Monday, March 29, 2010

Kata-kata itu..memberi cinta

Setiap bait yang ditulis, dibaca dihayati..tanpa disedari manik putih airmata mengalir..Sungguh..kisah itu amat bermakna buat diri.. Ya Allah syukur kerana mengurniakan ku insan-insan ini.....


Pertemuan pertama antara kita menjadi pencetus yang mengubah hidup ini

Detik terindah yang terabadi sepanjang hayat..

Mencorak kehidupan..mengubah haluan hidup..

Mengubah cara berfikir..

Menghalusi setiap zikir..

Membawa mata hati kepada pandangan Ilahi…

Dari alpa kepada ‘jaga’

Dari hambar kepada cinta

Dari gelap kepada cahaya


Masih terngiang-ngiang nasihat lembut dari lidah Ibu...

Manfaatkahlah masa antum di kampus..

Binalah iman, perdalamkanlah lautan ilmu dan perbanyakkan amal sebelum ajal menjemput..

Keberkesanan dakwah letaknya di dalam hubungan kita dengan Allah..

Bangun malam, menangis di hadapannya..

Tangisan itu punya tenaga untuk menggerakkan segala anggota..

Ikhlaskan niat…

Agar apa yang kita lakukan adalah bukti kepada Allah, Rasul dan mukminun..

"WAHUWA YAHDISSABIL"…



Duhai insan terpilih...

Antunna adalah keluarga terbaik dalam hayat ini

Sungguh ana amat bersyukur kerana terpilih untuk berada bersama antunna

Dia telah mengikat hati kita dengan simpulan yang utuh

Berjuang bersama-sama dalam satu saff..

Jatuh dan bangun,saling menguatkan,saling mengingatkan.
Betapa inginnya diri ini agar antunna mengetahui..

Bahawa diri kalian..
 
Duhai Ibu,kakak-kakakku dan adik beradikku..lebih ana cintai dari diri sendiri...

Ana berbangga jika diri ini tertebus sebagai harga

Bagi tegaknya kejayaan dan terwujudnya cita-cita kita...

Tiada sesuatu yang membuat ana bersikap seperti ini...

Selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati ini...

Menguasai perasaan ini....

Memeras habis air mata ini...

Dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata ini...

Agar kita semua kekal dijalannya.. .

Agar kita semua

Tetap tegar walau diuji ujian yang getir.
Kadangkala diri ini tersungkur jatuh

Meraba-raba mencari kekuatan agar dapat bangun semula

Saat hati meruntun hiba

Atas kekalahan yang menimpa

Lantas tangan-tangan dari antunna datang menyambut

Dengan penuh rasa cinta dan keikhlasan di jiwa

Sehingga hati dan jiwa pecah berantakan

Merasa tulusnya tekad dan tawakkal kepadanya

Bersatu untuk tujuan yang Satu

Kerana telah jelas pada kalamNya

Hidup dan mati hanya untukNya..



Kepadamu Ya Robbi..

Ku bersyukur atas nikmat ukhuwwah ini

Mempertemukanku bersama insan-insan yang mencintai cahaya hidayahMu

Menghiasi kami dengan ukhuwwah yang sangat indah

Kasih yang tiada sempadan

Hinggakan kami tak mampu melupakan..

Tak mampu bertahan andai kehilangan…

Kerana ikatan bukan mainan…

Semoga kita terus thabat dalam perjuangan

Maha Suci Allah yang telah mempertemukan kita..



"ismuki manqusyun fi qolbi...

Wa du'ai yahfadzukum rabbi..."

Nukilan ini adalah ukiran hati salah satu insan dari antara insan-insan yang mewarnai perjalanan hidupku..
Syukur ya Allah..
Jazakillah kerana memberi cinta itu tanpa syarat..

"mencari redha Allah"


Friday, March 5, 2010

kesian Mak cik...

I still didn’t know what should I do. Sometimes I’m lingering around searching for something that I can do. What happened on Emergency department (ED) was out of my expectation(might be in Temerloh only).I imagined, ED should be hectic and busy..However, It happened otherwise especially in the morning. I could see all the Doctors can “lepak” in the counter with happy discussion..hmmmm….

Usually around 11am, there were some cases admitted and there I should take immediate vital sign.

If others asked me what the most event that touched my heart happened in ED, the only thing I remembered was “mck”..my friend, Siti called me to help her change “mck’s “ linen because she PU on the bed. I approached her with hope I can finish the job quickly because I targeted to do venapuncture to one of the patient.

Looking at her, I expected she was around 70’s year old..she cannot see very well and her hygiene looked bad..no one of the relatives accompanied her even though she was very restless. “mck, kita tukar kain ya..mck kencing ni…” i asked her permission.

The first action I could see was she cry… “mck, kenape nangis..sy nak tukar kain je…” I couldn’t understand why she reacted like that. “nak..mck malu..tua-tua mcm ni kencing merata-rata..” she answered and I could see tear coming out from her eyes..

“tak pe mck..sy tolong mck ya…”….even though she cannot see very well she thank us for helping..

Susah saya mahu gambarkan kenapa hati saya tersentuh dengan tangisan mck tadi..mungkin hati-hati yang membaca tulisan ini akan merasai apa yang saya rasai..dengan izin Allah.

Hidup ini terjadi sometimes bukan seperti apa yang kita hendakkan..ia terjadi dengan kehendak Allah semata. Ya, dihari tua kita mengharapkan anak-anak kita akan menjaga kita dengan penuh kasih sayang sebagaimana suatu masa dahulu kita melahirkan dan membesarkan dengan penuh limpahan kasih sayang..tetapi, banyak kisah kehidupan yang kita lewati dalam hidup ini berbeza sekali dari apa yang diharapkan..Itulah yang terjadi pada mck tadi..

****************
Life always teach us to be more adult..
May Allah bless her..