Suatu telah terjadi tadi,
yang sangat-sangat menyentuh hatiku, seperti merentap perasaan ini
melihat matanya..meruntun rasa dihatiku
saat itu, suasana di pejabat pos BiG Aeon Wangsa Maju tidak sesibuk seperti biasa.. tidak penuh seperti biasa. ku mengambil borang pos laju seperti biasa. siap isi, ku menunggu nomborku dipanggil. Mataku asyik melihat papan nombor. Sangat mengejar masa,sebab keluar waktu pejabat.
tetiba seperti mesin nombor mengalami masalah. Ramai orang mengerumi mesin itu dan pegawai pejabat pos membetulkannya. Ku mengamati dari jauh. Harapnya, nomborku tidak terjejas.
kelihatan seorang wanita tua berbangsa asing beragama Islam (kerana dia bertudung) , mundar mandir..tidak tahu ke arah mana. Barangkali dia menyangka mesin nombor rosak, dia hanya mengambil bahagian dan beratur secara manual. Seorang lelaki tua berbangsa melayu (dan saya yakin, dia Islam), mula tidak sedap duduk..
"Ni..dia ni baru datang ni..kena resit balik nombor.. saya dah lama tunggu dah ni.." dengan nada yang kuat. saya tidak pasti samada wanita tua itu faham atau tidak. Tapi, dia sebenarnya akan kebingunan.. Dia beralih dari kaunter kerana tidak di layan oleh pegawai disitu..
Berkecamuk perasaan saya saat itu...melihat dia. Tiba-tiba seorang anak muda cina.. menyapa dia, dan cuba memberikan nombor gilirannya kepada wanita tua itu..tapi, sayangnya nombor itu tidak applicable kepada wanita itu sebab wanita itu hendak bayar bil.. Dush!! rasa kesian sangat dekat perempuan tua itu..
kenapa tidak saya menjadi lelaki cina itu? (marah pada diri sendiri)
rasa marah dan kesal juga dengan akhlak lelaki tua itu.. kenapa sangat kasar dan tiada santun dalam dirinya?
kenapa customer servide yang disediakan oleh pegawai pejabat pos itu tidak menjaga "harga diri/maruah" client dengan baik? Ya, dia buat silap..tapi, bagaimana pelayanan kepada pelanggan mampu menjaga air mukanya agar tidak dimalukan?
Rasa macam nak menangis disitu saja. Rasa macam nak peluk perempuan itu..Wajahnya benar-benar kesedihan. Dia menanti dipenjuru kerusi untuk nombornya dipanggil..Lagi sekali, seorang wanita tua cina yang melihat drama yang berada berdekatan dengannya..menyapa dan menerangkan keadaan.
Saya sekali lagi melihat ke dalam matanya..runtun hati saya.. kenapa bukan saya?
kenapa bukan saya yang cepat untuk kebaikan? kenapa..?
Rasa kecewa juga dengan lelaki tua itu..
tidak bolehkah dia bersabar sekejap..
tidak ada bahasa yang indah lain lagikah yang boleh dia gunakan untuk berkata dengan baik-baik?
sering tertanya..kenapa umat islam begitu.?
sewajarnya..umat islam lah yang lebih dan perlu mendahului umat-umat lain..
teringat dan terngiang-ngiang kata-kata Umar Al Khattab:
" Kita adalah umat yang dimuliakan dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam kita akan dihinakan Allah"
Muhasabah diri.
Ya Allah, janganlah engkau hinaku.."
"Mencari redha Allah"
Wednesday, April 24, 2013
Monday, April 1, 2013
Urm..Masa masa masa...
Rasa..
cepat sangat..
cepat sangat masa berlalu..
banyak benda tak terbuat..huhu
atau
sebab diri tak "fit"
atau
sebab tak disiplin dengan masa
atau
sebab tak reti nak rancang
atau
sebab memang masa takde
atau
sebab tak reti prioriti urusan
atau..
sengaja cari alasan
atau
atau..
urmmm...tak akan habis "atau" tu..
hee..
bertindak sekarang!!
kena buat kerja cepat!
kena tengok prioriti!
kena sentiasa bersemangat!
kena sentiasa sihat!! (doa la..)
kena hepi selalu (supaya gembira sentiasa..hehe..apa2 la..)
kena perbaiki kesilapan dulu!! jangan duk ulang salah yang sama
kena tegas dan garang dengan diri sendiri!!
kena cepat fikir!
jaangaan duk nanti!!
kena kureeeng tidor dari biasa!
semua la yang kena buat!!
sebab apa?
sebab semua tu akan dipertanggjawabkan nanti
akan di tanya setiap satu..
so?
"if you are fail to plan..you are planning to fail"
fullstop. then, wat u need to do, walk the plan!!
Tengok gambo ni..tenang je kan? (^_^)
ok..Selamat Berusaha Cik Sue (^_^)!!
Subscribe to:
Posts (Atom)