Sunday, February 20, 2011

Cintakan dunia..

“ Aku takut jika dunia dibentangkan pada kalian” Kegusaran yang Rasulullah lantunkan kepada para sahabat cukup menggambarkan akan bahayanya dunia ini..

Kerana, cintakan dunia mampu mencabut iman dari dalam hati seseorang. Ia mampu membuatkan seseorang meninggalkan keyakinan yang dipegang. Siapa yang tidak tertarik pada dunia? Apa itu dunia?

Dunia..segala bentuk kesenangan dan keselesaan yang ada di alam ini. Cintakan kesenangan, pangkat, harta, nama, mahu bersantai-santai..tidak mahu bersusah payah dalam mengamalkan agama. Jika terasa susah sedikit, terus ditinggalkan. .justeru, hanya rahmat dari Allah semata yang mampu menyelamatkan hati manusia dari fitnah dunia..

Ya Allah,
Betapa dangkalnya hambaMu ini,
Betapa lemahnya diri ini,
Tidak mungkin ku terselamat dari segala fitnah dunia ini tanpa rahmat dan kasih sayangMu,
Bahkan tidak mungkin ku kecapi kemanisan dalam mentaatiMu tanpa tarbiah dariMu
Sungguh..jangan sesekali Engkau memalingkan wajahMu dari ku
Tetapkanlah memilih diriku menjadi antara hamba-hambaMu yang terpilih untuk menolong agamaMu
Kerana disitu..ku merasai ketenangan dalam kepayahan, kemanisan dalam kesusahan, keberkahan dalam kesempitan…sentiasalah pimpin hati ini..
Kerna Ku mencari redha Mu.

"Biarlah dunia itu hanya sekadar di dalam gengaman tangan bukan di dalam hati"

Wednesday, February 16, 2011

Kisah ini Menarik mungkin

Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun masuk ke bilik no 5 bersama ayahnya..

“Adik umur berapa?”. Tanya nurse
“darjah 6” .Jawab adik tu.
“kenape datang sini, kita nak check ape?”
“nak check mata, nak g sekolah menengah..”. Bijak dia. Ayahnya tersenyum dekat nurse.
“Ok, kita check berat dan tinggi dulu..” lanjut nurse.
“Berat 110kg, tinggi 152cm”..Memang adik ni obese. Dia senyum pada saya yang memerhati tidak jauh darinya. Mungkin dia ingat saya Doktor kerana saya memakai white coat. Saya senyum kembali.
“Adik nak jadi ape besar nanti?” Tanya nurse lagi.

Dia memalingkan wajahnya pada ayahnya sambil senyum

“saya nak jadi Doktor..”Jawab dia. Nurse tu senyum tengok saya..perhatian saya tertumpu pada subject saya apabila seorang pesakit diabetes masuk bilik. Selesai urusan dengan subject saya. Kak nani (nurse tadi).. terus bercerita pada saya.. “ bagus budak tadi su, tinggi cita-citanya, nak jadi Doktor walau dia tak pandai membaca.. baca nombor dekat Ishihara Test pun tak tahu..tetapi kuat semangatnya..” cerita kak nani.

*************************
Walau apapun kondisi kita hari ini, jangan pernah berhenti berharap dan bercita-cita..kerana cita-cita itu akan memicu kita berbusaha dengan lebih gigih. Pastinya itu lebih baik daripada tidak pernah memiliki cita-cita..

“Mimpi semalam adalah kenyataan hari ini, mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok hari”

"Mencari redha Allah"

Monday, February 14, 2011

Process oriented vs Result oriented

Kerap kali bukan kita sering dikecewakan..seringkali apabila menerima dan mendapat sesuatu yang diluar harapan dan jangkaan yang diingini. Hati membukam sedih. Merasakan itulah titik segalanya..terkadang kecewa itu boleh membawa kesedihan yang berpanjangan, putus harapan untuk terus berusaha, bekerja dan  mengharap..
namun, tidak kurang juga kecewa itu hanya sementara bagi sebahagian orang..kerana ia bisa menjadi pemicu untuk terus bekerja dan beruasaha. Kecewa sekali bukan beerti penamat segala cerita, bukankah Allah ada bersama?

itulah, apabila berpegang kepada process oriented bukan result oriented. Apabila berusaha sudah sedaya mungkin..jawapan, hasil atau natijah terserah kepadaNya..kerna bukan kuasa kita menentukan segala. Yang penting kita sudah berusaha sedaya mampu "all out"..

Apapun dalam hidup ini, jika kita "result oriented", hati kita mudah dikecewakan. Ya, ia melibatkan  semua urusan hidup, pelajaran, tarbiah,kerjaya, malah perjalanan hidup itu sendiri..yang terbaik yang diajar oleh Nabi kesanyangan kita adalah "berbuat sebaik mungkin" "bersungguh-sungguh" "sepenuh hati". Allah juga ada mengajar kita  "wa kuli'malu fasayarallah 'amalakum.." (At-Taubah) "bekerjalah, pasti Allah akan melihat amalan kamu.."

Masalahnya adalah tinggal diri kita sendiri. Ya, masalah untuk mendidik diri untuk berbuat sebaik mungkin dengan penuh rasa "ikhlas" dan "ihsan" dalam apa jua kerja dan tanggungjawab kita..

Seandainya, kita berjaya mendidik diri itulah kepuasan yang sebenar walau apapun natijahnya.. =)
Semoga Allah sering mengilhamkan hati kita untuk berbuat sesuatu yang diredhaiNya..

"Mencari Redha Allah"

Wednesday, February 9, 2011

Kembali

Alhamdulillah..

Agak lama juga tidak update bloq, (dah mula tak istiqamah ni)..(nak bagi alasan sibuk la tu...beribu lagi kalau nak bagi alasan..)

Ya, "sibuk" is not the good reason if you want to portray you are good, but, the exact reason why is because your time management is bad..hmm ada benarnya.. tetapi faktor lain juga harus di ambil kira.

Apa, pun moralnya dalam hidup..what happened in our life is not just depend on one reason there are many external factors, limitation, precipitating factors, aggrevating factors that would lead to such situation..

RESEARCH:
-2nd Experience conduct dekat klinik..sometimes challenging and happening..sometimes sedih (bila dapat sedikit subject)-apa pun saya akan cuba collect data semampu saya. InsyaAllah
-My advisor dah bagi warning awal-awal suruh siapkan everything include report before posting and final exam..Fuh! data pun tak keep in lagi Dr..entah la sempat ke tak..(peliknya, kenapa orang lain tak kena warning macam saya?)

CLINICAL POSTING
dulu ura-ura nak posting dekat HUKM selama 2 bulan..hati saya benar-benar berbunga sebab dapat jumpa dengan mereka yang sering saya rindui..tetapi, sekarang dengarnya dah berubah, 1 bulan dekat HUSM, 1 bulan dekat HUKM...pun gembira juga sebab dapat pulang ke "Home Town"...tapi, apa pun saya akan cuba gembira dengan semua keadaan kerna saya tahu DIA telah mengatur yang terbaik buat saya..


Esok , 10/2/11- primary healthcare porject, Buat dekat tadika..sedihnya kerna saya kena jadi speaker untuk healthy eating habits..(duk stress, macamne nak cakap dengan kanak-kanak ni..) adoi...


Semoga Allah permudahan.

"Mencari Redha Allah"