaan aircond...terlihat penjaja di tepi jalan..terlihat pakcik yang bekerja menjahit kasut dikaki lima.. memandang ke kanan dan ke kiri.. di mana pelanggannya? Hati tersentuh lagi...rasa seperti tidak bersyukur..
Sewaktu akhir bulan..duit dalam dompet semakin berkurang..kadang-kadang menahan nafsu makan membuat acap kali perut berkeroncong dan menyanyi tanpa lagu.. rasa susahnya hidup ini... terlihat kisah saudaraku di Afrika..dihurung lalat, badan kurus kering tinggal tulang... agaknya berapa hari sudah tidak makan.. tersentuh lagi, rasa seperti tidak bersyukur..
Bahkan banyak lagi peristiwa yang ku lihat..ku rasakan yang diriku masih tidak bersyukur..Ya Allah, kerdilnya dan dangkalnya hatiku untuk menilai nikmatMu.. terasa sukarnya mendidik hati menjadi hamba yang bersyukur..teringat kepada Rasulullah..betapa bersyukurnya Baginda..bertahajjud sehingga bengkak kaki kerana menyatakan kesyukuran kepada Allah..dan diriku? Apa yang telah ku persembahkan sebagai saksi yang diriku bersyukur padaNya? Jangan seperti apa yang dinyatakan di dalam Al-Quraan, bahawa aka nada di akhirat nanti suatu kaum yang mendatangi Allah dan nyatakan bahawa mereka telah beramal dengan ikhlas dan banyak.. namun, disisi Allah..amal mereka seperti debu yang bertebangan.. (tak ingat la, ayat apa..)..wana’uzubillah...
Ya ALLAH, lembutkan lah dan rendahkanlah hati ini...
Thursday, March 29, 2012
Thursday, March 8, 2012
Bagaimana menyingkapi berbeza pendapat?
“saya rasa sambal belacan sedaaap sangat!”
“tak lah, budu lagi sedap..kajian pun ada membuktikan budu baik untuk pertumbuhahn otak!”
“kajian mana? Ke main ikut sedap mulut saja?”
“aku rasa cincalok lagi banyak khasiat dari budu dan belacan…”
“kenapa kau cakap macam tu? Jangan main sedap saja..aku dah lama makan budu..aku tahu khasiat budu..”
Urm..” kicap dengan sos cili pun sedap!” (pulak..)
Budu? Sambal belacan? Cincalok?..
SAMBAL BELACAN ( sumber: google)
BUDU (sumber: google)
CINCALOK, (Sumber: google)
Berbeza pendapat adalah perkara sunnatullah dalam kehidupan. Kerana perbezaan pendapat itu lahir dari perbezaan manusia itu sendiri. Manusia berbeza kerana Allah sememangnya menjadikan manusia berbeza. Berbeza keturunan, bangsa, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, latar belakang suasana dan sebagainya. Manusia akan memberikan pendapat berdasarkan apa yang mereka lalui dari sudut pandang kehidupan mereka. Namun, biarpun dibolehkan berbeza, islam ada kayu ukurnya. Boleh berbeza dalam hal-hal cabang dalam kehidupan tetapi tidak boleh berbeza dalam hal-hal yang sudah Qaht’ie ( perkara asas/usul- jika tidak tahu..boleh belajar lagi)
Apa yang ingin disingkap dalam berbeza pendapat adalah akhlak kita. Akhlak kita saat menerima pendapat orang lain. Terkadang, kerena berbeza pendapat, api perpecahan memicu permusuhan. Merasakan pendapat kita lebih baik dari orang lain, dan mesti diterima oleh orang lain..na’uzubillah. susah bukan ingin berakhlak dalam perbincangan. Berikut adalah antara akhalak dalam mensikapi perbedaan perdapat:
1) Ikhlaskan niat kerana Allah. Di awal perbincangan kita sudah sematkan dihati.. bahawa apa yang ingin kita cari hasil dari perbicangan ini adalah kebenaran. Kebenaran itu adalah hujungnya untuk mencari redha Allah. Dari mana datangnya kebenaran itu kita harus rendahkan hati untuk menerima. Walaupun kebenaran itu datangnya dari orang bawahan kita bahkan lawan kita.
2) Sentiasa istighfar sewaktu perbincangan bagi menjaga hati dari dipengaruhi kepentingan peribadi. Bimbang dan takut pendapat atau cadangan yang kita lontarkan adalah untuk kepentingan peribadi dan nafsu kita.
3) Setiap kali pendapat dan cadangan diberikan seharusnya diiringi dengan istighfar, kerana takut dan bimbang pendapat dan cadangan itu diiringi dengan riak dan ujub yang pastinya akan menghilangkan keberkatan perbicangan dan keputusan yang diambil.
4) Sentiasa mereasakan bahawa setiap insan yang berada dalam perbincangan itu berhak untuk mengeluarkan pendapat dan cadangan juga berhak untuk didengari. walaupun kadang-kadang kita merasakan “eei ..boleh ke dia ni?” (kes pandang rendah kat orang la ni..)
5) Maka seharusnya juga kita merasakan bahawa yang berada didalam perbincangan itu adalah manusia yang pastinya banyak sisi kelemahan dan kekurangannya. Jadi, terimalah segala kekurangan dan kesilapan itu dan usaha ke arah pembaikan..
6) Paling penting adalah berlapang dada saat perbincangan. Jangan cepat melatah dan bersangka buruk terhadap saudara kita. Fikirkan kata-kata yang diutarakan sedalam-dalamnya. Jangan terburu-buru dalam membuat kesimpulan dan penilaian.
7) Wa akhiron, sentiasalah berhubung hati itu dengan Allah.. kerana hanya Allah yang berhak dan mampu memberi hidayah dalam nubari kita, agar keputusan yang kita ambil tidak tersilap. Insyaallah..
p/s: kalau saya..mesti la saya suka budu..because i'm kelantanese.. (^_^), tapi sekarang saya sudah mula menyukai sambal belacan.. ada juga kadang-kadang makan cincalok..layan je semua..

Subscribe to:
Posts (Atom)