Saturday, September 5, 2015

Hidup..

Hidup memang begitu.. selalu begitu.. ada masa saatnya hati cukup gembira dan ada masa saatnya hati merasakan remuk redam, sayu.. kerana itulah.. itu adalah hati.

Dalam hidup, semua orang mencari bahagia.. bahagia hidup di dunia dan akhirat. Tetapi, hakikatnya dalam hidup ini...segalanya adalah sementara. Perasaan yang hanya sementara. Segalanya adalah sementara. Kerana dunia ini tiada kekalnya..

Allah sentiasa bersama, walau apa pun keadaannya. Segala keadaan yang diberikan adalah untuk menguji imna di hati.

Apapun keadaannya..kembalilah kepada Allah. Dia lebih mengetahui segala. Bersabarlah wahai diri.. Dia lebih mengerti.

Wednesday, August 12, 2015

Rasa

Menarik nafas dalam-dalam kali ini. Rasa sesak dengan apa yang berlaku disekeliling sejak kebelakangan ini. Memaparkan kehidupan dunia sekarang. Lepas satu satu..bermacam kisah dan cerita.

Ngilu hempedu hati dengan berita anak darjah 5 lahirkan anak. Hari ini pula kes di China anak berusia 5 tahun ditetak 30 oleh ibu tiri.. dan esok apa lagi?

kes manusia hilang kemanusiaan ini memang tidak pernah surut. Malah makin bertambah. Kes dera. Kes bunuh. Kes minyak naik. Kes ribut yang meragut nyawa. Kes orang hilang. Kapal terbang hilang..dan seeterusnya apa lagi kisah yang Allah mahu kita lihat, dengar dan fikir...apa lagi?

Allahu.

Dan diri kita..siapa tahu kita dapat bertahan sampai bila? 
Mungkin kita juga akan menemui kiamat dalam masa terdekat?

membuat diri sentiasa muhasabah. sentiasa berfikir...apa lagi urusanku yang masih belum selesai..ada hutang apakah diriku?
bila mati kan menjemputku..?

semoga dalam husnul khatimah..

Allahu.
Hasbunallahu wanikmal wakeel...nikmal maula wanikmannasirr....


Allah.

Lama Sudah..

Rasanya dah bersawang sangat dah kat sini..
sungguh banyak sawang rasanya..
dah lama tak tulis apa-apa..

Semoga masa yang masih tersisa masih berkesempatan untuk berbuat
meninggalkan saham sebanyak banyaknya
..
Allahu

Thursday, April 2, 2015

Jadi pelajar sekarang..

Rasa pelik dengan diri sendiri
Hee
kalau dulu jadi students, bila lecturer tanya siapa lagi yang tidak hantar assignment..
hu mesti jadi gelabah
sebab tidak hantar
atau
paling cuak rasa takut

tapi
sekarang pelik
sekarang bila tidak hantar rasa
selamba jer..

bukan tak malu.
memang malu
apatahlagi bila bilangan student dalam kelas tak sampai 15 pun.
lecturer boleh tahu.
Tapi, apakan daya
sebenarnya..
nak cari masa buat tu
Allah
mencabarnya
serius..
pagi petang kerja
petang pergi kelas sampai malam
balik uruskan rumah 
uruskan anak
kadang anak nangis malam
hujung minggu pun kadang kerja
kadang ada program wajibat
huh.
mana masa nak study..
bit stress
tapi, apakan daya
sabau je lah
urus lagi supaya sempat.

huuhuhu.
u never know ur potential until u try it..
bagi semangat pada diri skit..
hehehhe

Tidak sama..

Memang sedikit pun kehidupan kita tidak sama seperti kehidupan orang lain
walau orang lain itu adalah orang yang paling iras or paling rapat dengan kita.

Tidak.

Kerana.. hati kita lain. Jiwa kita lain. Mereka lain.

Pengalaman.
Jangan sesekali sandarkan pada perasaan "memahami" kepada manusia. kerana mereka tidak akan faham sepenuhnya. Tidak akan.

sebab.

Mereka tidak dapat menembusi apa yang kita rasa. Apa yang kita maksudkan.
Hanya Allah.

Hanya Dia yang faham segala.

Hidup ini hanya sementara.
Entah bila akan dijemput kembali padaNya.

biarlah segala apa yang tidak enak. Tidak gembira itu.
Kerana ia seketika.

Sabar itu lebih baik.
Kerana janji sabar Allah bersama.
Tidak mahukah kita Allah bersama?

Allah.
Kurniakan ku Sabar tanpa penghujung..
Amiiin..

Tuesday, March 31, 2015

Confident...yakin skit..

Saya suka tengok orang confident.
ya, orang yang yakin nak buat or kata sesuatu. Tanpa ragu-ragu dia akan buat.
Ramai saya perhati orang yang yakin ni mereka ada satu kelebihan.
apa dia?

Dia selalu positif.

kadang, mereka ni tidak lah tahu semua. Tetapi, diaorang positif.

saya suka tengok lecturer saya. Confident dia dengan ilmu yang dia ada. Selalu "izzah" dengan ilmu dia. Dia cukup marah kalau ada orang yang cakap sesuatu tentang ilmu yang dia "master" tapi tidak cukup pengetahuan. konklusinya,  dia tidak suka orang yang pura-pura tahu.

