Sunday, September 4, 2016

Tetap memeluk

Banyak hal dalam hidup kita yang akan berubah dengan berubahnya masa. 



Terkadang perubahan itu menghenyak iman di dada.
Terkadang perubahan itu mengundang bahagia di jiwa.
Terkadang perubahan itu membuat kita menjadi selain biasa.
Terkadang perubahan itu menyisih banyak hal yang telah menjadikan kita.

Namun, sebesar mana perubahan itu..

Jangan sesekali biarkan ia melenyapkan iman di dada
Jangan sesekali redha hilangnya amalan harian kita
Jangan sesekali melalaikan tarbiah jiwa
Jangan sesekali lupa bahawa  diri kita adalah hamba
Jangan sesekali membiarkan kita larut dalam nikmat yang tiada penghujung
Jangan sesekali lupa kita ada Allah..

Kerana..

Saat telah hilang segalanya. Baru kita sedar bahawa tidak mudah hidup ini untuk dibina kembali apa yang telah dibina dalam diri sebelum ini. Saat iman menurun menjunam jangan sesekali biarkan ia menjunam jauh ke dasar kerana untuk menariknya kembali butuh kekuatan yang tiada tara. Butuh kesungguhan dan kecekalan yang luar biasa. Saat ia hilang ia seperti kita hilang diri kita yang akan membuat kita kembali mencari makna yang telah dirasa suatu ketika.



Ya benar. Dunia ini amat mengasyikkan.
 yang sering membuatkan kita lupa.
Yang sering mmebuatkan kita alpa.
Yang sering membuatkan kita lalai dari sentiasa mengingatiNya.

Pun begitu. Setiasa ingatlah. Ia tidak kekal lama. Kita milikNya. Dia akan kembali mengambil kita, saat itu kita bertanya. Dalam keadaan apakah kita ingin menjadi tetamuNya? Rasa itu mungkin membuatkan kita tersentak. Bahaawa bahagia dan nnikmat di dunia ini hanyalah mainan belaka. Tidak kekal lama. Hanya menggunngu masa untuk kembali kepadaNya.

Justeru itu, ingatlah wahai diri. Saat diri telah memeluk erat tarbiah dalam dirimu tetaplah memeluknya sehingga matamu terpejam rapat kembali kepadaNya.




Biarpun sesibuk mana hidupmu.
Biarpun sedikit mana waktu yang kau miliki.
Biarpun apa pun keadaanmu sekalipun..

Jangan sesekali
Mohon jangan sesekali

Melalaikan mathsurat harianmu. Tilawah  harianmu. Solat solat sunat. Zikir-zikir yang dilazimi. Bacaan untuk hati dan akalmu, majlis ilmu , kerana setiap satunya menjadikan dirimu yang bermakna. Tanpa semua itu, sungguh kau tak akan pernah merasai makna dalam segenap kehidupanmu. Kerana selalu kita percaya bahawa mulianya kita kerana kita hambaNya. Justeru, senadainya tiada rasa, tiada tanda kita merasai kita adalah hamba bagaimana mampu  kita mengecap nikmat itu?



Cinta yang satu.
Suriana

2 zulhijjah 1437H@ 5. 45am.

Thursday, May 12, 2016

Siapakah nama puteriku?


Assalamualaikum...

Inilah wajah Hafsah pada hari pertama dilahirkan.
Di lahirkan  di daerah kelahiran mama.
Hospital Kuala Krai.
Di saksikan oleh abi dan dibantu oleh seorang juru bidan.

Rasanya cepat sungguh masa berlalu.

Bermula kisah tentang dia..

Alhamdulillah..rasanya tidak terucap kegembiraan bagi setiap ibu bapa yang dikurniakan anak pertama.
Saya juga begitu.
Saat pertama kali mengandungkan Hafsah.
Pengalaman yang cukup berharga.
Apatah lagi pengalaman melahirkan dan membesarkan Hafsah.
Saat ini seakan masih terasa lagi keadaan itu.
Membuatkan saya teringat ayat Allah " Nikmat manakah lagi yang engkau dustakan?"
Tiada cacat sedikit pun perancangan Allah ke atas apa yang berlaku.

Ya Hafsah adalah momentum seterusnya.
Saat sahabat sahabat yang lain masih berusaha mendapatkan cahaya mata, Allah amanahkan Hafsah buat kami. Alhamdulillah.

Buat teman-teman yang masih belum diberi kesempatan untuk menjadi ibu dan ayah.
Ku doakan semoga Allah perkuatkan iman dan kesabaran kalian.
Tidak mudah melaluinya.
Ya tidak mudah.
Tetapi, perancangan Allah mendahului segalanya.
Pasti kalian akan menerima berita gembira selepas ini.
kerana Allah sudah berjanji
"Setiapa kesulitan akan ada kesenangan"
InshaaAllah.
Allah akan kurniakan tepat masanya.
InshaaAllah.

dan bermulalah..
perjalanan kisah diri ku seorang mama...


pssssssssssssssssst: lama kan nak ambil masa nak tulis tentang Hafsah. sekarang Hafsah dah umur setahun 6 bulan dah. =)

Wednesday, May 4, 2016

My inspired lecturer

Rasa amat teringin menulis tentang dia..

Bagi saya awalnya, dia hanya seorang yang biasa sahaja. Seperti lecturer yang lain. Banyak rumors yang menyatakan dia seorang yang cerewet , banyak kerja diberi kepada students. Tidak kurang juga yang kata dia seorang yang baik hati dan mudah bergaul dengan murid.

Ya, kali ni .semester ni dua dua subjek yang saya ambik semua dengan dia. Wah memang la. Tapi, saya kosong sahaja fikiran saya. Malas letak stigma apa apa.

Mengejutkan. Saya terpikat dengan caranya. Betul. Dia sangat peramah. Seorang yang mudah dekat dengan semua jenis murid. Jelas Nampak tidak ada unsur pilih kasih. Dia baik dengan semua. Ya, memang banyak juga kerja yang diberi. Tapi saya rasa enjoy skit. Kurang stress dari dulu.

Perkara yang saya nak share utama di sini ialah bagaimana dia “appreciate” students. Ya. Banyak unsur menghargai yang dia gunakan dalam pembelajaran yang jarang lecturer lain sebut.

Selalu sahaja dia puji pelajarnya. Termasuk juga saya. Well, mula2 saya syok la..ya la biasanya susah dapat pujian dari assoc prof ni.. tetiba dia puji melambung. Tanpa ku sedari sebenarnya indirectly saya termotivasi untuk buat lagi dan lagi assign ment dia. Wah! Ajaib!

Dia suka guna perkataan. “ wow!” “good”. “ yes good suriana”. “ I impress with you” “ you did great job”…well siapa tak cair. Dah la dia suka bertanya khabar muridnya.
Mungkin sebab dia dah ada cucu kot..mak mak gitu.


Apapun, saya sangat impress dengan dia. The way dia inspire murid memang bagus. Jadi sesiapa yang jadi guru..kena banyakkan memuji murid dan bergaul dengan mereka. inshaaALLAH banyak positif effect nanti (ku cakap pada diriku sendiri ni…huhuhuhu)



Pssttttt: kena belajar bertabah dengan mereka semua…huhu

" Ramadan di hatiku" 1437H