Monday, August 9, 2010

Beza mereka dan kita..

Seringkali jalan itu digunakan seharian. Daripada pulang kelas, pergi kelas, masjid yang dalam permbinaan itu sering menjadi tatapan. (IIUM Mosque). Mulanya memang mengharap agar Ramadhan kali ini, diri berkesempatan untuk berbuka, ifthar dan mungkin i'tikaf di situ. Namun, seakan impian itu tidak kesampaian kerana pembinaan masih belum siap sepenuhnya.
(Harapnya sebelum grad next year..sempat la..insyaAllah..tu pun kalau umur masih panjang..hee)


Satu perkara yang menarik perhatian setiap kali melihat para pekerja bersungguh-sungguh menyiapkan masjid UIA kuantan. Kesungguhan mereka. waktu pagi, saya melalui jalan itu mereka sudah bersiap sedia bekerja. Petang juga begitu, tengahari juga ada, malah yang mengagumkan waktu malam pun mereka masih gigih membina bangunan masjid. Sungguh saya kagum dengan mereka. Dan rata-rata pekerja nya adalah saudara dari Indonesia..ya, mereka begitu sinonim dengan kegigihan mencari sesuap rezeki yang halal..


Saya teringat sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh pak Bowo suatu ketika dahulu semasa mengikuti sesi training TRUSTCO. Kisahnya..
Ada tiga orang buruh yang membina bangunan sekolah, satu dikenali sebagai si A, si B dan si C.
Apabila ditanya kenapa kamu begitu bersungguh-sungguh membina bangunan ini?
si A jawabitu sahajalah kerja yang mampu dia lakukan untuk mendapatkan rezeki yang halal
Si B pula menjawab: Ini adalah satu kerja yang membolehkan dia menyarakan keluarganya dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Manakala si C menjawabYa, ia adalah rezeki yang halal dan saya bangga menjadi salah satu yang membinanya. Kerana dengan terbinanya bangunan ini, seakan saya  adalah salah seorang membantu membina bangsa saya.

Subhanallah..betapa kekuatan minda dan emosi menjadikan seseorang itu hebat. Hebat bukan? Mungkin ada diantara mereka yang membina masjid UIA itu adalah mereka yang memiliki jawapan C.  Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud Rasulullah amat suka umatnya yang bekerja mendapatkan rezeki yang halal dengan hasil titik peluhnya. Lagi penat, lagi susah untuk mendapatkan sesuap nasi, lagi berkat..
Bayangkan ganjaran yang mereka terima dari Allah..dengan setiap kebaikan dan ibadat yang dilakukan di masjid itu..mereka juga mendapat sahamnya...semoga Allah memberkati mereka.

InsyaAllah Ramadhan Kareem kembali..
Ya Allah permudahkan lah hati-hati kami melakukan ketaatan kepadaMu..

No comments:

Post a Comment