Tiada siapa yang sempurna didunia ini apabila ia bergelar manusia..di atas ketidak sempurnaan itu, perlunya kesungguhan untuk sentiasa berusaha menjadi insan yang diredhai Allah. Terutamanya dalam usaha membentuk dan mendidik diri memiliki akhlak islamiah.
Dalam dunia yang dipenuhi dengan kejahilian ini. seringkali kita kesamaran mencari apakah identiti keislaman sebenar. kita konfius akan jati diri islam. Tidak tahu yang mana satu "sibghah" (celupan) Allah dan mana satu kepunyaan thaghut. Lalu, wujudlah masalah krisis identiti dengan wujudnya individu yang tidak seimbang dunia dan akhirat.
Jawapan untuk itu, perlulah kembali kepada Al-Quraan dan sunnah. Rasulullah telah memberikan teladan yang terbaik, juga para sahabat hanya tinggal diri kita mahu mengambil pengajaran atau tidak
Usaha membersihkan diri sifat jahiliah bukanlah satu perkara yang mudah. benar-benar memerlukan keimanan dan kesungguhan. Sering ta'ajub apabila melihat kepada kisah-kisah para sahabat yang begitu mudah melakukan perubahan dalam diri apabila turunnya ayat-ayat perintah dari Allah. Seperti kisah arahan supaya memakai kerudung bagi perempuan. Tiada alasan bagi mereka mengatakan "tidak".. terus dipotong langsir-langsir lalu dijadikan tudung..justeru, bagiamana kita?adakah kerana dalam diri kita nilai ketaatan begitu rapuh? Sehingga, arahan dan larangan Allah kita tapis dahulu..sebelum benar-benar taat.
menjadi insan-insan yang asing dalam dunia hari ini besar cabarannya..Namun, Rasulullah menjanjikan "beruntunglah" mereka yang asing itu.. Justeru, biar susah bagaimana pun membersihkan diri dari jahiliah dalam diri..berusahalah!! Pintalah padaNya..Dia yang tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya..
Sahabat kesayangan Rasulullah pun merasakan diri masih dipenuhi kekurangan biarpun dia adalah insan yang dijamin masuk syurga.. Abu Bakar: "Kalau engkau tahu tentang diriku, nescaya engkau akan ludahiku.." Lalu kita bagaimana?
salam. kak, skang akak tengah prepare untuk exam besar ke?
ReplyDelete