Monday, February 1, 2010

kebahagiaan hidup

Hidup ini adakah hanya sebaris peluang atau sekadar menghabiskan sisa masa yang masih ada?itulah persoalan yang terBentuk difikiran ketika seorang teman asyik merungut..

“boringnye hidup ini.. rasa malas mahu hidup..”

“boringnya melalui rutin hidup yang sama..bila mahu habis belajar ni..rasa nak keje”

Semasa saya mendengar, saya senyum padanya… “akak tak rasa ke apa yang saya rasa ni?” Saya tengok dia, mungkin dia pelik saya tidak memberI respon yang sama akan apa yang dia rasa.

“Hakikatnya manusia memang mudah keluh kesah..ingat tak dulu. Masa kita zaman sekolah , rasa tak sabar2 nak masuk U kan? Sekarang kita tak sabar2 nak keja pulak. Mungkin masa Keja kita nanti rasa nak berhenti dan duduk-duduk saja kan?Hmm…” respon saya yang juga mengakui akan sifat manusia seperti mana Allah mengatakan manusia bersifat berkeluh kesah lagi lemah.

“ye la kak.. tapi, macam ne nak mengatasi rasa macam ni? Macam tak best..” Ish..mcm ne nak bagitahu ni..tanya saya pada diri sendiri..

“ntah la.. mungkini kita kena maknai hidup ini dengan satu cita-cita yang besar yang tidak dapat dilewatkan oleh satu perjalanan masa…” aduh tingginya gaya bahasa padanya..dia faham ke tak? Dia berkerut muka seakan cuba memahami…

“akak ada satu cerita..semasa akak melalui satu prog yang disertai oleh banyak university, ada seorang sister dari sebuah private college sharing how she find her life too precious…” matanya terbuka skit tengok kat saya.. seolah berminat nak dengar…

“she got clashed with her boyfriend, she suffered a lot..but somehow, she realize Allah memang sayangkan dia apabila dia dipertemukan dengan seseorang yang telah membimbing dia ke jalan yang benar..” Ringkas saja cerita saya..

“ Ye la kak..kita memang macam tu kan?” dia seakan berfikir…

……………………………………………………………………………………………….
Hidup ini hakikatnya hanya sebentar..tetapi bagaimana kita merasainya adalah bagaimana kita melaluinya perjalanannya.. Ada ketika, saat diuji kita merasa masa itu berjalan terlalu lama..sebaliknya semasa melalui kegembiraan kita rasakan masa cepat sahaja berlalu..

Allah telah jadikan hidup ini dengan ketatapannya..SunnatullahNya..

Siang digantikan dengan malam begitu juga malam digantikan dengan siang..Susah digantikan dengan senang dan kesenagan akan berakhir dengan kesedihan.. itulah putaran hidup ini. Ia tetap akna berjalan sebagaimana yang telah tertulis..Dan kitalah yang memaknai setiap fasa itu.. kerana apa yang dilihat Allah bukanlah hanya sekadar bagaimana kita berjaya melewatinya..tetapi bagaimana kita melewatinya dalam rangkaan syariatnya.. iaitu, sejauh mana kita memaknai setiap fasa itu dalam lingkungan mencari redha dan cintaNya sekalipun kita merasa tersiksa untuk tujuan itu..

Kerana, itulah tarbiah Allah untuk mendidik sekeping daging yang letaknya jauh tercorok dalam rongga dada..dan daging itulah sumbu perjalanan seorang mukmin.. sebagaimana seorang ulama pernah berkata: “mukmin itu bukanlah berjalan dengan anggotanya, tetapi, berjalan dengan hatinya..”

Dan persoalan adakah kita merasa bahagia dengan hidup ini ada kaitannya dengan persoalan hati kita..Bahagia bukan terletak hanya pada paras rupa, bukan terletak pada harta, bukan terletak pada kepaiandaian, bukan terletak pada nama..tetapi terletak pada hati kita.. Hati akan bahagia apabila kembali kepada fitrahnya..

Dan bagaimana mahu kembali kepada fitrahya?

Kembalilah kepada Allah..sebaik-baik tempat kembali..kerana suatu masa dahulu, jiwa kita pernah mengakui kesaksian cinta kita pada Dia. “Alas tu birabbikum.. Qaaluu..Bala Syahidna…” (Adakah kamu beriman pada Allah? Mereka berkata: ya, kami beriman..”

Dan kesaksian cinta itu masih utuh sehingga kini..menantikan jiwa-jiwa yang lunak untuk kembali pada pemiliknya..

Justeru, jika mahu mencari kebahagiaan dan makna dalam hidup ini…berkenalanlah kembali denganNya..kerena Dia tidak pernah memalingkan wajahNya dari kita selama kita mengharapkan cintaNya..
Semoga hati-hati kita sentiasa dituntun olehNya untuk terus meniti langkah kehidupan ini sehingga dijemput kembali apabila ketetapan tiba nanti…


“mencari redha ALLAH”

No comments:

Post a Comment