Wednesday, August 12, 2015

Rasa

Menarik nafas dalam-dalam kali ini. Rasa sesak dengan apa yang berlaku disekeliling sejak kebelakangan ini. Memaparkan kehidupan dunia sekarang. Lepas satu satu..bermacam kisah dan cerita.

Ngilu hempedu hati dengan berita anak darjah 5 lahirkan anak. Hari ini pula kes di China anak berusia 5 tahun ditetak 30 oleh ibu tiri.. dan esok apa lagi?

kes manusia hilang kemanusiaan ini memang tidak pernah surut. Malah makin bertambah. Kes dera. Kes bunuh. Kes minyak naik. Kes ribut yang meragut nyawa. Kes orang hilang. Kapal terbang hilang..dan seeterusnya apa lagi kisah yang Allah mahu kita lihat, dengar dan fikir...apa lagi?

Allahu.

Dan diri kita..siapa tahu kita dapat bertahan sampai bila? 
Mungkin kita juga akan menemui kiamat dalam masa terdekat?

membuat diri sentiasa muhasabah. sentiasa berfikir...apa lagi urusanku yang masih belum selesai..ada hutang apakah diriku?
bila mati kan menjemputku..?

semoga dalam husnul khatimah..

Allahu.
Hasbunallahu wanikmal wakeel...nikmal maula wanikmannasirr....


Allah.

No comments:

Post a Comment