Saya suka tengok dia confident sentiasa.

Saya pun kekedang mengalami masalah untuk yakin. Ya, ada beberapa sebab;
Mungkin antaranya sebab tidak yakin adalah sebab kurang ilmu atau penegtahauan tentang benda tersebut. Menyebabkan jadi teragak-agak.
Salah satu sebab lain, mungkin kerana kurang positif dan kurang fikir" yakin boleh!"
Atau dalam erti kata lain..kureng berani..hoho

Jadilah..orang yang tidak confident..huhu

Apa yang saya belajar dari orang-orang yang confident disekeliling saya..
"u are what u think!"

Kadang..kita confident bukan sebab nak show off/menunjuk dekat orang..tetapi menegakkan apa yang kita faham dan apa yang kita tahu.

Jadi, niat kena jelas. sebab takut jika salah niat..jadi pula orang yang sombong. Sebab orang yang sombong adalah orang yang "over" confident..dia rasa dia bagus segala..


moral: "Sentiaslah berusaha untuk menjadi lebih baik"  dan " be positive" (^_^)



Tuesday, March 24, 2015

Memang masa

Sebenarnya..
terasa sangat masa sangat pantas berlalu..
sangat-sangat
kalau ditanya..apa yang dirasai dan apa yang dilakukan umur sehingga kini
tentu rasanya seperti tiada apa
dari kecil, besar, bujang, berkahwin, beranak..
sungguh rasa sekejap saja masa berlalu..

agaknya..jika ditanya, sudahkah bersedia jika Allah panggil kembali padaNya?
Allahu..logiknya jika kasih rindukan kekasih.. 
pasti rasanya tidak sabar..
tidak sabar mahu jumpa Allah
sebab merasakan Allah itu cukup Maha Penyanyang..Dia telah berikan  segalanya buat kita
Rasa kasih Allah lewat makhlukNya disekeliling kita..
tentunya amat tidak sabar..

tetapi..
apabila melihat ke dalam diri..
jika mahu berjumpa kekasih..bagaimana keadaan diri?
apakah yang sudah dipersiapkan?

mahu jumpa kekasih dalam keadaan diri masih banyak karat-karat dosa?
yang masih banyak urusan di dunia yang masih belum ditunaikan?
yang masih banyak kesilapan dan kesalahan?
yang masih belum cukup bekalnya?

...
rasanya masih belum sedia
sebab perjalanan kehidupan di sana amat lagi jauh..
Allah takutnya..

apalah..bekal yang ingin ku persiapkan..
sebab dunia ni banyak sangat menipu..
selalu tertarik pada dunia..
duit tidak pernah cukup
itu ini mahu..
lepas satu, satu, satu..

Allahu..
mana bahagian akhirat di hati ini?

sekarang..
ada anak..
lihat dia..lama-lama saat dia tidur sering buat mata berkaca..
rasa yang sukar diluah..
sayang..cinta..kasih..
segalanya

tetapi
Allah..biarlah dia menjadi saham terbaik buatku untuk berjumpaMu
biarkan dia menjadi penyejuk mataku dunia dan akhirat..

Allah..

sukarnya mahu didik hati dan diri..
biarlah dunia ini hanya dalam gengamanku bukan di hatiku..


ku rindukan Mu ya Allah
saat berdua-dua 
...




Friday, January 16, 2015

Mitos "macam" jadi kenyataan..

Baby Hafsah mama dah masuk dua bulan..Alhamdulillah 'ala kulli hal. Suka tengok hafsah dah pandai senyum bila "agah" dia.

Mama pun masih dalam fasa "adapt" lagi. Nampak hafsah sedikit fragile..kadang-kadang tak tahu nak pujuk hafsah macamne.

dan mama kadang-kadang jadi sedikit tak keruan..iye.nak uruskan hafsah, nak uruskan abi, nak uruskan rumah..nak uruskan sekolah..tak masuk lagi nak uruskan study mama..hoho..apa akan jadi? mama pun tak tau..lets follow the flow..huhu


tapi, satu benda yang mama nak senyum dan gelak sikit-sikit...dulu, masa bujang tang tang..selalu tengok orang yang dah berumah tangga, yang dah ada anak..macam tak keruan. iyelah..kadang tengok dia baju pun tak gosok. tudung kerepot sikit..sana sini..tak kemas macam jadi anak dara dulu..gerakgeri pun sedikit berubah..jerit  kuat-kuat panggil anak..huhu..macam dulu ada la..selit kat dalam hati " nnti bila dah beranak, taknak la macam tu..nak jadi terurus macam sebelum kahwin.." ~azam mama..hehe

Tapi kan..tapi kan..

bila on dat scene..haa..baru tahu.
pagi tadi..rasa sedikit serabut tgk tudung yang dipakai macam comot..hohoho..rasa macam kurang masa sedikit untuk diri sendiri..Haa..baru tahu ~Mitos jadi kenyataan~...

hihiihi

apa pun..sebenarnya depend pada kita..mcmne nak menguruskan. kalo urus ngan baik..lagi santeek pun ada..

Apa pun hafsah..mama tetap sayang Hafsah..=)