Thursday, September 2, 2010

Hanya keranaNya..

Hanya kerana Nya..

Benar, setiap kali mengalami dilema dan tidak tahu yang mana satu harus saya letakkan dahulu..saya bertanya hati saya, di mana letaknya "Dia".. dan disitu ada jawapannya.  Ya, walau seketika berat jawapan itu kerana ia bertentangan dengan nafsu diri, tetapi saya harus kena akui kerana itulah kata hati saya..

Ramadhan akan berlalu pergi.. saya sugguh sedih hakikatnya, kerana Ramadhan kali ini Allah menguji saya dengan begitu banyak kerja-kerja "sekolah". Assignment, exam, role play, presentation, seminar, malah hal-hal lain yang menuntut disiplin dan komitmen diri. Terkadang malam-malam di bulan Ramadhan di penuhi dengan kerja-kerja ini.. saya menangis sendiri, kerana sometimes ada tuntutan lain juga terlambat di laksana, malah mungkin ada yang teraniaya kerana tidak mendapat hak mereka dengan sewajarnya..segalanya kerana lemahnya saya..

Memang tidak wajar sekali saya mengeluh dan menyalahka kerja-kerja ini..kerana ia juga adalah tanggungjwab saya, amanah saya.. selayaknya saya harus meletakkan di mana saya saat semua itu menuntut saya tunaikan. Tetapi, ada satu keajaiban yang saya dapati dari dahulu sehingga sekarang..yang membuat saya yakin untuk terus bekerja.. ya, saya merasakan Dia sentiasa bersama saya..dalam kepayahan, saya merasakan kesenangan, dalam kepahitan, saya merasakan kemanisan dan dalam kesulitan Dia permudahkan.

Segalanya harus difahami...jauhnya perjalanan ini menuntut sejuta pengorbanan..
korban masa, harta, tenaga, hati, jiwa, perasaan bahkan jiwa raga seandainya itulah yang dituntut.. tetapi, pengorbanan itu..sejajar dengan iman...memang rasa sulit sekali mahu berkorban tatkala iman menurun. Tetapi,pengorbanan itu manis bagi orang yang mengharapkan karyanya terhasil dengan harga yang mahal...kerana, jika setiap insan yang bekerja berkata mereka telah berkorban, maka justeru pengorbanan mana yang akan dilihat oleh Nya? Semestinya karya pengorbanan yang paling mahal..

Saya..saya tidak tahu apakah pengorbanan saya pada "Nya"...Apa yang akan saya persembahkan padaNya diakhirat sana? Apa yang akan saya tuai nanti? akan adakah penyelamat saya tatkala saya di hisab di hadapaNya nanti?..bagaimana buku-buku amalan saya...? golongan manakah saya...kanan atau golongan kiri ?Lalu layakkah saya terus mengalah...??

Berada di bulan Ramadhan ini, lagi-lagi mendidik saya untuk menghargai setiap masa yang dianugerahkan..kerana masa itu akan di tanya di sana nanti..justeru itu saya takut sekali akan berlalunya Ramadhan ini, saya takut saya tidak berpeluang lagi untuk bersama dalam bulan yang setiap detik nafasnya adalah keberkatan dan cinta dariNya..

Pun begitu..selagi nafas masih ada..selayaknya terus saya bekerja..bekerja dan terus bekerja...dan  DIAlah yang akan melihat dan menilainya..

"Tidak ada yang akan kecewa tatkala memburu cintaNYA..percayalah!!"

No comments:

Post a Comment