Hidup memang begitu.. selalu begitu.. ada masa saatnya hati cukup gembira dan ada masa saatnya hati merasakan remuk redam, sayu.. kerana itulah.. itu adalah hati.
Dalam hidup, semua orang mencari bahagia.. bahagia hidup di dunia dan akhirat. Tetapi, hakikatnya dalam hidup ini...segalanya adalah sementara. Perasaan yang hanya sementara. Segalanya adalah sementara. Kerana dunia ini tiada kekalnya..
Allah sentiasa bersama, walau apa pun keadaannya. Segala keadaan yang diberikan adalah untuk menguji imna di hati.
Apapun keadaannya..kembalilah kepada Allah. Dia lebih mengetahui segala. Bersabarlah wahai diri.. Dia lebih mengerti.